POLITIK

Friday, September 11, 2009

RUPANYA semua orang Melayu yang berpati politik mahukan kepada Islam. Agama Islam tidak boleh dipisahkan dari politik. Ia sebagai modal dan aset paling ampuh buat parti politik. Kalau tidak ada perkataan Islam dalam parti politik, parti politik itu macamlah makanan yang tidak dimasukkan ajinomo. Parti itu tidak menarik dan berperisa. Sebab, Islam adalah agama utama dan asas orang Melayu negara ini. Sentimen agama cukup tinggi dan hebat sekali dalam politik.

Cubalah, sesiapa yang mengenepikan agama atau tidak menghiaskan diri mereka dengan agama, akan ditolak. Sebab itu orang mempersendakan agama dikecam oleh orang yang menjadi pengamal agama yang tegar pun! Seab itu bila Nik Aziz Nik Mat mengatakan sosial adalah anak komunis maka Syed Husin Ali enggan bertanding di Kota Bharu kerana dia tahu dia akan ditolak atas sentimen agama.

Kecuali Melayu yang dibasuh kepalanya dengan kebendaan dan agama hanya menjadi sebahagian ritual kehidupan mereka tidak merasakan agama itu penting. Bagi mereka agama itu hanya bahan sampingan yang tidak memberi bekas sedikit pun.

Kerana itu sama ada tokoh politik itu berkelayakan, berautoriti atau tidak mereka akan cuba juga bercakap fasal agama dalam parti mereka. Setidak-tidaknya kalau tidak boleh membaca ayat-ayat Quran atau hadith dalam bahasa Arab akan cuba diangkatkan terjemah dan filsafatnya dalam bahasa Melayu. Semua itu untuk menunjukkan dia adalah pengasih kepada agamanya.

Semalam Najib Razak cuba mempertahankan parti yang dipuasaki dari ayahnya sebagai parti Islam. Semasa berbuka puasa dengan peneroka Felda di Kedah, katanya Umno adalah perjuang Islam sebenar walaupun ia tidak menggunakan lebel-lebel Islam. Kenapa tidak mahu guna?
Alasannya mudah sekali, ini kerana Umno memperjuangkan untuk memajukan rakyat menerusi pelagai projek pembangunan seperti Felda adalah perjuangan Islam. “Apakah yang Umno buat kini bukan selari dengan Islam?” tanya beliau.

Najib berkata begitu bersadarkan kepada satu hadith yang bermaksud, kemiskinan itu akan membawa kepada kekufuran. Hadith ini adalah butiran ratib tokoh-tokoh Umno sejak dulu, kini dan selamanya. Dalam mempertahankan dasar sekular Umno hadith inilah yang menjadi sanadnya sepanjang zaman.

Jadi selama ini Umno membuat projek untuk memberi kesenangan dan kekayaan kepada orang Melayu bagi menghindarkan mereka dari kekufuran. Kufur boleh menyebabkan mereka akan terjerumus ke dalam neraka. Bukan saja kerana menyertai Umno akan kufur tetapi miskin melampau juga kufur! Orang miskin yang tipis iman akan mudah memikirkan hal-hal negatif mengenai keadilan Tuhan kepadanya yang memungkinkan ia tersalah anggap terhadap takdir Tuhan itu.

Bagaimana pun tidak semua yang miskin itu kufur. Bahkan ada yang miskin mempunyai daya keimanan yang tebal dan zuhud mereka kepada Allah lebih daripada yang kaya. Jika mereka redha dan sedar dengan kemiskinan mereka, mereka masih berada atas keimanan yang sebenarnya dan jambatan ke syurga akan terbentang juga buat mereka. Untuk ke syurga tidak ada karcis kebendaan.

Argumen Najib itu sangat mudah dan ringas sekali. Benar Islam itu mudah ringkas dan tidak Islam itu tidak ada paksaan. Tetapi dalam hal-hal tertentu ia juga sulit dan memerlukan pengamatan dan pengorbanan (ujian) yang tinggi. Islam itu mencakupi alam nyata dan alam ghaib. Nama lagi akidah maka ia begitu seni dan halus. Islam mempunyai dua dimenasi, zahir dan batih.

Kenyataan Najib itu dilihat sambungan terhadap apa yang beliau ucapkan di Kuala Krai yang memberi ingatan kepda Pas supaya jangan melihat Umno sebagai menganut Islam luaran sahaja. Najib kecewa dengan kata-kata Nik Aziz yang berbunyi; sesiapa yang memisahkan iman akan tidak masuk ke syurga. Bagi Najib kata-kata Nik Aziz itu ditumpukan kepada Umno dan ia sangat mencela parti itu.

Mengambil kira hal ini Najib begitu takut kalau dia dan ahli Umno tidak akan masuk ke syurga. Maka beliau kena jawab kenyataan Nik Aziz itu dengan mengatakan atau menghujahkan Umno memperjuangkan Islam sebenarnya. Yang lebih penting jawaban itu bagi tidak menakukan ahli Umno dengan neraka tafsrian Nik Aziz itu. Ingatan kepada Najib dan sesiapa saja untuk memasuki ke syurga Allah bukan berdasarkan kata-kata tetapi harus berbuat – amal.

Kenyataan terbaru Nik Aziz pula sebagai membalas kenyataan Najib, katanya mana-mana perjuangan yang mengambil dasar kebangsaan ia umpama setinggan di bawah langit. Tahap dan taraf setinggan ini katanya kena dirobohkan. Memahami kata-kata Nik Aziz itu perjuangan Umno samalah dengan setinggan yang tidak perlu disokong.

Pada kaca mata Nik Aziz tidak ada jurus yang elok dan baik pada Umno, semuanya buruk dan huduh. Apakah Umno akan melayan gelaran baru Nik Aziz kepada Umno ini? Umno tidak akan menang dalam berpolemik dengan Nik Aziz. Dalam minda orang Melayu terkini kupiah tetap mengatasi songkok!

Memang benar dan tepat apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz. Perjuangan yang selain berdasarkan Islam adalah batil. Perjuangan berdasarkan bangsa, kaum, negeri, tokoh, sentimen, semangat adalah bathil, kerana dasar yang betul ialah perjuangan berlandaskan kepada agama (Islam). Sebab itu Tuhan menyebut Islam itu diturunkan untuk membawa keselamatan (rahmatanlilalamin) kepada semua termasuk haiwan, tubmbuh-umbuhan dan bukit bakau.

Tidak ada ayat-ayat mengatakan Umno diturunkan untuk keselamatan, atau Pas diturunkan untuk kemajuan, atau PKR untuk kedamaian. Atau DAP untuk kebebasan sosial, atau MCA dan MIC untuk kaum kemerdekaan kaum mereka. Tidak ada! Tidak ada!

Kenapa Nik Aziz menganggap Pas sebagai Islam sejati kerana Pas berlandaskan kepada Quran dan Hadith. Itulah yang dilaung-laungkan oleh para ulama dan ustaz dalam Pas sejak dulu lagi. Pas berbangga dengan dasar parti mereka. Manakala Umno pula meletakkan bangsa sebagai dasar dan malamat perjuangannya. Umno mahu memperjuangkan bangsa di mana dalam pendangan Pas dasar berkenaan sebagai batil.

Dalam pada itu Umno mempertahankan mereka juga memperjuangkan Islam dengan perjuangan bangsa itu kerana bangsa Melayu itu automatik menganut Islam. Dalam erti kata lain Umno membungkus Islam itu dalam bangsa Melayu. Ini tidak ‘dikelih’ oleh Pas dan Nik Aziz atau beliau sengaja menutup mukanya dengan serbah dalam menyilau helah ini. Nik Aziz mahu melihat perkataan agama itu didepan bangsa itu, ataupun biarlah nama Islam sahaja tanpa ada gandingan lain.

Di sini saya tidak mahu mencari jawaban hujah siapa yang betul dan benar. Saya menerimanya kedua-duanya sebagai betul. Baik Umo dan Pas sama-sama betul dalam pegangan itu. Tetapi apa yang hendak saya persoalkan di sini, sejauh manakah keulatan dasar itu dalam perjuangan. Apakah disini kita mementingkan dasar daripada apa yang terhasil dari tindak tanduk dan implimentasi kita?

Apakah sesuatu perjuangan itu cukup dengan membentangkan dasar-dasarnya saja. Ia sudah cukup walaupun pelaksanaan kepada dasar itu masih tertangguh atau tidak terbuat. Dalam kata mudah, sahkan amal ibadat itu kalau hanya dikerjakan setakat dengan niat sahaja?

Pas mengariskan dasar Islam yang bersinar banar dalam perlembagaan. Tetapi dalam masa sama masih ada sikap, perbuatan pengamal atau pejuang dasarnya bertentangan dengan dasar Quran dan Hadit sendiri. Apakah ini tidak salah? Ada juga konsepsi dalam Pas, Pas hanya perlu nampak indah atau Islam itu cukup menjadi amalan pemimpinnya saja tetapi tidak kepada ahlinya sama. Sebab itu kehebatan dan kewarukan Nik Aziz diuar-uarkan dan dibanggakan oleh Pas. Sebagai umat Islam ahli Pas kena ingat bahwa Nik Aziz tidak mempunyai safaat untuk merekminkan mereka memasuki syurga. Syurga itu adalah hak individu yang diperjuangkan bersama. Perjuangan Pas tidak syumul kalau yang Islaminya hanya Nik Aziz saja.

Dan bagaimana kalau pihak Umno atau pihak-pihak lain yang tidak meletakkan dasar berkenaan tetapi mereka bertindak sealiran dengan matlamat Islam itu? Apakah kerana Umno tidak meletakkan dasar Islam kandatipun ada ahlinya mematuhi perintah Allah maka ia terbatal sebagai ahli syurga?

Asas atau pokok Islam ialah mentauhidkan Allah s.w.t. dengan kalimah syahdat. Sesiapa yang mentauhidkan Allah maka seseorang itu automatik menjadi pemeluk Islam dan berpeluang untuk mendiami syurga. Tetapi selepas dia mentahudikan Allah dia harus melaksanakn ajaran ajaran yang dituntut dan diwajibkan. Belajar ini adalah wajib. Orang bodoh tidak akan dapat masuk syurga! Apakah selama ini Pas dan Umno hanya mengharapkan imbuhan Allah dengan kalimah syahdat sahaja tanpa berbuat dan berusaha melaksanakan segala perintah Allah?

Mengikut dasar dan prinsip perjuangan, Pas memang berada dalam kawasan lebih kondusif, mewah dan istimewa dari Umno yang dihumban ke pantak setinggan oleh Nik Aziz. Tetapi Pas kena ingat kalau mereka ditempatkan di kawasan mewah dan istemewa seperti taman, kondominium, banglo dan sebagainya tetapi kalau penghuninya tidak sedia mematuhi rukun-rukun hidup berkomuniti ia tidak memberi makna. Taraf mereka juga sama rendah dengan setinggan.

Sebaliknya kalau masyarakat setinggan dapat hidup harmoni, biarlah tidak ada fasalitis berkelas mewah namun mereka mungkin lebih bahagia dari pengundi di tempat mewah. Di sini lokasi tidak menjadi perhitungan yang penting sejauh mana komuniti itu dapat hidup aman dan rukun dalam kawasannya. Menjadi setinggan tidak hina kalau mereka dapat hidup aman dan damai. Manakala menjadi penghuni di lokasi mewah lebih bererti lagi kalau semangat kejiranan dan hidup rukun damai terlaksana!

http://msomelayu.blogspot.com

Thursday, September 10, 2009

leh Ibnuyaacob

alaraf_proof1

Artikel sebelum ini ialah Bukti 1 : Dajjal Adalah Manusia dan Bukti 2 : Dajjal Adalah Manusia

Pendapat yang mengatakan Dajjal adalah bangsa dan sebuah konsep semakin kabur malah langsung tidak dapat diperbuat rangkaian antara satu hadith dengan ayat-ayat Al-Quran.

Berbeza dengan pandangan yang mengatakan Dajjal adalah manusia, ianya terang dan jelas malah meliputi semua rangkaian hadith dan isi Al-Quran. Dajjal adalah manusia merupakan pernyataan yang jelas dan tidak menyeleweng kerana pembuktian sering kali berlaku pada setiap kali munculnya krisis-krisis global.

Ilmu Nahu membuktikan Dajjal adalah Manusia

Kajian masyhur Muhammad Isa Dawud di dalam buku bertajuk “Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda” telah memberikan hujah yang mematikan semua pandangan-pandangan Dajjal bukan manusia.
Hujah ini adalah berdasarkan dalil pada surah Al-‘Araf (ayat 14-15), yang berbunyi;

Ayat 14: “Iblis berkata; berilah tempoh kepada ku hingga hari mereka dibangkitkan, ”

Ayat 15: Allah berfirman “Sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh (ke suatu masa yang tertentu)”

(sumber: Al-Quran terjemahan Bahasa Malaysia terbitan Darul Fikir Sdn. Bhd., Kuala Lumpur)

Ayat di atas adalah permohonan Iblis kepada Allah SWT selepas dia dilaknat kerana tidak mahu tunduk sujud kepada Nabi Adam a.s. Perbuataan Iblis ini juga telah mendorong Allah untuk melemparkannya ke atas bumi dan mengubah pendirian hatinya dari seorang yang paling mulia dikalangan malaikat kepada makhluk yang paling terkutuk dikalangan makhluk-makhluk Allah.

Persoalannya, apakah bukti yang ada pada ayat di atas kerana ia langsung tidak menyebut nama Dajjal. Buktinya hanya dapat dilihat jika kita menggunakan alat bahasa Nahu dan Sorof. Pada ayat tersebut Muhammad Isa Dawud membuktikan bahawa kata Al-Munzhirun adalah jamak (plural) untuk lebih dari dua yakni untuk tiga orang dan lebih.

Apabila kalimah “al-munzharin” merujuk kepada lebih tiga orang maka di dunia ini ada lagi lebih tiga orang yang ditangguhkan kematiannya iaitu Iblis Laknatullah, Nabi Isa a.s, Dajjal Laknatullah, Nabi Khidir a.s. dan lain-lain yang menjadi rahsia Allah.

(Sesetengah pendapat mengatakan Nabi Khidir a.s. telah meninggal dunia dan yang mengajar Nabi Musa adalah rohnya)

Sekiranya pembacaan kita pada ayat-ayat berikut dalam surah Al-Araf tidak menitik beratkan hal ehwal ilmu Nahu dan Sorof maka kita hanya akan mendapati ia sekadar penceritaan tentang keengkaran Iblis terhadap Allah.

Jika seseorang itu tidak pun mahir ilmu Nahu, maka dari segi tatabahasa Bahasa Melayu sendiri pun sudah cukup jelas membuktikan bahawa ayat ke-15 merujuk lebih dari seorang yang ditangguhkan kematiannya sebelum disertakan dengan Iblis. Lihatlah kalimah;

” …..dari golongan yang diberi tempoh”

Perkataan “dari golongan” (minal-munzharin) bukan berdiri untuk satu orang tetapi lebih dari dua orang.
Dengan terjumpanya bukti-bukti sebegini sebagai menyokong dalil bahawa Dajjal itu manusia, maka benarlah firman Allah di dalam Surah As-Shaad (ayat 29) iaitu;

“Inilah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya dapat pelajaran orang-orang yang mempunyai fikiran.”

Begitu juga di dalam surah Muhammad (ayat 24), Allah berfirman;

“Maka, apakah mereka tidak memperhatikan Al-Quran, ataukah hati mereka terkunci?”

Al-Quran sentiasa tepat ayat-ayatnya jadi ia bukanlah sekadar ayat-ayat penyokong fakta untuk sesuatu hujah, ianya lebih moden dan lebih futuristik dalam mengendalikan sesuatu permasalahan yang tidak dapat dijangkau oleh akal.

Apakah itu ilmu Nahu dan Sorof

Bahasa syurga ini adalah bahasa yang unik dan hanya boleh difahamkan kejelasannya dengan dua alat ilmu iaitu Nahu (grammar) dan Sorof (inflection). Kedua-duanya saling bergantungan antara satu sama lain dalam memperuntukan makna ke atas sesuatu kalimah.

Tidak semua orang mahir ilmu Nahu dan Sorof malah ilmu ini adalah antara madah (subjek) killer dalam peperiksaan sama ada di peringkat sekolah menengah, diploma hatta jika belajar di Timur Tengah sekali pun. Maka tidak hairanlah masih ramai pelajar Al-Azhar kurang mahir berbahasa Arab walaupun 10 tahun di sana.

Kehebatan Ilmu Nahu dalam pemecah rahsia akhir zaman

Ilmu Nahu dan Sorof mempunyai kelebihannya tersendiri dalam membongkar rahsia-rahsia Al-Quran dan persoalan akhir zaman.

Seorang ulama terkenal dalam bab Nahu iaitu Imam Al-Sonhaji telah menulis satu kitab yang menerangkan segala macam ilmu berkaitan nahu dari A hinggalah Z. Setelah selesai menulis kitabnya, beliau cuba menguji sama ada kitabnya itu bermanfaat atau tidak kepada umat Islam.

Sambil melemparkan kitabnya itu di dalam sungai, beliau berdoa kepada Allah jika kitabnya itu mengalir bersama air sungai maka ia tidaklah membawa manfaat tetapi jika ia (kitab) tetap bertahan tanpa mengikut arus sungai dan timbul maka ia sangat bermanfaat untuk masyarakat.

Tiba masanya ia melempar kitabnya itu di dalam sungai, maka didapatinya kitab tersebut timbul, tidak bergerak dan terus bertahan tanpa mengikut arus sungai. Amat berbesarlah hati Imam Al-Sonhaji melihat keajaiban itu maka dinamakan kitab nahu itu dengan Matan Al-Jurumiyah.

Pembelajaran Nahu masa kini

Kitab ini tidak dipelajari oleh sesiapa yang mengambil mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi (SPM), Al-Quran Sunnah (SPM), Syariah Islamiyah (SPM), Bahasa Arab Komunikasi (PMR), Usuluddin (STPM) atau Syariah (STPM). Sekiranya guru bahasa arab itu mahir dan berasal dari sekolah pondok kemungkinan barulah akan ada kelas tambahan menerangkan tentang kitab Matan Al-Jurumiyah.

Kitab ini hanya dipelajari secara konsisten oleh pelajar-pelajar Sekolah Agama Rakyat (SAR) atau Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dan sekolah-sekolah pondok sahaja. Kebiasaan di sekolah-sekolah pondok tuan guru akan meminta si murid menghafal keseluruhan kitab sama ada secara berlagu atau apa-apa sahaja walaupun tidak mengetahui maksudnya.

Selepas menghafal keseluruhannya, barulah tuan guru akan menghuraikan satu persatu setiap kalimah yang dihafal untuk di i’rabkannya. Itulah kelebihan belajar di sekolah pondok, walaupun usang dari segi kemudahan tetapi ilmunya adalah pemecah rahsia akhir zaman.

Untuk mengetahui sama ada seseorang ustaz yang mengajar di masjid itu mahir ilmu nahu atau tidak adalah mudah. Biasanya guru-guru agama itu hanya akan mengajar kitab-kitab tulisan jawi seperti Pelita Penuntut, Mastika Hadith atau Tafsir Juz Amma. Ramai pendengar kuliah tidak tahu ada dua jenis tulisan di dalam kitab-kitab yang dipelajari di masjid iaitu kitab jawi dan kitab arab.

Sesetengah guru agama cuba mengelak untuk menggunakan kitab arab dan meminta sendiri kitab-kitab yang akan diajar kepada pengerusi masjid. Antara kitab yang paling popular dan mudah adalah mastika hadith, hadith 40 dan Juz Amma kerana kitab-kitab ini mudah diajar dan memberi banyak ruang untuk penceramah berceloteh.

Nahu berbeza dengan bahasa arab yang dipelajari pada Kelas Aliran Agama (KAA) yang terdapat sekolah-sekolah menengah kebangsaan. Tidak semestinya orang yang lancar bercakap arab mahir di dalam ilmu nahu. Ia seperti mana juga tidak semua orang Melayu yang bercakap Melayu mahir tatabahasa Melayu.

Wallahu’alam …

P/S : hujah di atas hanya sekadar perbincangan berbentuk tafsir zahiriah pada terjemahan ayat-ayat Al-Quran, ia tidak bersifat ilmiah kerana membahas ayat Al-Quran haruslah disertai pandangan kitab-kitab tafsir yang muktabar.

Jabatan Penuntut Malaysia di Jakarta hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di Jakarta khasnya, agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan, berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam.

* sepatutnya sebagai rakyat Indonesia yang bertamaddun, tindakkan sebegini hanya merugikan umat islam serumpun sahaja kerana akan keluar panji-panji hitam dari timur yang akan membawa panji-panji ini kepada Imam Mahdi pada akhir zaman nanti dari rumpun nusantara.
Kerana peristiwa kecil sahaja kita sanggup bertelagah, sedang kan apa yang penting sekarang ini kita menguatkan rumpun kita , dan memartabatkan agama islam supaya pihak musuh gerun kepada kita , bukannya bertelagah sesama sendiri kerana isu tarian sahaja, bukankah ini satu tindakan yang bodoh.

Wednesday, September 9, 2009

Mahkamah Tinggi Ipoh menetapkan status penyingkiran V Sivakumar sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah muktamad dan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.

Perkara itu diputuskan oleh Hakim Datuk Azahar Mohamed selepas membatalkan saman Sivakumar terhadap Speaker lantikan BN, Datuk R Ganesan semalam.

Pada 15 Mei lalu, Sivakumar memfailkan saman terhadap Ganesan memohon ganti rugi keatas serangan dan kecederangan serta penahanan tidak sah ketika sidang Dun itu.

Dalam kejadian 7 Mei itu, sekumpulan polis menyerbu masuk Dewan Undangan Negeri, mengheret dan mengurung Sivakumar di dalam sebuah bilik sementara adun-adun BN melantik Ganesan sebagai speaker baru.

Dalam permohonannya, Sivakumar mahu mahkamah menghalang Ganesan atau agen-agennya dari menghalang tugasannya sebagai Speaker yang sah.

Menjawab permohonan ini, Hakim Azahar dalam penghakiman beliau berkata mahkamah sebenarnya tidak boleh mencampuri keputusan yang dibuat pada sidang Dun Perak 7 Mei lalu.

Mahkamah mengganggap sidang 7 Mei itu telah dijalankan secara sah dan demikian itu mahkamah tidak boleh mencampuri urusan perjalanan dewan mengikut Perkara 72 Perlembagaan Persekutuan.

“Sebarang perkara yang dibangkitkan berhubung pemecatan atau perlantikan Speaker dalam sidang dun perlu dikaji, dibincang dan diselesaikan di dewan berkenaan,” kata Hakim Azahar ketika menyampaikan keputusan.

Ketika diminta mengulas keputusan ini, Sivakumar berkata beliau terkejut dengan pendirian mahkamah.

“Sebelum ini, saya telah memfailkan dua kes mahkamah terhadap Zambry Abdul Kadir (Menteri Besar Lantikan BN) dan enam exconya, serta terhadap tiga ‘katak lompat’. Dalam dua kes ini saya telah merujuk kepada Perkara 72 Perlembagaan,” kata Sivakumar.

“Dan dalam dua kes ini juga peguam mereka telah membantah, dan mahkamah memihak kepada mereka. Dalam kes sekarang ini, Perkara 72 Perlembagaan digunakan terhadap saya dan mahkamah pula mengiktiraf imuniti dewan dari badan kehakiman. Saya amat keliru dengan pendirian bertukar-tukar ini,” kata Sivakumar.

Peguam mewakili Speaker lantikan BN, Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mencampuri urusan dewan mengikut Perkara 72 Perlembagaan.

Firoz dalam hujahnya berkata mahkamah harus menghormati pemisahan kuasa antara Eksekutif dan Kehakiman, serta Legislatif dan Kehakiman.

Firoz juga mendakwa permohonan Sivakumar ini adalah supaya mahkamah mengiktiraf status sah beliau sebagai Speaker, yang menurut Firoz bukan berada di bawah bidang kuasa mahkamah.

Hakim Azahar bersetuju dengan penghujahan ini.


*nampak sangat la hakim pun bodoh, macam mana dia boleh dengar cakap dari speaker haram yang di lantik pun secara haram, haram menjadah lagi.zambry mamak pun bodoh ,

Tuesday, September 8, 2009



BIARPUN Pilihan Raya Umum Ke-12 sudah 18 bulan berlalu, masih tiada
usaha kerajaan negeri untuk tingkatkan kedudukan sosi UMNO/BNoekonomi dan
politik.Selangor sebuah negeri yang kaya semasa pemerintahan kerajaan
Barisan Nasional puluhan tahun
A. KOHILAN PILLAY
(Pengerusi Gerakan Negeri Selangor)

Kerajaan UMNO/BN memerintah, harga minyak petrol dan kos hidup rakyat
melambung tinggi, miskin tegar berligar. Yang miskin terus merempat,
yang kaya jadi kedana. Sudah 52 tahun gagal ditangani oleh para
pemimpin UMNO, cuma 18 bulan bagaimana PR boleh memperbaiki kerosakan
yang telah dirosak rosakan oleh UMNO 52 tahun lalu?
HALIK ZAMAN
(Wartawan Bebas)

BN memerintah berpuluh tahun tiada masalah besar berlaku di Selangor
tapi kerajaan pakatan yang baru setahun jagung memerintah sudah
berlaku macam-macam
Datuk Ibrahim Ali
(Wakil PAS lompat jadi Bebas)

Semasa Kerajaan BN tidak pernah mimpin Si-Braim ini jadi YB. Bila PAS
kasih tiket percuma, kini dia tikam PAS dari belakang. Dalam PRU12 dia
kutuk kutuk UMNO/BN sekarang dia cium bontot UMNO. Ini lah manusia
yang tidak ada pendirian. Siapa percaya dengan kata kata Braim? Ular sawa.
HALIK ZAMAN
(Wartawan Bebas)

Rakyat tidak menghormati kepimpinan Abdul Khalid selaku Menteri Besar
kerana mereka berasakan pentadbiran kerajaannya lemah dan tidak begitu
berfungsi
-Profesor Dr. Ahmad Atory Hassan
(Pensyarah Politik Universiti Sains Malaysia)

Professor ini mungkin terhutang budi dengan UMNO maka itu sebab dia
tutup kedua matanya. Dia masih belum tahu kelemahan UMNO/BN? Dia masih
belum tahu kesangsaraan rakyat? Dia masih belum tahu kos hidup rakyat
sudah melambung tinggi? Angkat lagi tinggi tinggi kaki, lain tahun
sure dapat gelaran Dato atau Tan Sri.
HALIK ZAMAN
(Wartawan Bebas)

0 Komen Anda

Monday, September 7, 2009



Mereka adalah ahli UMNO yang tidak boleh lagi meminta wang perlindungan di kilang-kilang haram sejak PR mengambilalih. Dulu senang-senang mereka boleh pau RM20-30 ribu sebulan tapi sekarang? Soru sudah miss.. ini toyol yang dah setahun tak makan!

Tengok gambar mereka yang hodoh lagi hina itu! -zanie

UMNO goons, Toyol Morons, KJ Rempits, Baruah Nasional, rednecks, racist, bigots, etc. Call them whatever you want. They are an insult to their parents, race and religion. Pathetic scumbags of Mother Earth. -OngJJJ

These are the hooligans sent by the BN to stir up tension. Beware and not falling into their traps. They have no other issue against the PR. So they are now using religion and race factor.They are waiting for other race to respond so that they can use this as reasons to create tension.So exercise restrain. It could be a time bomb. -Al-Ambia

* ini adalah golongan munafik yang menganggap mereka beragama islam tapi tidak mengikut ajaran islam , ini adalah golongan munafik

Sunday, September 6, 2009


BEGINI LAH KEBIADAPAN PEMUDA UMNO(MEMANG ORANG UMNO MACAM NI PUN) KALAU TAK BIADAP MEMANG TAK SAH LA JADI AHLI UMNO(MUNAFIK)

Dialog tidak bertamadun: Selangor tangguhkan pemindahan kuil

SHAH ALAM, 5 Sept: Majlis dialog anjuran Kerajaan Negeri Selangor di Dewan Banquet, MBSA tengah hari tadi akhirnya menemui persefahaman sementara, apabila Menteri Besarnya, Tan Sri Khalid Ibrahim memutuskan cadangan pemindahan kuil ke Seksyen 23, di sini ditangguhkan serta merta.

Khalid terpaksa berbuat demikian tengahari tadi, disebabkan desakan ekstrem serta perang mulut oleh segelintir hadirin yang menyertai dialog tersebut.

"Saya terpaksa menangguhkan cadangan itu (memindahkan kuil) disebabkan kebanyakan pemilik-pemilik rumah di situ tidak bersetuju.

"Saya menerima pandangan rakyat di Seksyen 23 dan kerajaan negeri akan terus mencari penyelesaian di Seksyen 19 (lokasi asal kuil) yang juga terdiri oleh penduduk Melayu (dan) Islam majoriti."

Tegasnya, PKNS diarahkan mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dijadikan tapak kuil yang baru, bagi memindahkan kuil lama dari Seksyen 19 kelak.

Jelasnya lagi, PKNS sewaktu Umno BN memerintah seharusnya menjelaskan kepada bakal penduduk (khususnya Melayu/Islam) Seksyen 19 tentang wujudnya kuil itu terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan.

ImagePembinaan kuil di Seksyen 19 oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu disifatkannya tidak sesuai, kerana terlalu dekat dengan surau di samping terlalu dekat dengan rumah penduduk di situ.

Ekoran itu, kerajaan Pakatan Rakyat cuba memindahkannya ke Seksyen 23, yang kedudukkannya lebih jauh dari kawasan surau serta perumahan penduduk Melayu.

Tambahnya lagi, pembinaan kuil itu juga untuk memenuhi hak penduduk minoriti beragama Hindu, di sini.

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut mewakili kerajaan menegaskan bahawa isu kuil di Seksyen 23 hanya suatu cadangan daipada PKNS sendiri, bukannya kerajaan negeri.

Beliau yang terus dipertikai ketika menjelaskan prosedur cadangan pemindahan kuil itu, menegaskan bahawa cadangan tapak pembinaan kuil yang baru itu jauh lebih sesuai kerana bukan sahaja jauh dari kawasan perumahan setempat, malah menyelesaikan masalah rakyat di Seksyen 19 yang terdiri dari penganut Islam dan Hindu.

ImageKatanya lagi, "sekiranya kuil tidak boleh dibina di kawasan majoriti Melayu, bermakna tidak ada mana-mana tapak boleh dibina kuil di Shah Alam, semuanya (penduduk) majoriti Melayu. Islam tidak mengajar penganutnya menafikan hak penganut lain."

Beliau juga menasihatkan segelintir individu yang hadir agar berhenti mencemuh inisiatif kerajaan negeri serta penduduk bukan Islam.

"Kuil ini untuk penganut Hindu. Apa salahnya, kita menghormati keagamaan mereka. Allah (dan) Rasul tidak pernah mengajar umat Islam mencemuh (agama lain), apatah lagi menafikan hak penganut agama lain (dalam) mengamalkan kepercayaan mereka," katanya di majlis itu.

Beliau meminta hadirin menghayati potongan ayat al-Quran (108) dari Surah an-An'am yang bermaksud:

"Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudia, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan."

Sebelum pada itu, perang mulut berlaku antara segelintir yang hadir dengan pegawai-pegawai MBSA yang cuba menenangkan mereka.

Kelihatan segelintir itu mencemuh pemimpin kerajaan negeri; yang didakwa mereka tidak mendengar keluh-kesah penduduk tempatan.

Jamil Mohd Isa, yang juga mengakui bukan ahli Umno di sini, menegaskan bahawa cadangan memindahkan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, sebagai menambahkan masalah penduduk tempatan, bukannya menyelesaikan masalah orang-orang Melayu.

Turut menyertai aksi ekstrem itu, adalah Pengerusi Penaja Umno Cawangan Seksyen 23 sendiri, Haji Azmir Md Zain.

Image�Woi, kaulah pengkhiana-pengkhianat agama lah!� cemuhnya.

Cemuhan itu disorak oleh beberapa individu lain yang dipercayaai dari kenalan rapat Azmir.

Beliau juga mengancam akan membunuh Khalid Samad jika pergi ke kawasannya, Seksyen 23.

Beliau juga menghina dan mencemuh Khalid Ibrahim, MB yang dipilih oleh rakyat Selangor melalui pilihan raya yang sah itu.

K. Raja yang ditemui selepas selesai dialog berkata, "Persatuan Penduduk itu bukan mewakili semua pihak. Persatuan tidak pernah panggil kita (penganut Hindu) berbincang. Bagaimana (mereka) boleh kata itu mewakili (penduduk) Seksyen 23."

ImageDitanya mengapa tidak turut serta dalam dialog itu, beliau berkata, "Dia orang emosional, tidak ada toleransi dan hormat Menteri Besar, Khalid (Samad) dan YB yang lain. Macam mana kita nak berdislog? Ekstrem lah, saya pun tidak pernah jumpa (tindakan) seperti ini."

Ujarnya lagi, dalam dialog, sepatutnya perlu ada sikap memberi pandangan, dan mendengar pandangan. Bukannya, mengeluarkan kata-kata kesat kepada kerajaan negeri.

Beliau juga mencadangkan kuil di Seksyen 19 yang sudah 26 tahun tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional, diselesaikan oleh Khalid Ibrahim demi membuktikan kepemimpinan Pakatan rakyat mengamalkan keadilan untuk rakyat tanpa mengira status, kaum dan kepercayaan.

Pegawai Khas kepada Adun Batu 3, Rodziah Ismail, Rozaini Mohd Rosli mendakwa dirinya cuba dikasari dan dicabuli oleh segelintir yang hadir di luar MBSA, sebelum dialog tersebut berlangsung.

"Mereka cuba merampas video cam akak. Mereka kerumuni (mengepong) akak. Mereka takut akak rakam tindakan-tindakan tidak bertamadun mereka. Akak jadi takut, takut diapa-apakan mereka itu," jelasnya lagi.

Seorang respondan berita Harakahdaily 30 Ogos lalu, Suraya Samad (gambar) yang ditemui kemudian melahirkan rasa takut kerana dirinya didakwa talam dua muka.

Beliau menegaskan sekali lagi, kenyataannya sebelum ini bukanlah bertujuan memecah-belah masyarakat, tetapi pandangan peribadinya sahaja.

Beliau mendakwa beberapa kenyataan sebelum ini telah disalah anggap dan membuat beberapa penafian terbabit.

Turut menyertai dailog tersebut, Ahli Parlimen Kota Raja Dr. Mariah Mahmood selaku pemerhati. ImageBeliau menjelaskan keindahan ajaran Islam yang sebenar, bukannya seperti aksi provokasi sedemikian sebelum ini.

Beliau juga berharap penganut minoriti Hindu bersabar dan memberi peluang kepada kerajaan negeri untuk mencari suatu tapak yang lebih sesuai untuk dibina kuil.

Bertempat di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Khalid Ibrahim meminta semua pihak tidak memanjangkan isu tersebut.

Demi kepentingan rakyat tidak kira penganut agama Islam atau Hindu dan sebagainya, beliau menjelaskan bahawa segala kritikan dan cemuhan pagi tadi perlu dilihat secara terbuka; sebenarnya membantu kerajaan negeri untuk terus memperkukuhkan Pakatan Rakyat kelak.

Harakahdaily turut menemui beberapa peserta yang lantang mencemuh kepemimpinan negeri untuk mendapatkan inti bantahan mereka, tetapi kebanyakannya meminta wartawan bertemu sendiri dengan ketua mereka, Azmir.

Dalam kalangan mereka yang ekstrem juga mengugut wartawan supaya tidak membesar-besarkan isu perarakan kepala lembu yang segar berdarah dari Masjid Negeri ke Bangunan SUK yang menempatkan Pejabat Menteri Besar; 28 Ogos lalu.

Bersandarkan beberapa klip youtube sebelum ini, didapati beberapa pemimpin Umno mendalangi aksi ekstrem tersebut.

Bagaimanapun, hadirin yang menyertai dialog hari ini kebanyakannya mendakwa mereka bukan ahli Umno, tetapi penduduk tempatan Seksyen 23.

Dari insiden kepala lembu berdarah sehinggalah perang mulut yang berlaku hari ini merupakan suatu lagi cabaran rakyat Melaysia yang terdiri oleh pelbagai bangsa, agama dan taraf sosial; selepas negara mengecapi kemerdekaan kali ke-52 tahun.

Sumber : Harakahdaily.



1. Tentu sahaja apa yang berlaku tidak tercetus secara kebetulan melainkan segalanya adalah ketentuan Allah swt. Tuhan Yang Maha Bijak lagi Maha Adil .

2. Lantaran itu , pilihanraya kecil yang luarbiasa kali ini [ 9 kali dalam tempoh setahun ] malah sangat ajaib [ pinjam kata - kata Prof Abu Hassan ] jua berlaku atas kehendak Allah swt yang menyimpan sejuta hikmah .

3. UMNO dan BN enggan membubarkan DUN Perak bagi membolehkan kerajaan pilihan rakyat dibentuk semula selepas UMNO dan BN merampasnya tanpa semangat demokrasi . Allah kurniakan 9 pilihanraya kecil diseluruh negara . Setakat ini hanya satu di menangi oleh UMNO dan BN iaitu di Batang Ai Sarawak .

4. UMNO dan BN tidak sudah - sudah cuba melumpuhkan kekuatan peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim , Allah swt taqdirkan berlaku 3 pilihanraya kecil di kawasan beliau iaitu Parlimen Permatang Pauh , Penanti dan Permatang Pasir . Ketiga - tiganya dimenangi oleh Pakatan Rakyat sekaligus menggambarkan bahawa peribadi Datuk Seri Anwar sukar digugat oleh UMNO dan BN .

5. UMNO dan BN turut memperlekeh kewibawaan Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang selaku Presiden PAS dan membelasahnya siang dan malam , Allah swt buat pilihanraya kecil di Kuala Terengganu . Tuan Guru diuji dengan isu perletakkan calon di Kuala Terengganu dan akhirnya Allah swt menunjuk jalan dan akhirnya Pakatan rakyat menang lagi .

6. UMNO dan BN mensasarkan Tuan Guru Hj. Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai figure yang mesti dijatuhkan dengan apa cara sekalipun . Beliau diaibkan dengan pelbagai isu yang sering dieksploitasi oleh media . Allah swt sekali lagi mengisytiharkan pilihanraya kecil di Manek Urai . Biarpun menyaksikan kemenangan tipis , tetapi setelah melihat UMNO dan BN mengerahkan seluruh tenaga luar dan dalamnya untuk memenangani pilihanraya tersebut namun realitinya mereka gagal lagi .

7. UMNO dan BN sebelumnya telah cuba mengaibkan tokoh baru PAS Datuk Seri Nizar Jamaludin Menteri Besar Perak yang dinafikan hak dan dirampas kuasanya secara mafia oleh mereka . Malah mereka melabelkan kononnya Nizar adalah penderhaka . Lalu Allah swt Tuhan Yang Maha Mendengar rintihan dan munajat hambaNya mengadakan pilihanraya kecil Bukit Gantang yang tidak mampu dielak lagi oleh UMNO dan BN . Nizar sendiri menjadi calon dan ternyata beliau menjadi Panglima Bukit gantang yang baru .

8. UMNO dan BN cuba jatuhkan negeri Kedah dengan mempalit calar pada kepimpinan Datuk Seri Azizan Razak . Bukit Selambau menjadi saksi betapa kerajaan Datuk Seri Azizan sukar untuk digugat oleh UMNO dan BN . Kini mereka tidak berani mengisytiharkan pilihanraya di DUN Seputeh , tetapi Allah swt Tuhan Yang Maha Adil lagi Saksama mentaqdirkan pilihanraya di bagan Pinang Negeri Sembilan . UMNO dan BN nak lari kemana ?

9. UMNO dan BN ada peluang menang di Bagan Pinang ini dan tentu sahaja kali ini , mereka akan berkata rakyat telah kembali kepada UMNO dan BN sebagaimana itulah ungkapan syukur mereka selepas pilihanraya kecil Manek Urai yang menyaksikan mereka kalah tipis . [ Namun belum selesai post mortem pilihanraya kecil Manek Urai , mereka terkedu seketika di Permatang Pasir setelah menyaksikan kekalahan teruk yang mereka alami dalam sebuah pilihanraya kecil .]

10. Sungguhpun begitu , saya percaya UMNO dan BN tidak akan mampu mengukir senyum jantan biarpun kemenangan bakal diperolehi mereka kelak kerana undi pos sahaja di Bagan Pinang dianggarkan sekitar 5000 . Kalaupun mereka menang , mereka bukan wakil rakyat tetapi wakil pos . Tapi .... kalau mereka kalah juga , entahlah ... saya tidak tahu nak kata apa lagi kecuali satu soalan saya nak tanya mereka , hei UMNO dan BN , nak lari ke mana lagi ?

Tindakan Speaker DUN Perak V. Sivakumar bersama 24 ADUN Pakatan Rakyat mengadakan Sidang DUN pada 2 September lalu di Hotel Herittage adalah sah dari segi Perlembagaan.

Pakar Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata malahan usul yang dikemukakan pada Sidang berkenaan juga merupakan usul yang sah.

Beliau berkata, V. Sivakumar masih lagi Speaker Dewan kerana ia diangkat keluar dari Dewan secara paksa pada Mei lalu dalam cubaan rampasan kuasa Umno-BN.

“Ganesan hingga kini masih lagi tidak sah dan tidak jelas. Dan beliau telang melanggar Perlembagaan Negeri yang melarang seseorang memegang dua jawatan dalam satu masa. Beliau masih jadi peguam sewaktu dilantik jadi Speaker Dewan. Sebenarnya yang bermasalah adalah Datuk Ganesan bukannya Sivakumar.

“Apa yang diputuskan dalam Sindang DUN itu adalah sama statusnya dengan yang di bawah pokok hari itu sah kerana pada satu-satu masa hanya boleh ada satu DUN sahaja. DUN di pengerusikan Ganesan tidak sah dan ia masih di bawah Sivakumar,” katanya.

Aziz yakin pihak setiausaha kerajaan negeri dan polis sedar bahawa sidang Dun Pakatan Rakyat itu adalah sah kerana pihak berkuasa kelihatan teragak-agak untuk mengambil tindakan.

“Ini dikutuk oleh sebuah laman web penyokong Umno berasa tidak senang dengan tindakan yang dianggap lembut oleh pihak polis di Ipoh walaupun sebenarnya kalau diperhatikan sudah kasar apa yang diakukan oleh polis terhadap Nizar dan Nge Khoo Ham,” katanya.

Mengulas mengenai kemelut politik di Perak, Aziz berkata Umno-BN mengheret mahkamah dalam kancah politik negara bagi merealisasikan rampasan kuasa yang dilakukan di Perak.

Beliau berkata mahkamah tidak seharusnya mencampuri hal ehwal Dewan Negeri mahupun Dewan Negara, sejajar dengan konsep pemisahan kuasa legislatif-eksekutif-kehakiman.

“Kalau mahkamah telah melanggar Perlembagaan siapa lagi yang kita harapkan untuk jaga Perlembagaan kerana hakim-hakim harus menjunjung dan pertahankan Perlembagaan.

“Perlembagaan kata mahkamah tidak ada kuasa untuk campur atau kaji atau periksa prosiding Dewan, dia buat juga maknanya mahkamah telah melanggar Perlembagaan. Jadi sekarang dalam keadaan kelam-kabut dan keputusan mahkamah dipersoalkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai keputusan Mahkamah Persekutuan Putrajaya memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa menggantung Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya daripada menghadiri sidang Dewan Negeri berkenaan.

“Umno heret Istana untuk sahkan kedudukan ini satu tindakan yang tidak betul dan mengkompromikan kedudukan neutral dan atas politik istana,” katanya.

Katanya DUN Perak perlu dibubar demi kepentingan negeri berkenaan khususnya dari segi kestabilan politiknya.

“Siapa Istana untuk menentang ini, kita harus faham latar belakang mengapa kuasa budi bicara diberikan pada Sultan bukan kuasa mutlak, apa yang berlaku di Perak jelas keengganan Sultan membubarkan Dewan telah memalitkan Istana dengan politik. Ia jelas dan semua nampak ia tidak boleh dinafikan,” katanya.




Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online