POLITIK

Tuesday, December 22, 2009

 





The Secret Doctrine, the Synthesis of Science, Religion and Philosophy atau dikenali sebagai The Secret Doctrine ialah sebuah karya semi-akademik yang menghuraikan pandangan kerohanian Eropah dan falsafah mereka.Huraian ini merangkumi bidang sains,sejarah,antropologi dan falsafah,merupakan hasil tulisan Helena P. Blavatsky (1831-1891),pengasas Pertubuhan Theosophy;sebuah pertubuhan kerohanian Eropah.

Karya ini terbahagi kepada dua jilid;jilid pertama menghuraikan asal-usul alam dan penciptaannya.Jilid kedua pula menceritakan sejarah kemanusiaan sehingga menjangkau berjuta tahun ke belakang.Karya ini dikatakan di dalam nota pembukaan adalah berdasarkan apa yang dipanggil sebagai Stanzas of Dzyan,sekumpulan prosa/kisah yang berisikan falsafah kerohanian dan alam semestaBlavatsky.Karya ini mempunyai bahagian-bahagian yang menceritakan asal-usul makhluk dan alam,termasuk kewujudan apa yang digembar-gemburkan sebagai Atlantis dan Lemuria.Falsafah di dalam The Secret Doctrine banyak dipengaruhi oleh falsafah Hindu dan Tibetan-Buddha sejak kita maklum bahawa ajaran Theosofi dan New Age mengambil model dari India dan Tibet dalam asas falsafah mereka.

Petikan dari Stanza II:

THE WHEEL WHIRLED FOR THIRTY CRORES (of years, or 300,000,000*). IT CONSTRUCTED RUPAS (forms). SOFT STONES, THAT HARDENED (minerals); HARD PLANTS, THAT SOFTENED (vegetation). VISIBLE FROM INVISIBLE, INSECTS AND SMALL LIVES (sarisripa, swapada). SHE (the Earth) SHOOK THEM OFF HER BACK, WHENEVER THEY OVERRAN THE MOTHER (a). AFTER THIRTY CRORES OF YEARS, SHE TURNED ROUND. SHE LAID ON HER BACK; ON HER SIDE. . . . . SHE WOULD CALL NO SONS OF HEAVEN, SHE WOULD ASK NO SONS OF WISDOM. SHE CREATED FROM HER OWN BOSOM. SHE EVOLVED WATER-MEN TERRIBLE AND BAD.

dari Stanza VII:

FIRST, THE DIVINE (vehicle) (b), THE ONE FROM THE MOTHER-SPIRIT (Atman); THEN THE SPIRITUAL -- (Atma-Buddhi, Spirit-soul)* (c); (again) THE THREE FROM THE ONE (d), THE FOUR FROM THE ONE (e), AND THE FIVE (f), FROM WHICH THE THREE, THE FIVE AND THE SEVEN (g) -- THESE ARE THE THREE-FOLD AND THE FOUR-FOLD DOWNWARD; THE "MIND-BORN SONS OF THE FIRST LORD (Avalokiteswara) THE SHINING SEVEN (the "Builders").** IT IS THEY WHO ARE THOU, ME, HIM, O LANOO; THEY WHO WATCH OVER THEE AND THY MOTHER, BHUMI (the Earth).


*H.P Blavatsky


The Secret Doctrine mengandungi rahsia-rahsia yang jarang diketahui oleh manusia dan menjadi antara 'kitab suci' para pengikut kultus-kultus kerohanian Barat dan para Elit Freemason Moden (mewakili 'front organization' yang membayangi beratus lagi '2nd & 3rd layer hidden organization').Antaranya kehidupan makhluk pada selang masa sebelum Adam turun ke bumi dan rahsia jarak dan masa yang dihuraikan sebagai ilusi (Sila rujuk Harun Yahya).Bagaimanakah H.P Blavatsky tahu sejauh ini?Dari manakah dia mendapat sumber-sumber untuk mengarang The Secret Doctrine?

Sebenarnya Blavatsky mendapat ilham mengarang The Secret Doctrine setelah mendapat kunjungan satu entiti apa yang dinamakan sebagai Master Djwal Khul (atau DK).DK dikatakan telah menjelma dihadapannya dan mengajarkan tentang falsafah kehidupan dan ajaran-ajaran 'suci' yang dikatakan datang dari 'The Truth'.Dari sinilah Blavatsky mengarang karya-karya tentang kerohanian sesat seperti ISIS Unveiled dan The Key to Theosophy.DK bukanlah satu-satunya entiti yang ada,malahan banyak lagi entiti yang menjelma pada ahli-ahli kultus sesat Eropah seperti yang terjadi pada Aleister Crowley dengan entiti yang dinamakan sebagai Aiwass yang mendorong dia menulis karyanya yang terkenal di dalam dunia kultus sesat;The Book of The Law.


Crowley juga dikunjungi oleh entiti yang lain seperti Lam,yang digambarkan sama seperti wajah Grey,'alien' yang terkenal dengan misteri UFO (memang ada kaitan-penulis) dan Lam inilah yang mendorong Crowley menulis The Amalantrah Working,satu ajaran kultus yang mengajar upacara seks sebagai satu cara menarik keberkatan syaitan.

Ajaran ini diwarisi pula oleh The Church of Satan yang didirikan Anton Szandor La Vey serta kultus Temple of Set oleh Michael A. Aquino,seorang bekas intellijen Amerika.

*Alice Bailey

Kesemua entiti ini dinamakan sebagai 'Ascended Master' merupakan 'roh' istimewa yang berdialog dengan subjek mereka secara ilham atau bayangan fizikal yang muncul seketika.Seorang murid Blavatsky yang bernama Alice Ann Bailey pula didatangi oleh Master Koothumi,satu lagi 'Ascended Master' yang menjelma dihadapannya.Benjamin Creme,seorang pengkaji karya Blavatsky dan Alice Bailey pula mendakwa didatangi oleh 'The Master' (nama penuh entiti tidak diberitahu) dan menyuruh dia mempersiapkan diri menyambut kedatangan 'Maitreya' atau '2nd Coming of Messiah'.

H.P Blavasky,Alice Bailey dan Benjamin Creme adalah tokoh-tokoh ajaran sesat New Age yang berpegangkan motto:

"There is no Religion higher than Truth."

Alice Bailey pula telah menubuhkan pertubuhan Lucifer Trust,iaitu satu kultus penyembahan Iblis menurut kaedah moden dan kontemporari.Atas sebab-sebab tertentu,nama 'Lucifer' ditukar kepada 'Lucis' dan pertubuhan ini menjadi naungan United Nation,malah ibu pejabat Lucis Trust juga ada di bangunan United Nation.

Inti kepada ajaran 'The Ascended Masters' ini adalah berpaksikan kepada sifat keAkuan kepada diri sendiri.Ajaran ini percaya kepada falsafah "Mighty I AM Presence" yang ada pada setiap manusia.Manusia adalah Tuhan kepada diri masing-masing dan ini menuju kepada falsafah seterusnya iaitu:

"Do what thou wilt shall be the whole of the Law" dan "There is no law beyond Do what thou wilt"

(Tiada undang-undang yang mengatasi keagungan nafsu sendiri)

iaitu inti kepada falsafah yang diambil dari The Book of The Law oleh Aleister Crowley.

dan ajaran para 'Ascended Masters' ini sebenarnya mewarisi kata-kata Firaun:

"...Akulah tuhanmu yang paling tinggi."

(An-Naazi'aat ayat 24)




Ajaran New Age juga menyembah nafsu sendiri (menurut falsafah Aleister Crowley di atas) yang dipanggil sebagai 'Thelema' oleh Crowley.Thelema adalah satu spiritual di dalam diri sendiri yang dianggap Tuhan dan wajib disembah oleh para pengikut kultus-kultus Theosofi.Thelema adalah kehendak di dalam diri;NAFSU yang menggoda dan meminta-minta.Apa jua cara sesat dihalalkan asalkan memenuhi kehendak nafsu masing-masing.Sebab itu pada altar penyembahan New Age Religion terdapat pelbagai patung;Jesus,Mary,Krishna,Buddha,Siva dan sebagainya.Ajaran ini juga mengganggap seks bebas sebagai cara 'ibadat' kepada Tuhan di dalam diri masing-masing.

Perhatikan bait-bait dalam petikan dari The Secret Book of Dzyan:

In primeval times,
a maiden,Beauteous Daughter of the Ether,
Passed for ages her existence
In the great expanse of Heaven,
. . . . . . . . . . .
Seven hundred years she wandered,
Seven hundred years she laboured,
Ere her first-born was delivered.
. . . . . . . . . . .
Ere a beauteous duck descending,
Hastens toward the water-mother.
. . . . . . . . . . .
Lightly on the knee she settles,
Finds a nesting-place befitting,
Where to lay her eggs in safety,
Lays her eggs within, at pleasure,
Six, the golden eggs she lays them,

Then a Seventh, an egg of iron . . . . ."

(Kalevala, Rune I.)

Dzyan adalah koleksi ilham dari entiti-entiti yang mengunjungi Blavastsky,merupakan ajaran-ajaran Iblis,di mana Iblis atau sebelum itu bergelar Izzazil amat mengetahui keadaan bumi sebelum disiapkan untuk Adam.Iblis juga mengetahui kehidupan makhluk sebelum manusia,jenis-jenis bangsa dalam makhluk Jin,tamadun dan teknologi mereka.Anda boleh membayangkan suasana tamadun para Jin ini dengan menonton siri filem Starwars di mana jika anda perasan selain apa yang dinamakan 'manusia' terdapat pelbagai makhluk yang mempunyai wajah pelik dan hodoh di dalam Galactic Federation dan dunia Starwars itu.Mereka mempunyai teknologi yang canggih,manipulasi graviti dan cahaya serta tenaga atom yang tinggi kemahirannya.Anda juga perlu perhatikan tentang 'The Force' yang dikuasai oleh Jedi dan mereka mempunyai pedang yang terbuat dari cahaya.Perhatikan pakaian mereka dengan teliti,fesyen mereka.MEREKA BERPAKAIAN SEPERTI ZAMAN PURBA NAMUN MEMPUNYAI TEKNOLOGI YANG CANGGIH.

Siapakah dia Master Yoda?

Di dalam Starwars juga ada kisah tentang legenda Darth Vader,iaitu seorang Jedi yang dahulunya merupakan seorang yang budiman dan baik akhirnya tidak dapat mengawal 'The Force' (nafsu sendiri?) dan bertukar menjadi jahat.Teliti kisah Anakin Skywalker dari kecil sehingga dia diambil menjadi skuad Jedi.Cuba kaji dari mana Lucas mengambil ilham suasana,teknologi dan kisah Darth Vader.Dan jika anda mengkaji lebih jauh,kesemua nama watak dan tempat dalam filem ini ada maksud dalam bahasa Yahudi!Anda tahu maksud Jar Jar Bin dan Obi Wan Kenobi dalam bahasa Ibrani?

Siapakah Darth Vader??


Jika anda mengkaji lebih jauh,anda akan dapati Hitler juga mempunyai kultusnya sendiri iaitu The Black Sun.Lambang Swastika pada ajaran Veda dan Buddha melambang maksud-maksud positif namun Nazi telah menggunakannya dengan kedudukan terbalik,melambangkan 'The Dark Force'.Dan laporan pengkaji kultus The Black Sun mengatakan 'The Ascended Masters' ini juga ada mengunjungi para rahib kultus tersebut.SEBENARNYA PARTI NAZI DIASASKAN DI ATAS KULTUS SESAT DAN PENYEMBAHAN IBLIS.Cuba kaji kultus The Black Sun dan kerohanian sesat Parti Nazi.Parti Nazi dibiayai oleh pertubuhan mistik Thule Society dan ini ada kaitan dengan Rothschid sejak Hitler dikesan mempunyai hubungan darah dengan keluarga Rothschild.'Nazi Salute' diambil dari gaya dewa Rom dan lambang petir adalah lambang khas 'The Elite'.

SEBENARNYA JIKA KITA INGIN TAHU STRATEGI IBLIS UNTUK MENYESATKAN ANAK-ANAK ADAM,KITA KENA TAHU PERJALANAN SEJARAH 'THE ELITE'.Siapa guru-guru mereka dan bagaimana mereka berhubung dengan 'guru-guru' ini.

Sebenarnya ketika Iblis berjanji:

"Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Shaad ayat 82)

Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus," (Al-A'raaf ayat 16)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (AlHijr ayat 39)

Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil."

(Al-Israa' ayat 62)

...,IBLIS TIDAK BERMAIN-MAIN DENGAN SUMPAHNYA.


Dari sini kita tahu modus operandi Iblis dan Syaitan yang jarang kita dengar-dengar.Bahawa Iblis telah menjelma dihadapan orang-orang yang dipilihnya kemudian mengajarkan sesuatu.Lihat,Iblis tidak muncul di depan orang-orang miskin di ghetto-ghetto sesak di Switzerland atau Mak Bedah di pekan Parit,Perak misalnya tetapi para penulis,cendekiawan dan orang-orang berpengaruh.Mereka dipilih kerana mampu mempengaruhi manusia dan menjalankan agenda 'The Dark Force'.Setiap orang-orang kaya The Elite menganut fahaman agama Iblis ini.Lucis Trust dibiayai oleh Rockefeller,dan memang Rockefeller yang mengawal Lucis Trust dan ajaran Theosofi ini.Dan Lucist Trust adalah organisasi di bawah UN atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Apa MAKSUD SEMUA INI?

Iblis mampu menjelma menjadi manusia,kerana dia mempunyai tenaga dalaman dan kemahiran yang handal.Maklumlah bekas Ketua Para Malaikat (The Ex-Chief of Archangels).Kita mungkin tidak menyangka strategi Iblis sejauh itu,muncul di depan orang yang ingin dipengaruhi,orang itu pula mempengaruhi orang lain sehingga kepada The Elite,dan The Elite ini pula malangnya terdiri dari bijakpandai sehingga sistem politik,sistem ekonomi,pendidikan,industri barangan dan makanan dunia dipelopori oleh proksi-proksi The Elite.Tiada satu pun rumah orang-orang Islam di dunia kecuali segelintir yang tidak menyimpan atau menggunakan barangan buatan The Elite.

Namun sekuat mana pun usaha The Elite dan Iblis,Allah Yang Maha Perkasa tetap mampu mengalahkan makhluk-makhluk lemah ciptaan-Nya ini.The Secret Doctrine tidak akan mampu melawan doktrin Allah Yang Maha Sempurna.Malah setiap hari Allah s.w.t akan menambah-nambah atau melemparkan pelbagai kekayaan dunia ke tubuh badan The Elite.Semakin hari semakin kaya.Sehingga mangkuk tandas pun diperbuat dari emas.Mereka telah diistidraj oleh Pencipta mereka sendiri.Setiap perancangan mereka dibuat seolah-olah mereka asyik berjaya sahaja dan berjalan lancar.Mereka diperdaya sehingga menjadi semakin sombong dan megah.Mereka berkata seolah-olah mereka Tuhan yang mampu mengawal manusia dan seluruh isi alam.Namun mereka tidak menyedari bahawa akhirnya 'guru-guru kerohanian' mereka itu akan berlepas diri dari mereka dan bersikap cuci tangan.Di akhir cerita,para The Elite yang bijakpandai ini akhirnya akan rasa tertipu,melebihi Tipah Tertipu dan mengalami sindrom kekecewaan yang teramat sangat kerana ditipu hidup-hidup oleh syaitan dan Iblis yang hodoh lagi bertaraf rendah berbanding manusia,sebaik-baik ciptaan.



“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”

(Surah al-Anfal, 8:48)

And (remember) when Shaitân (Satan) made their (evil) deeds seem fair to them and said, "No one of mankind can overcome you this Day (of the battle of Badr) and verily, I am your neighbour (for each and every help)." But when the two forces came in sight of each other, he ran away and said "Verily, I have nothing to do with you. Verily! I see what you see not. Verily! I fear Allâh for Allâh is Severe in punishment."
(Surah al-Anfal, 8:48)







-------------------------------------

Bibliografi:

The Secret Doctrine by H. P. Blavatsky

X-material under codename 'rainbowstar'

The Secret Book of Dzyan

MF Archive Royal Library

Al-Quran translated (rough translation) by Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali, Ph.D.
and Dr. Muhammad Muhsin Khan










"Verily, I have nothing to do with you. Verily! I see what you see not. Verily! I fear Allâh for Allâh is Severe in punishment."

-Azazel 'The Lucifer'.

Wednesday, November 25, 2009




Saya mohon maaf atas kelewatan membuat komentar kepada "2012" yang telah saya tontoninya sebelum ini atas beberapa masalah.

Akhbar Siasah terbaru ada memperlihat kenyataan Majlis Syura Ulama Indonesia membuat kenyataan sekitar 2012 menyesatkan aqidah umat Islam. Kenyataan tegas dari Indonesia (malangnya tidak kedengaran pula dari Malaysia termasuk dari pimpinan ulama gerakan Islam mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan) sangat penting bagi mempertegas penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".

Namun demikian, bagi saya, ada sesuatu yang perlu dilihat dengan lebih mendalam dan tersirat, bukan sekadar yang tersurat dari filem itu.

Ada beberapa teori konspirasi Yahudi Illuminati yang sedang menarik perhatian saya dalam filem yang mesejnya menepati ramalan saya sebelum ini (baca "Apa Pula Simbol Emmerich Dalam 2012" dan "2012 Janjikan Propaganda Illuminati").

1. Kenapa seorang pakar geologi - yang membocorkan maklumat kerajaan AS mengenai gempa bumi yang akan menimpa AS - terbunuh di tempat yang sama kemalangan maut berlaku pada Princess Diana ?

Adakah filem ini terang-terang mahu 'sengaja' menunjukkan bahawa kemalangan di tempat yang sama meragut nyawa Princess Diana hakikatnya suatu yang dirancang "secret societies" dan bukannya kebetulan ?


Baca juga : "...when The Queen Diana said : “there are powers at work in this country of which we know nothing...”.


2. Kenapa kapal armada laut AS (lihat gambar utama ini di website 2012) yang jelas terpampang nama John F. Kennedy 'terpilih' untuk merempuh White House ketika di kemuncak bencana tsunami dalam 2012 ?

Pendedahan John F. Kennedy suatu bahaya besarkah kepada pemilik sebenar pentadbiran AS ? Mungkin pendedahan website seperti ini mampu membuka minda.



3. Kenapa ada sahaja elemen "konspirasi yang tidak boleh didedahkan" dalam filem ini ketika ramai mungkin menjangkakan ia tidak akan berkesudahan dengan wujudnya kehidupan baru selepas diselamatkan oleh bahtera penyelamat - yang telah dirancang pembinaannya lebih awal oleh AS ?

Sukarkah membuat filem tanpa elemen 'konpirasi' ataupun 'hidden map' ?

Adakah ia suatu signal sememangnya Kiamat 2012 bukannya fenomena alam, tetapi sesuatu yang sedang dirancang pihak yang sama yang pernah mencatur Perang Dunia Pertama sehingga tertegaknya negara haram Israel dan mencipta bom atom untuk meletupkan Perang Dunia Kedua dari Jepun ?

Apatah lagi filem "2012" terdapat banyak aksi semacam sengaja "memperli" mengenai kedatangan "the end of life" seperti aksi nyanyian berseloroh sebuah band musical dan aksi animasi kelakar "matahari menembak bumi" dalam komputer Charlie Frost, juruhebah radio. Nampak jelas ia semacam memerli mereka yang akan mempercayai kiamat pada "2012".

4. Terdapat juga aksi seperti mirip aksi tenggelamnya Kapal Titanic di Bermuda Triangle ketika adegan tsunami 2012 menghempap sebuah kapal. Tahniah Remmerich, anda membuka fikiran saya untuk melihat tragedi bersejarah Titanic itu kini dari sudut yang berbeza.

"It is not inconceivable that we have heard so much about the famous voyage of the Titanic because it was one of the most perfect crimes ever committed." - Doug Yurchey


How could a ship that's made out of metal be sunk by an iceberg?



Rujukan lagi :
www.titanicconspiracy.com
5 persoalan misteri sebelum kejadian Titanic
www.dajjalvideo.blogspot.com/bermudatriangle




5. Filem ini juga memberikan suatu mesej bahawa sesiapa yang menguasai teknologi penerbangan dan lautan, akan selamat dari bencana besar 2012.

Adakah ini suatu lagi signal pihak yang sama sedang mencipta teknologi di udara dan di lautan - yang kononnya ia adalah makhluk asing (U.F.O) walhal mereka yang menciptanya ('faked alien') ?

Mereka telah berjaya menipu dunia dengan 'fake event' pendaratan di bulan pada 20 Julai 1969, kali ini tidak perlu pelik dengan penipuan seterusnya mengenai wujudnya 'makhluk asing', dunai mesti bersatu di bawah AS untuk menentang mereka seperti digambarkan dalam Independence Day arahan Remmerich yang sama sebelum 2012, filem ke-12 beliau.




New World Order Conspiracy Reveals Secret Martial Law Doomsday Plan 2009-2012. Lihat lagi pendedahan golongan Youtuber Kristian mengenai ancaman Illuminati di sini. Walaupun ia dibuat oleh golongan Kristian, namun sememangnya Illuminati adalah musuh utama yang akan menghapuskan semua agama.

5. Berulang kali juruhebah radio dalam 2012, Charlie Frost membuat kenyataan sebelum dirinya dihempap batu api dari letupan volkani 2012.

"To all Christian, Muslim, Buddhist, Rastafarian... We must be ONE family now. We Will be ONE!!!".

Untuk apa kalimah "one" sentiasa digemakan ? Untuk apa dipaparkan negara-negara besar dunia seperti China (tempat projek 'bahtera penyelamat' dibina), India, Russia dan 48 buah negara kesemuanya bersetuju dengan pelan keselamatan AS melalui kapal Atlantis tersebut ?

Merujuk kepada projek besar Yahudi untuk mewujudkan "One New World Oder" pada 2012 ? One World Religion ?


Bagi saya, skrip 2012 yang ditulis oleh Harald Kloser sememangnya mempunyai mesej tertentu kalaupun tidak kesemuanya. Jika tidak, masakan filem menelan belanja besar hampir 800 juta ringgit Malaysia ini boleh ditampung oleh Yahudi di belakang Hollywood.

6. Apa simbol di sebalik bahtera penyelamat yang menyelamatkan beberapa ratus ribu manusia yang 'terpilih' selepas bencana 2012 tersebut ? Adakah ia mengisyaratkan kepada projek penyingkiran 90 % penduduk dunia - melalui sekatan pemakanan dan sebagainya - dan akan kekalnya mereka yang 'terpilih' untuk meneruskan tamadun baru manusia berasaskan "New World Order" (novus ordo seclorum) .

Undian pemimpin pasca 2012 di website rasmi 2012 tambah meragukan siapakah dalang di sebalik projek "2012 fear factor"

Propaganda "Noah Ark" versi AS. AS tampil sekali lagi dalam "2012" sebagai penyelamat dunia (baca : pemusnah dunia).

Kenapa semacam kisah kapal Nabi Nuh yang sememangnya kisah sejarah itu menjadi titik persamaan antara agama asal Yahudi, Kristian dan Islam dijadikan 'nostalgia' dalam penghujung "2012" ? Semua agama akhirnya akan tunduk pada SATU kuasa setinggi Gunung Everest pada saat itu berlaku ?

Dalam ajaran agama Samawi dan mungkin juga agama lainnya, ketika kiamat terjadi tidak ada satu pun makhluk di bumi yang akan selamat, semua hancur bersama dengan hancurnya alam semesta. Namun filem 2012 ini mengirimkan "hidden messages" bahwa kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya, pasti anda akan selamat.

Demikianlah "mesej halus" filem 2012 pada anak-anak kecil dan remaja yang belum mapan didikan agama mereka. Didikan filem itu jelas melawan ajaran agama tentang Kiamat. Seolah-olah Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut. 2012 mengirimkan pesan AS penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda !!!


Semuanya di atas hanyalah hipothesis saya, boleh diterima mahupun ditolak.

Mesej dari 2012 adalah pengumuman siri puzzle seterusnya dari Yahudi pembunuh para anbiya'.

Ramai adik-adik bertanya kepada saya, kenapa Illuminati mendedahkan kewujudannya dalam pelbagai bentuk halus sedangkan mereka sebuah gerakan rahsia yang mahu melakukan kerosakan di dunia ?

Jawapan saya mudah.

1. Dengan berbicara dengan simbol kepada musuh-musuh mereka (baca : umat Islam dan golongan beragama), mereka akan cuba mencipta peperangan secara propaganda menimbul ketakutan atau "fear-factor". Mencipta ketakutan sebelum berperang adalah teknik "mind-control" yang sememangnya dipraktikkan Yahudi sejak dari zaman Nabi S.A.W.

Yahudi sememangnya sebuah bangsa yang dibuktikan sejarah takut berdepan dengan peperangan bersemuka dengan umat Islam. Perang Bar Lev sudah cukup mengajar mereka erti ketakutan pada doa-doa para ulama Islam. Justeru mereka mahu menimbulkan ketakutan kepada umat dengan menonjolkan kewujudan mereka dalam catur-catur yang mereka atur sejak lama dahulu, yang lingkaran mereka sangat luas dan complicated, tetapi kesemuanya menggunakan brand dan pattern (logo) yang sama.

2. Supaya umat Islam terus disibukkan mengkaji kewujudan simbol-simbol mereka sahaja, dalam pelbagai medium, tetapi lalai dari tindakan yang lebih konstruktif untuk menyelamat dan membentengi ummah dari perencanaan jahat 9 "F" mereka (Finance, Food, Film, Fashion, Fun, Fiction, Faith, Friction dan Fitnah), lalai dari usaha keras untuk mengemukakan penyelesaian membina kepada ummah yang sedang disepakterajang oleh mereka atau sedang berada di telunjuk percaturan mereka.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Orang-umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Pertempuran besar tersebut telah diisyaratkan Nabi S.A.W akan memihak kepada umat dan tentera Islam. Saya sangat optimis khususnya setelah menatapi "Al-Mubassiyraat bi Intahsaaril Islam" karangan ulama intelektual dunia Islam Syekh Dr Yusuf al-Qaradhawy.

Syaratnya cuma apabila tentera Muhammad telah memenuhi syarat persiapan syariatullah dan sunnatulah (ilmu) sebelum kedatangan Nabi Isa alahissalam dan gerombolan tentera Imam Mahdi, impian membenamkan Yahudi-Iblis, seluruh sistemnya yang well-complicated dan seluruh proksi-proksi 'mata satu' mereka dari terus mencatur sepak terajang bencana kemanusiaan dunia akan direalisasikan.

"...Usaha-usaha menghalang gagasan pengislaman ilmu ini dari berkembang luas nampaknya dilakukan dengan drastik oleh golongan Illuminati. Pada 1986, Dr. Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Dr. Louis Lamya telah dibunuh di rumahnya. Ramai pemerhati mengesyaki bahawa komplot pembunuhan ini didalangi oleh Jewish Defense Leage (JDL). Sesungguhnya pembunuhan beliau membuktikan bahawa Perang-Perang Dunia adalah satu ‘pakej konspirasi’ yang lengkap dalam usaha menjajah negara Islam. Negara Islam tidak hanya diserang dan dijajah bahkan pemikiran, ideologi dan kepercayaan agamanya juga diganggu-gugat melalui satu sistem aliran politik dan pendidikan yang tersusun." - www.ibnuyaacob.com


"Benarlah Ahmad Thomson ketika di dalam bukunya yang berjudul Dajjal – The AntiChrist mengatakan bahwa dunia yang sedang kita jalani dewasa ini –terutama sejak hampir satu abad yang lalu- telah menjadi sebuah Sistem Dajjal. Peradaban dunia semenjak ghaibnya sistem Islam yang bernama Khilafah Islamiyyah telah perlahan namun pasti mengarah dan membentuk diri menjadi sebuah peradaban yang sarat dengan Dajjalic Values. Kian hari kian nyata bahwa nilai-nilai Ilahi yang suci dan mulia secara sistematis mengalami marginalisasi alias penghapusan.


Sedemikian hegemoniknya sistem Dajjal sehingga menurut Ahmad Thomson bilamana dalam waktu dekat si oknum Dajjal muncul ke tengah umat manusia, maka ia akan segera dinobatkan menjadi pemimpin sistem tersebut. Sebab sistem yang dibangun dengan sebutan Novus Ordo Seclorum (the New World Order) ini sangat compatible dengan karakteristik oknum Dajjal. Berbagai sektor kehidupan telah dirancang dan dibentuk agar secocok dengan the arrival of the AntiChrist (kedatangan Dajjal). Segenap sektor kehidupan manusia yang mencakupi ideologi, politik, ekonomi, sosial, budaya, militari, pertahanan-keamanan, pendidikan dan hukum dijauhkan dari Dienullah yakni nilai-nilai Islam. Bahkan aspek entertainment-pun diarahkan untuk menyambut kedatangan Dajjal."


http://rijal82.blogspot.com

Sunday, November 22, 2009






Perpecahan orang-orang Melayu bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu pertama,perpecahan politik dan yang kedua-perpecahan pengamalan agama.Kedua faktor ini dijadikan senjata oleh mason-mason tidak kira yang Melayu atau bukan Melayu untuk memecahbelahkan bangsa ini yang diketahui majoritinya menganut agama Allah.Serangan dijalankan dalam pelbagai cara,jika ada ruang kosong,mereka akan mencelah.

Kemudian para mason ini akan memulakan permainan.



"Jus Soli"






Jangan kau tanyakan aku erti bangsa
nanti aku akan suapkan kau
maksud berbilang etnik dan faham agama

Jika kau berikan aku erti harmoni
nanti akan aku ajarkan kau erti rasis
prejudis dan kauvinis

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

jangan kau tanyakan aku persefahaman antara agama
nanti kau tuduh aku jumud dan kolot

jangan kau paksa aku sentuh tentang
Palestin dan Iraq
nanti kau kata aku pembela keganasan

biar
biar saudara perempuanku dirogol setengah mati
biar
biar saudara-saudaraku dibunuh satu-persatu
dipenjara, dicabul maruah dan pegangan agama
aku tidak boleh menyebut nama mereka sedikitpun
mahu aku tersenyum
dan kata
"itu urusan mereka"
jika membalas
aku dicop pengganas

belum aku ajar kau makna diskriminasi
nanti kau terjangkit terkedu membusung
lantas aku racun kau dengan maksud realpolitik

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

Jangan tanya aku
erti persefahaman kaum
jika mereka duduk ramai-ramai
di tanah pusakaku
dan esok lusa
anak cucu mereka
menghalauku

Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi


Untuk mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam di Malaysia khasnya umat Melayu,kita kena mengkaji keseluruhan senario yang terjadi di sini.Ini penting sebelum siapa-siapa yang ingin mengaku pejuang Islam atau mahu memperjuangkan agama berangkat mahu ke medan perang.Jika tidak,para pejuang ini akan mati akibat tertusuk pedang rakan sendiri,atau mati terkena peluru sesat atau lari dari medan perang akibat terkeliru atau mengelirukan diri sendiri.

Ada yang mengaku memperjuangkan agenda Islam,tetapi bila dilepaskan ke medan yang lebih luas mula terkeliru dan mengalami kejutan budaya.Anehnya,mereka mula mengalami perasaan 'inferior' terhadap Islam dan akhirnya mengikut telunjuk musuh-musuh Islam.Walhasilnya,mereka berjaya dalam perjuangan mengelirukan diri sendiri.Ada yang mengaku pendokong visi dan misi Islam namun hanya gah di pentas-pentas formal.Mereka berani menunjukkan muka di pentas-pentas ceramah dan seminar di sekolah-sekolah dan universiti.Segalanya formal dan hubungan antara sesama juga formal sehingga susah untuk orang yang didakwahkan itu menemuinya.Mereka berani berceramah dalam keadaan audiennya menekur mendengar tanpa banyak soal.Malah audien juga hadir atas dasar terpaksa dan memenuhi syarat sahaja.Habis ceramah,isi ceramah masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Ada yang mengaku sebagai pendakwah tetapi tidak mahu memahami sensitiviti masyarakat setempat dan mahu meninggikan ego sendiri sahaja.Islam dijadikan sebagai pekerjaan dan sumber rezeki sahaja.Apa yang terjadi pada generasinya dia tidak ambil pusing yang penting elaun ceramah masuk poket dan cukup bulan kerajaan masukkan gajinya dalam bank.

Untuk tujuan muhasabah diri dan menyusun strategi,kita kena jujur.Fikiran kena terbuka dan positif.

Kita kena hindarkan diri menjadi seperti sesetengah orang dalam jemaah Tabligh menganggap saudara dalam Pas berada dalam jalan tidak betul kerana bergelumang dengan politik.Saudara-saudara yang keliru itu kena sedar,dari sejak mula jemaah ini bertapak di Malaysia sehingga kini berapa peratuskah usaha itu dapat menggerakkan sekurang-kurangnya hukum Qisas ditegakkan dalam perundangan Malaysia?Dakwah itu penting,namun politik itu juga penting sebab itu nabi Muhammad s.a.w terpaksa berhijrah ke Madinah untuk MENUBUHKAN NEGARA ISLAM kerana politiklah dapat membawa hukum Allah s.w.t ke dalam sistem perundangan.Jika nabi berdakwah sahaja di Mekah,alamat 100 tahun pun keadaan Islam macam itu sahaja.Pi mai pi mai tang tu,kerana orang yang memegang kuasa di Mekah adalah kaum Musyrik.Mungkin boleh berjaya,tetapi memakan masa yang amat lama dan korban yang bukan sedikit.Nabi bukan semata-mata pendakwah tetapi juga ahli politik dan jeneral perang.JIka hendakkan nabi yang betul-betul berdakwah sahaja kerjanya,boleh ambil contoh nabi Isa a.s.Nabi Isa a.s kerjanya berdakwah sahaja.Beliau tidak mempunyai negara atau satu batalion pun tentera untuk mempertahankan hukum Allah.Akhirnya beliau diancam oleh tentera-tentera Pilatus Rom tanpa ada sedikit kekuatan pun melainkan rahmat Allah s.w.t.

Dan kita jangan menjadi sesetengah orang dalam Pas yang memandang hina jemaah Tabligh.Apabila jemaah ini datang ke masjid atau surau,ada saudara dalam Pas sendiri yang menghalau mereka,padahal mereka ingin berziarah dan menyenangkan usaha saudara dalam Pas untuk memahamkan masyarakat tentang agama.Mengapa dalam kepala mereka penuh pandangan negatif tentang usaha dakwah.Sesetengah saudara dalam Pas terlalu asyik berpolitik sehingga lupa akan tujuan sebenar mereka membawa politik Islam.Mereka ingin tegakkan hukum Allah tetapi majoriti umat Islam tidak faham Islam,bagaimana mereka mahu menegakkan politik Islam?Mereka telah membuat kerja yang menyusahkan diri sendiri.Mereka MUNGKIN BERJAYA TETAPI MENGAMBIL MASA YANG AMAT LAMBAT DAN MEMAKAN KORBAN YANG BUKAN SEDIKIT.Bukankah mudah jika Pas datang kepada orang yang faham kalimah "Lailahaillallah' lantas menerangkan tentang konsep kenegaraan Islam,agak-agak adakah orang tadi bersetuju atau tidak?

Kita kena faham senario.Jangan duduk di dalam tempurung ego sendiri.Jangan buta dan taksub semata.

Di dalam medan peperangan ini terdapat berbagai-bagai ragam manusia.Berbagai-bagai pemainnya.Terdapat golongan Islam Liberal,Sekular,Materialis,Kauvinis,Sosialis serta Non-Muslim.Di sana juga berkeliaran para Orientalis,Konspirator dan pejuang agama lain.Mereka ini ada yang menubuhkan NGO-NGO,pertubuhan sehingga ada yang mempunyai parti politik sendiri.Organisasi mereka mempunyai dua cabang;politik dan propaganda.Dalam istilah Islamik,organisasi mereka mempunyai bahagian siasah dan usaha dakwah.Bahagian politik mereka digunakan untuk berjuang meminda undang-undang yang memberi kelebihan kepada Islam kepada undang-undang yang menafikan hak Islam dan memberi kelebihan pula kepada mereka.Bahagian politik mereka juga digunakan untuk menghapuskan undang-undang syariah dan berusaha menghapuskan identiti Islam.Contoh,menghapuskan tulisan jawi/arab dan kod pakaian menutup aurat.Mereka berusaha menghapuskan syiar-syiar Islam seperti azan dengan pelbagai alasan,selalunya menyentuh hak asasi manusia.TUJUAN TERAGUNG BAHAGIAN POLITIK MEREKA ADALAH UNTUK MENGAMBILALIH PEMERINTAHAN MALAYSIA DARI TANGAN ORANG ISLAM.Jadi semua orang yang ingin mengaku pejuang Islam kena ingat baik-baik masalah ini.Kena FIKIR DAN RISAU masalah ini bersama disamping fikir dan risau yang lain.

Bahagian usaha dakwah mereka pula (propaganda) merangkumi NGO-NGO dan media.Mereka selalu mengadakan seminar,forum,bengkel dan ceramah yang selalunya ditutup dengan nama hak asasi dan keadilan.Ini belum lagi masuk topik usaha dakwah dari mubaligh agama.Lagi bermacam-macam usaha dakwah mereka.Kaji bagaimana usaha mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak.Antara mangsa yang menjadi pencacai mereka adalah golongan Islam Liberal.Golongan ini menjadi kuli untuk menyebarkan dakwah memburuk-burukkan sistem Islam dan undang-undangnya.Mereka sanggup menulis artikel memburuk-burukkan Rasulullah s.a.w dan undang-undang Syariah.Antara usaha terhebat mereka setakat ini adalah mengadakan seminar Inter-religious Faith.Luarannya mereka mengatakan ingin mencari titik temu dalam agama-agama tetapi sebenarnya titik temu itu dicari dengan menghancurleburkan agama Islam.Saudara dalam Pas,Umno dan PKR kena faham masalah ini jika masih teringin untuk menghidu bau syurga Allah.

Ingat,Allah Azza wa Jalla tidak rugi apa-apa jika hukum-Nya tidak ditegakkan.Yang rugi adalah kita.Kita mungkin selamat di dunia,tetapi di akhirat...



Walau apa pun latar belakang para pejuang Islam,dari sekolah pondok,dari universiti (UIA misalnya),dari Maahad atau sekolah agama rakyat atau negeri atau dari jemaah-jemaah seperti Tabligh,mereka mesti menjadikan contoh negara Islam Madinah yang diusahakan Rasulullah s.a.w sebagai model ikutan.Model negara Islam Madinah terdiri dari bahagian Politik dan bahagian Usaha Dakwah.Politik digunakan untuk melindungi maruah orang Islam,perundangan Islam dan syiar-syiarnya.Manakala Usaha Dakwah adalah untuk mentarbiah dan menyebarkan ajaran Islam disamping mengekalkan penghayatan Islam dalam diri semua orang Islam.Pejuang Islam yang meninggalkan salah satu dari dua konsep ini,akan menghadapi kesusahan yang dasyat.Kepayahan yang berat dan silap haribulan,akan sesat dalam perjuangan dan terkeliru.

Ingat,Rasulullah s.a.w mampu menghantar keluar dua jemaah;satu jemaah keluar di jalan Allah untuk berdakwah.Dan satu lagi jemaah keluar di jalan Allah untuk berperang mempertahankan maruah agama.

Dan jemaah kedua tidak akan dicapai jika tidak dengan jalan politik.

Fikirkan adakah nabi Isa a.s mampu menghantar jemaah perang mempertahankan risalah wahyu yang dibawanya?Akhirnya pengikut-pengikutnya ditangkap oleh tentera Pilatus dalam keadaan lemah dan tidak melawan sedikit pun akibat nabi Isa a.s tidak memegang peranan sedikit pun dalam politik Rom yang menjajah Palestin ketika itu.

Nabi Isa a.s tidak mampu menghantar jemaah kedua.Tetapi Nabi Muhammad s.a.w mampu.

Sebab itu agama Islam telah disempurnakan oleh Allah Yang Maha Perkasa.Sistem Islam sesuai untuk setiap masa dan keadaan.Hanya sesetengah orang Islam sendiri yang tidak yakin.

Kita lihat senario umat Islam di Malaysia.Secara jujur,politik Islam khasnya Melayu dipegang oleh Umno.Umno umumnya terdiri daripada orang-orang Melayu beragama Islam.Ketika peralihan kuasa antara kerajaan British dan pemimpin Umno,British segera mengadakan usaha untuk menetapkan perundangan Malaysia berdasarkan perundangan sekular.Pemimpin Umno dan majoriti orang Melayu menerima kerana kita kena faham bahawa yang penting dalam kepala mereka adalah MERDEKA.Soal perundangan perkara kedua,padahal inilah racun yang mahu disimpan oleh British.Kita juga kena maklum setelah sekian lama khilafah Islam tumbang, fiqh kenegaraan Islam telah dilupakan oleh ramai umat Islam.Begitu juga orang-orang Melayu yang sekian lama dijajah sudah tentu tiada pengetahuan atau pengalaman dalam menjalankan undang-undang Islam.Apatah lagi para pemimpin Umno ini yang majoritinya mendapat pendidikan Barat.Sudah tentu mereka tidak faham atau tidak tahu-menahu langsung tentang konsep negara Islam.Namun sesetengah orang Islam yang faham terutamanya golongan ulama bangkit untuk menegakkan undang-undang Islam.

Maka lahirlah Pas.

Ketika itu jemaah Tabligh pun masih kecil atau mungkin tiada langsung dalam kamus orang-orang Melayu.

Jadi kita kena faham senario ini.Umno terdiri dari orang-orang Islam yang tidak faham atau tiada pengetahuan tentang konsep kenegaraan Islam.Pas terdiri dari ulama-ulama yang faham tentang konsep kenegaraan Islam.Jadi antara cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah PAS KENA BAGI FAHAM KEPADA UMNO TENTANG KONSEP KENEGARAAN ISLAM.Bukan menjauhi mereka atau memakihamun mereka.Kesian Umno,sudahlah buta dan pekak,kemudian dimarahi dan dimakihamun pula.Makin jauhlah mereka dari kefahaman Islam.

Umno umumnya menganut politik sekular.Sekular ialah satu faham yang memisahkan agama dari politik.Maksudnya tiada undang-undang Islam.

Jadi Pas kena pujuk saudara dalam Umno untuk masukkan agama dalam politik.Biar politik yang kotor itu dicuci dengan kemuliaan agama.Kena sabar memimpin saudara dalam Umno yang dibutakan penjajah.Umno ibarat orang buta.Pas kena pimpin.Bukan memakihamun Umno yang teraba-raba tadi.


Dalam hal ini,siasah Pas kena bijak.Kemahiran komunikasi atau 'public relation' Pas kena berhikmah.Kena yakinkan bahawa dengan amalkan Islam tidak akan memiskinkan pemimpin Umno.Islam tidak tarik banglo dan Mercedes mereka.Malah Allah s.w.t akan tambah keberkatan pada harta mereka kerana mereka melaksanakan Islam dalam politik.Pas jangan terikut-ikut amalan politik Timur Tengah,Pakistan atau India.Manusia di sana memang berjiwa kasar dan keras.Sebab itu banyak perpecahan umat Islam di sana sehingga berbunuh-bunuhan.TETAPI ORANG MELAYU INI JIWANYA LEMBUT.Mereka mudah tersinggung dan berkecil hati.Tetapi jika Pas pandai berdiplomasi tidak mustahil Dr. Mahathir atau Najib sendiri akan menjadi pembela agama Allah yang tegas.Lihat,mereka tegas mempertahankan undang-undang sekular kerana tidak tahu fadhilat dan keberkatan dalam undang-undang Islam.Pada kefahaman mereka undang-undang sekular memberikan mereka wang dan harta di dunia.Namun jika mereka tahu betapa besar ganjarannya melaksanakan undang-undang Islam,di mana di dunia mereka sudah pasti rezeki mereka dijamin Allah (sememangnya Allah yang memberi mereka rezeki setiap hari) dan di akhirat Allah Yang Maha Pemurah akan membayar mereka dengan syurga yang di bawahnya sungai-sungai mengalir.Subhannallah.Mereka berhak dan mudah mendapatnya kerana mereka pemimpin.Itu bezanya golongan pemimpin dan dipimpin.Pemimpin yang menjalankan hukum Allah adalah PEMILIK ISTANA DI SYURGA bersama-sama orang-orang lain yang dimuliakan Allah Yang Maha Pemurah.

Itupun selagi masih ada iman dalam dada mereka.

Di dalam Islam yang diamalkan oleh orang-orang Islam Malaysia khasnya umat Melayu juga cuba dipecahbelahkan oleh anasir-anasir luar.Inilah strategi yang digunakan orientalis untuk mewujudkan firqah-firqah dalam organisasi Islam.Untuk memecahkan umat Islam dalam persoalan akidah amat sukar tetapi dalam perkara cabang memang bukan perkara mustahil.Kebanyakan umat Islam berbalah sesama sendiri bukan pada persoalan besar seperti kerasulan nabi Muhammad tetapi perkara-perkara remeh temeh seperti baca Yassin pada khamis malam jumaat atau sambutan maulidurrasul.Perbalahan ini menjadi besar sehingga sanggup berbunuhan sesama sendiri seperti di luar negara.Ini belum lagi dengan fahaman Syiah.Kita sudah maklum bahawa Syiah ini memang sesat kerana kesalahan mereka mengedit hukum agama mengikut sesuka hati mereka serta menambah-nambah hadis ciptaan sendiri.Yang bagusnya,umat Islam di Malaysia tidak cepat terpengaruh dengan Syiah,tidak seperti umat Islam di negara-negara lain.Mengapa?


Kita kena faham faktor kronologi dan dari mana punca perpecahan umat Islam.Islam sampai di Nusantara melalui pendakwah yang terdiri dari zaman Sahabat,Tabi'in dan selepasnya,di mana konsep Islam ketika itu boleh dikatakan suci dan masih tidak tercemar.Punca perpecahan umat Islam bermula di Timur Tengah dan sekitarnya sehingga menjangkau India juga, dengan kemunculan pelbagai puak agama yang mereka-reka fahaman agama sendiri,terutamanya bermula selepas berakhirnya zaman Salafussoleh.Ini bermakna Islam di Nusantara masih suci dari bermacam pengaruh ajaran baru dalam agama.Jadi fahaman-fahaman yang muncul terkemudian ini di Nusantara khasnya Malaysia datang dari orang luar,contohnya pedagang India Muslim atau orang Arab terkemudian dan juga dari ORANG-ORANG MELAYU YANG MENUNTUT ILMU DI SANA.

Pegangan konsep agama yang kuat telah membenteng umat Islam Melayu khasnya dari ajaran-ajaran yang terang-terang sesat seperti Syiah dan ajaran Ayah Pin tidak kira orang Umno dan Pas.Dalam hal ini,kefahaman mereka (Pas & Umno) agak cemerlang.

Namun orang luar dan para penuntut dari negara luar masih tidak faham senario masyarakat di sini.

DARI SINILAH PUNCA ISTILAH WAHABI DAN SEANGKATAN DENGANNYA.

Kita ambil contoh senario seorang pelajar Melayu yang belajar ilmu di Timur Tengah.Apabila pulang ke kampung,setelah bertahun-tahun belajar,dia telah mengambil keputusan menghapuskan majlis baca Yassin pada malam jumaat kerana baginya itu adalah bida'ah dan Nabi tidak pernah buat amalan itu.Tidak ada hadis atau dalil mengatakan pada malam jumaat ada baca Yasin.Puas dia bertekak dengan imam kampung dan jemaah surau.Dia pun mengeluarkan segala dalil dan hadis dan bermacam-macam lagi yang membingungkan orang-orang tua kampung.

DISINILAH KESILAPAN PELAJAR ITU.Sebenarnya dia tidak perlu bertengkar mengenai hal-hal yang kecil seperti itu.Ini adalah kajian kes.Jika para ulama dapat menyelesaikan masalah ini maka masalah lain dapat diselesaikan.

Ulama Melayu mengadakan majlis bacaan Yassin itu hanyalah KAEDAH DAKWAH mereka untuk menarik orang kampung datang ke surau dan masjid.Biasanya selepas bacaan Yassin,orang kampung akan dijamu dengan jamuan kecil.Bukankah ini akan melembutkan hati mereka supaya dekat pada agama?Ini sama seperti ulama India atau Urdu yang mengadakan majlis Tasykil atau Bayan dan selepas itu ada majlis makan-makan.Setiap ulama di negara masing-masing ada kaedah dakwah mereka yang tertentu.

Dalam seminggu orang kampung tidak buka AlQuran,sekurang-kurangnya malam jumaat mereka buka kitab,baca Yassin.Ini adalah kaedah dakwah ulama-ulama Nusantara.Tidak perlu bertegang leher keluarkan dalil-dalil dan hujah.Memang tiada hadis nabi yang suruh baca Yassin malam jumaat.Noktah.

Tidak ada salahnya mengadakan majlis baca Yassin.Haramkah?Sampai menuduh orang lain sesat.Yang salah ialah mengatakan ada hadis yang suruh buat majlis baca Yassin.

Jangan keliru.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH.Kaedah dakwah yang sudah bersebati dengan jiwa umat Islam Nusantara sehingga menjadi amalan.Bayangkan,ulama nusantara berjaya mendakwahkan orang Melayu supaya membaca AlQuran sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Ini samalah seperti orang yang bertekak dan bertegang leher mengatakan sambutan maulidurrasul adalah bida'ah dan sesat.Ada yang mengatakan ia amalan Syiah.Orang yang berkata seperti ini biasanya orang yang mengikuti jemaah-jemaah luar negara seperti dari Arab atau dari India.Orang seperti ini ada di antaranya tinggi ilmu agamanya dan menghafal hadis-hadis.Ada yang mengaku menganut ajaran Salafussoleh dan jalan nabi Muhammad s.a.w yang suci dari perkara yang diada-adakan.

Tinggi ilmu tetapi kurang kepekaan.

Perkara-perkara kecil seperti itu tidak perlu diperdebatkan malah Islam melarang penganutnya memperdebat hal-hal agama.Kita lihat dahulu bagaimana sambutan Maulidurrasul yang umum.Pada hari kelahiran Nabi itu biasanya surau-surau dan masjid akan mengambil inisiatif mengadakan majlis memperingati sirah nabi.Majlis akan diisi dengan ceramah atau forum agama.Selepas itu diadakan majlis jamuan.Bukankah ini sesuatu yang baik?Mengajak orang mengingati Rasulullah s.a.w?Perarakan Maulidurrasul adalah perkara yang lain.Itu konteks yang lain.Perkara yang ingin difokuskan di sini adakah mengadakan majlis ilmu di hari kebesaran Nabi adakah buruk dan sesat dalam agama?

Jangan keliru.Yang salah ialah mengatakan ada hadis menyuruh Maulidurrasul diadakan.Memang tiada hadis atau dalil yang kuat tentang sambutan Maulidurrasul.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH untuk mengajak umat Nusantara kasih akan Nabi.Salahkah?

Hari ini ada di antara kita yang bencikan Nabi.Sehingga muncul golongan antiHadis dan mengatakan nabi berjanggut macam kambing.

Kesilapan golongan yang kononnya sebagai Wahabi,Salafi dan seangkatan dengannya ialah menuduh kaedah dakwah orang lain sebagai sesat tanpa mahu mengkaji bagaimana amalan itu muncul.Bagaimana pula dengan kaedah dakwah Wali Songo yang menggunakan kuda kepang mengajak orang ramai kepada Islam?Mungkin jika dilihat oleh ulama Arab dan India pesta tarian kuda kepang ini,mereka menyangkakan Wali Songo ini sesat dan kafir!

Lainlah amalan Maulidurrasul di Malaysia seperti Hari Karbala oleh penganut Syiah,meratap-ratap dan mencederakan diri sendiri sehingga berdarah-darah.Ini memang sesat malah memudaratkan diri sendiri.

Orang yang mempertahankan baca Yassin atau Maulid Nabi tidak perlu keluarkan hadis atau dalil kerana sememangnya tiada dalil pun.Cukup katakan ia adalah kaedah dakwah kepada orang yang kononnya amalkan jalan Nabi dan Sahabat.Bagi mereka faham bahawa di dalam Islam terdapat empat sumber hukum,bukan semata-mata AlQuran dan Hadis,

1-AlQuran
2-Hadis
3-Qias
4-Ijtihad Ulama

Contohnya untuk menggubal undang-undang Siber,para pengamal undang-undang Islam tidak hanya bergantung pada AlQuran dan Hadis tetapi Qias dan Ijtihad juga kerana komputer tiada di zaman Nabi dan Sahabat.Ini misalan yang mudah.Dalam kes lain ada ulama yang melarang lampu elektrik dipasang di dalam masjid kerana berdasarkan Qias/Ijtihad yang salah (masjid nabi dahulu tiada elektrik,jadi kita tidak boleh ada lampu elektrik kononnya).


Ulama India/Pakistan bila datang Malaysia terkejut bila ada majlis baca Yassin malam jumaat.Ulama Malaysia pula terkejut terdengar istilah gasyt,karkuzari,tasykil dan bayan bila bertemu ulama Urdu di mana di zaman nabi malah hadis-hadis tiada pula terdengar perkataan-perkataan itu.JIka kedua-dua mereka mengambil sikap dungu dan kurang matang,mereka akan berdebat hal-hal yang remeh-temeh ini,sehingga bermasam-masam muka dan menuduh sesat antara satu-sama lain.Jika mereka saling faham memahami dan bersikap matang,mereka akan faham betapa di lain tempat,lain KAEDAH DAKWAH yang diusahakan.Lain padang,lain belalang.Semuanya adalah semata-mata untuk mengajak manusia ke jalan Allah s.w.t.

Kata kuncinya ialah KAEDAH DAKWAH.

Sebab itu tidak perlu memperdebatkan mengapa jemaah Tabligh keluar berdakwah berdasarkan masa-masa tertentu seperti 1 hari setengah,3 hari,40 hari atau 4 bulan kerana memang tiada dalil khusus untuk itu,ini hanyalah KAEDAH DAKWAH dari ulama Nizamuddin di India untuk memudahkan orang keluar berdakwah berdasarkan keperluan masing-masing.Jika perkara ini kita masih tidak faham maka makin senanglah orientalis mencucuk-cucuk jarumnya melebarkan lagi perpecahan sesama kita.Dan kita tidak semestinya hanya menunggu semua perkara tentang Islam ini datang dari Arab.Jika KAEDAH DAKWAH itu baik dan sesuai di sini maka apa salahnya kita amalkan.Bukankah ziarah-menziarahi sambil menceritakan kebesaran Allah itu adalah sesuatu yang baik dan mulia.


Apa yang terjadi pada Jemaah AlArqam pula lain kesnya.Ini juga satu kajian kes yang penting dan mesti dipelajari oleh semua orang yang mengaku pejuang Islam.Kesilapan AlArqam ialah terlalu leka dengan persoalan Imam Mahadi sehingga musuh-musuh Islam berhasil mencari peluang memporak-porandakan jemaah ini.Sedangkan Imam Mahadi sendiri tidak tahu dirinya Imam Mahadi malah lari apabila para ulama di Baitullah mahu membaiahnya.Setelah berkali-kali dipujuk barulah Imam Mahadi menerima baiah para ulama.



Adakah Abuya tidak tahu perkara ini?Atau adakah beliau membiarkan para pengikutnya mendewa-dewakan dan taksub kepadanya?Asas yang ditegakkan oleh Abuya memang cemerlang,dengan menitiberatkan amalan sunnah Rasulullah s.a.w dari segi pakaian sehingga kehidupan seharian serta menegakkan sistem ekonomi Islam.Dan sunnah nabi yang mereka tegakkan dalam urusan ekonomi membuatkan ekonomi mereka setara malah lebih dari ekonomi kaum Cina yang kita hairan-hairankan itu.Jika kaum Cina siang dan malam kerja keras untuk dapatkan seringgit sehari,orang yang amalkan sunnah nabi dalam ekonomi mampu dapat 2 ringgit sehari malah boleh berlipatganda dari itu dengan cara yang amat mudah tanpa perlu menipu timbangan.Inilah rahsia amalkan sunnah nabi.

Sesungguhnya DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.

Tetapi AlArqam terlalu taksub pada pemimpin sehingga sanggup mendakwa Abuya sebagai Imam Mahadi,dan yang anehnya Abuya sendiri tidak berusaha mahu menafikan perkara itu.Maka akibatnya Tuhan hancurkan jemaah ini kerana operasinya semakin merapu dan membahayakan akidah.


Tetapi yang kita mahu ambil positif ialah PENGAMALAN SUNNAH NABI.

Mengapa orang-orang Barat berjaya dalam hal-hal keduniaan?Tanpa kita sedar orang-orang Barat khasnya orang-orang Eropah telah banyak mengamalkan sunnah nabi dalam hidup mereka.Contoh yang paling besar ialah kebersihan.Bukankah nabi pernah bersabda bahawa kebersihan itu SEPARUH DARI IMAN?Lihatlah negara 'mat saleh'.Betapa bersihnya tempat mereka.Penampilan mereka kemas.Sistem mereka tersusun.Bangsa Jepun maju kerana meniru sistem Barat ketika era Pemodenan Meiji.Sebab itu negara Jepun juga mengamalkan sunnah 'kebersihan' sehingga gagah dalam teknologi dan perniagaan.Lihat negara India dan Pakistan.Kita faham mengapa di sana terdapat orang yang duduk dalam kawasan sampah sebagai tempat tidurnya.Yang kaya makin kaya,yang miskin makan seperti anjing di kaki-kaki lima.Kanak-kanak miskin yang selekeh berebut-rebut mengerumuni pelancong.

Lihatlah negara Finland yang paling rendah kadar rasuahnya.Negara-negara Skandinavian ini juga adalah antara negara yang paling maju dan kukuh ekonominya dan negara yang paling aman dan paling selamat untuk diduduki mengikut kajian antarabangsa.Mereka bukan negara Islam,namun mereka amalkan sunnah Nabi.Hatta perkara paling kecil iaitu mengadakan garam ketika hidangan pun membuahkan kejayaan bagi mereka.


Di dalam SUNNAH ADA KEJAYAAN.


Hari ini setiap amalan sunnah nabi dapat dibuktikan secara saintifik.Dari konsep keseimbangan cas dalam solat berjemaah,sujud yang mampu memasukkan darah pada satu titik pada otak,enzim pada hujung jari yang boleh memudahkan proses penghadaman (amalan menjilat jari),madu,kurma dan kismis yang banyak manfaat,semua ini telah dikaji oleh ramai saintis.Dan saintis-saintis Barat ini ada yang memeluk Islam,berlainan pula dengan orang-orang Melayu yang menjadi Islam Liberal seperti Sister of Islam yang makin galak mencari apakah lagi isu sensasi yang boleh merendah-rendahkan agama sendiri.Ini perbezaan orang yang menggunakan ilmu untuk mencari hidayah Allah dengan orang yang menyalahgunakan ilmu yang ada.




Orang-orang Eropah pada masa dahulu amat pengotor.Pada era Zaman Gelap Eropah,jalan-jalan di bandar Paris dan London amat kotor dengan najis dan tikus-tikus berkeliaran berbanding dengan kota Baghdad dan kota-kota Islam lain yang bersih dan terjaga.Namun siapakah yang mengajar orang-orang Eropah ini supaya berubah?Pertama,orang-orang Eropah yang pergi menuntut ilmu di kota-kota Islam.Keduanya orang-orang Yahudi yang mengetahui rahsia kebaikan pada setiap sunnah nabi.Orang-orang Yahudi ini memang tahu bahawa Rasulullah s.a.w benar-benar nabi akhir zaman yang dijanjikan tetapi mereka tidak dapat menerima bahawa nabi itu lahir dari kalangan orang Arab yang dipandang rendah oleh mereka.Mereka ikut segala kebaikan dari sunnah nabi tetapi mereka tidak mengakui kerasulannya.Kemudian mereka promosikan amalan hidup yang buruk kepada dunia luar atau goyyim,padahal pada masa yang sama mereka diam-diam mengamalkan sunnah nabi.Di Israel,rabbi-rabbi mengharamkan arak,zina dan daging babi tetapi di sini pernah ada yang ingin membina industri babi bagi dieksport ke negara China.

Kesimpulannya setiap orang yang mengaku berjuang atas agama perlu faham senario keseluruhan sebelum pergi berperang.Tanpa kefahaman yang jelas,mereka akan keliru dan dikelirukan.Orang yang berjuang di dalam jemaah Tabligh tidak boleh terkongkong dalam jemaahnya sahaja tanpa perlu mengikuti politik Malaysia dan dunia.Orang yang berjuang dalam Pas perlu tahu sepak terajang musuh-musuh Allah supaya tahu siapa kawan siapa lawan.Saudara-saudara dalam Umno kena ambil inisiatif belajar agama disamping memahami siapa yang mahu terus menyesatkan Umno supaya jauh dari agama sendiri.Di dunia mungkin kita lepas tetapi di akhirat...fikirkan.

Sebagai penutup,mari kita renung-renungkan,dalam sejarah pemerintahan Islam di seluruh dunia,begitu banyak orang-orang kafir memberontak dan melakukan keganasan.Namun ini terbalik bagi orang Islam berada di bawah pemerintahan orang-orang kafir,orang-orang kafir pula yang melakukan keganasan terhadap orang-orang Islam.Kita ambil contoh saudara sebangsa kita di selatan Thai.Adakah mereka gembira dan hidup aman?Lihat penderitaan orang Islam Cham di era Khmer Rouge di Kemboja.Tanya pula nasib agama Islam di Singapura?Adakah orang Islam khususnya orang-orang Melayu selesa mengamalkan Islam di sana?Hari ini kita punya tanah dan negara.Tetapi esok siapa tahu?Adakah anak cucu kita dapat tinggal di tanah tumpah darah kita ini?Adakah mereka dapat mewarisinya kelak?Ini bukan bercakap mengenai kaum tetapi lebih kepada survival Islam.Jika kafir harbi menaiki takhta pemerintahan Malaysia,cuba tanya diri dengan jujur adakah mereka dengan senang hati mahu menjaga agama kita di sini?Malahan isu arak dan babi pun boleh menjadi perkauman padahal mereka sudah maklum daging babi adalah isu sensitif bagi orang Islam khasnya Melayu.Fikirkan.

Jika kita rasa orang kafir boleh membelai dan memanja-manjakan Islam apabila mereka memerintah,silalah beri takhta kepada mereka.Berikan semua hak kita,tanah,kedaulatan...apa saja.Biar kita berpecah dan bergaduh sesama sendiri.Biar kita pupus perlahan-lahan di bumi bertuah ini.Biar kita lenyap tanpa berbekas nama sekalipun.







Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi

Sunday, November 15, 2009

Politik di Malaysia unik di sesetengah perkara.Ia boleh dipanggil sebagai "Kem Konsentrasi".Di dalam 'kem konsentrasi' ini proses 'mindcontrol' tidak boleh tidak adalah salah satu program utamanya.Ini tidak unik kerana di tempat-tempat lain juga mempunyai ciri yang sama.Anehnya,terdapat sekelompok manusia yang lepas bebas di dalam 'kem konsentrasi' ini tanpa di kawal sesiapa.Namun,kebanyakan populasinya menjadi zombie-zombie politik.







'Political Zombies'









Berikan aku maksud liberal
kerana aku tidak faham
apakah itu sentimen

Berikan aku maksud
kesamarataan

kerana aku masih keliru
yang mana satu kedaulatan
yang mana satu pengorbanan

Jangan berikan aku sebatang pena
hanya untuk menconteng kertas-kertas
tetapi berikan aku
makna merdeka
negara
dan bangsa
supaya aku
tidak sampai mengizinkan
penjajah-penjajah itu berdiamdiri bersiputbabi
di tanah airku sendiri

Jangan kau kaburkan aku dengan
maksud kesatuan dalam kepelbagaian
sementara mereka masih
bersikap rasis dan kauvinis terhadapku
Jangan kau tidurkan ku dengan istilah
keharmonian
sedangkan mereka
puas menghafal
maksud monopoli dan diskriminasi

ini negeriku
tanah airku
satu-satunya
ke manakah harusku pergi
jika mereka
menghalauku ke hutan rimba
ke lombong tinggal
atau ke flat-flat sesak

Sekali lagi

jangan berikan aku sebatang pena
tapi ajarilah ku
maksud

kebijaksanaan






Terdapat tiga tahap dalam tabiat berpolitik di Malaysia,dan mungkin juga di dunia.Tahap pertama,orang mengamalkan 'child-politics' iaitu politik bertaraf kebudak-budakan.Politik jenis ini berteraskan politik menang-kalah,perlawanan,pertandingan atau persaingan.Senario pergaduhan,caci-mencaci,maki-hamun,fitnah dan tuduh-menuduh adalah asam garam atau penyeri bagi politik jenis ini.Oleh kerana antara ciri politik ini adalah pertandingan,maka setiap kali pilihanraya adalah sesuatu yang maha penting bagi penganut faham politik 'childs' ini.Penyokong politik adalah golongan yang paling seronok terkinja-kinja bagaikan anak-anak kecil mendapat gula-gula.Manakala ahli politiknya saban waktu mengira tarikh pilihanraya.Tarikh pilihanraya amat penting baginya.Profesionnya hanya berfungsi pada ketika ini.Pada waktu kempenlah,baru orang ramai dapat melihat bagaimana rupanya pekerjaan seorang wakil rakyat,misalnya.Ketika ini,barulah terhegeh-hegeh mengunjungi pasar-pasar,warung-warung dan rumah-rumah.Perlu berlakon bermesra dengan rakyat di jalanan dan bertanya khabar masalah.Kemudian mesti membuat kenyataan di media tentang kekurangan itu dan ini,dan kemudiannya wajib menaburkan janji-janji.

Ini adalah skrip yang perlu dihafal ketika kempen pilihanraya.Ini adalah 'stereotype of childs politician'.Maksudnya,ahli politik jenis ini hanya memikirkan tarikh pilihanraya,bukan masa depan negara.


"A politician thinks of the next election. A statesman, of the next generation."

-James Freeman Clarke


Para pengikutnya pula memandang pilihanraya sebagai hari berparti.Mereka akan terkinja-kinja di jalanan.Di suruh menjerit,mereka menjerit.Di suruh ketawa,mereka ketawa.Di suruh bertepuk,mereka bertepuk dan senyum menyeringai bagaikan beruk mendapat bunga.Biarkan si luncai terjun dengan labu-labunya,biarkan...biarkan!

Keputusan pilihanraya bagaikan bursa saham.Orang membeli akhbar bagaikan melihat saham naik atau turun,atau seperti melihat keputusan nombor ekor.Mereka tidak memikirkan apakah ertinya angka-angka itu naik atau turun.Mereka juga tidak melihat perubahan pada persempadanan dan populasi kawasan-kawasan pilihanraya.Pilihanraya sebenarnya bukan semata-mata pilihanraya.Pilihanraya ADALAH GILLOTIN UNTUK ORANG ATAU BANGSA YANG LALAI DAN ALPA!

Fahaman 'child-politics' merebak ke ruang maya.Ada orang yang membuat blog semata-mata untuk memaki hamun seorang manusia.Ruang maya adalah tempat paling busuk dengan fitnah.Fitnah dan kutukan bersimpang-siur di alam siber.Namun anehnya,ada seorang profesor mengukur kepopularan sesuatu parti berdasarkan blog-blog di dalam internet.Ini kerja orang malas namanya bagi seseorang yang bertahap profesor.Hanya profesor bertahap kangkung sahaja tergamak duduk bersantai-santai di depan internet kemudian mengatakan ramai tidak sukakan tuan presiden,misalnya.Ini kerja tahap budak-budak remaja bercintan-cintun sambil melayan 'ym' atau 'chatting' sahaja.Beliau kena turun padang,tanya Pak Mat di Kampung Sura,Dungun atau Mak Bedah di Parit,Perak misalnya baru boleh mencanangkan sesuatu.Dunia internet penuh penipuan.Scam.Dunia internet adalah dunia 'anonymous'.Boleh gunakan blog-blog tapi kena ada kajian 'online' dan 'offline'.

Tahap kedua ialah orang yang berpolitik kerana agenda tertentu.Kelompok yang berpolitik cara ini tidak ramai,ya...tidak ramai berbanding golongan 'childs'.Selalunya yang memiliki fahaman politik sebegini adalah para pemimpin atau kelas atasan dalam parti.Golongan ini adalah elit dalam parti.Merekalah yang memutuskan sesuatu polisi dan agenda.Mereka jugalah yang mengawal 'childs' dalam parti.Jika agenda parti adalah untuk mengisi perut sendiri,maka seluruh jentera parti digembeling untuk mengenyangkan kelompok pembuat agenda mengisi perut sendiri.Ahli parti bertaraf 'childs' tidak mengapa kais pagi makan pagi kais petang makan petang kais malam makan malam dan kais daun makan pasir.Itu bukan keutamaan parti.Media adalah sesuatu yang perlu dikawal.Disekat.Ditutup.Biar ramai akan menjadi 'childs' dan berpolitik secara 'childs'.Seperti lalang.Tiup ke kanan,dia ke kanan.Tiup ke kiri dia ke kiri.Di suruh lompat...dia pun melompat.





Namun takrifan cara berpolitik kedua juga boleh digunakan kepada sekelompok manusia yang besar.Misalnya sesuatu kaum.Ada kaum yang pada permukaannya menyokong pelbagai parti,namun ketika pilihanraya mereka bersatu memilih satu parti.Ada kelompok yang berpolitik semata-mata membantah konsep satu sekolah misalnya.Ada kelompok yang berpolitik untuk menegakkan faham kauvinis dan rasis.Ada kelompok berpolitik untuk menjalankan 'divide and rule'.Memecahkan undi untuk memberi kelebihan kepada pihak yang lain.Ini adalah golongan yang punya agenda tersembunyi.Dibandingkan dengan golongan 'child-politics',golongan ini lebih berfikiran jauh dan nampak bijak.Mereka ada halatuju dalam berpolitik.Mereka selalu menggunakan taktik 'tunggu dan lihat'.Kemudian bertindak.Mereka tidak mudah menjerit,bertepuk,melompat apatah lagi merusuh tidak ketahuan punca.MEREKA BERTINDAK DALAM SENYAP.Jika perlu,mereka akan gunakan golongan 'childs' untuk melaksanakan agenda politik mereka.

Tahap politik yang tertinggi dipunyai oleh golongan ketiga.Golongan ini adalah 'conspirator'.Mereka berpolitik untuk menjalankan konspirasi mereka.Golongan ini terdiri dari para Elit yang mengawal kedua-dua tahap politik tadi.Golongan ini mengawal 'hidden agenda level' dan pada masa pada yang sama sentiasa memantau 'childs'.Dalam konteks Malaysia,sebahagian besar dari golongan ini berada di luar negara.Mereka menjalankan agenda politik melalui 'remote control'.Taktik ini berjalan dengan meletakkan proksi-proksi mereka di negara ini.Istilah lama bagi proksi mereka ialah 'puppets'(boneka).Para Elit adalah 'Master of Puppet' yang menggerakkan proksi-proksi mereka di sini.Anda boleh mengenal 'puppets' ini dengan melihat tindak-tanduk mereka yang sama dengan 'Master' mereka.Para Elit ini mempunyai berpuluh-puluh ejen malah mungkin lebih untuk tugas-tugas 'penguatkuasaan'.NGO-NGO adalah proksi wajib dalam carta.Daripada NGO,bila-bila masa boleh 'diupgrade' kepada sebuah parti politik.Adakalanya tidak perlu,kerana NGO juga boleh berkuasa menjadi 'parti dalam parti'.Pada tahap ini tindakan mereka terbalik dari tahap kedua.Media dibuka seluas-luasnya.Setiap individu mesti mempunyai peti tv dan komputer dengan sambungan internet.

INI UNTUK PERSEDIAAN 'BRAINWASH'.PROPAGANDA.

Kami ingin membawa anda keluar dari kepompong 'childs'.Berpolitik tidak salah,tetapi perlu ada agenda.Berpolitik tanpa agenda hanya akan mendedahkan diri kepada kekeliruan.Misalnya jika seseorang pemimpin itu lompat parti atau menubuhkan parti yang baru,golongan 'childs' akan mengikut tanpa bertanya dengan jelas "Apakah agenda dia sebenarnya?".Jika anda berpolitik semata-mata untuk menegakkan Ketuanan Melayu,maka kaedah politik anda sebenarnya telah lama dimuziumkan.Cuba bertanya sendiri,adakah Melayu itu benar-benar menjadi 'Tuan' di bumi Malaysia ini setelah 52 tahun merdeka?Jika anda berjuang atas nama menegakkan hukum Allah misalnya,apakah 'blueprint' anda?Sudahkah anda bersiap sedia dengan segala kertas kerja anda.Bagaimana perancangan ekonomi anda?Sistem perundangan anda?Bagaimana dengan barisan kepimpinan anda?Ingatlah,perkara yang baik itu tidak akan berjaya kerana salah pengurusannya,dan perkara yang batil itu ,kerana tersusun strategi,terpimpin pengurusannya,pasti akan berjaya dengan izin-Nya.

Kita kesampingkan politik tahap rendah,seperti yang didukung oleh golongan sekular dan materialis,kerana golongan ini tidak akan ke mana kerana hidup di dalam kepompong yang disulam oleh para 'conspirator' iaitu 'politician' tahap ketiga.Para 'conspirator' ini walaupun luarannya nampak amat dasyat materialistiknya namun mereka seolah-olah lebih faham isi kitab AlQuran dari Mason-mason Melayu yang kebingungan ini.






Adakah Roland Emmerich mengarahkan filem 2012 secara berseorangan?Siapakah yang mendanai ratusan juta dollar untuk filem 'kiamat' ini?Lihatlah adegan St. Peter Basilica dan Obelisk yang musnah dan teliti apakah alasan Emmerich ketika ditanya kenapa tiada adegan Kaabah musnah dalam 'kiamat' 2012?Para pejuang Islam dan para da'i kena peka dengan politik para Elit ini.Para Elit sebenarnya tidak pandang sebelah mata pun dengan 'puppets' mereka yang terdiri dari para sekular,Islam Liberal,materialis,mason dan sebagainya,namun mereka SEBENARNYA BERURUSAN DENGAN PARA PENGIKUT AGAMA ALLAH AZZA WA JALLA ('berurusan' di sini bermaksud berjuang menentang mereka)

PARA ELIT LEBIH PERCAYA KIAMAT AKAN TIBA BERBANDING PARA MASON MELAYU YANG KETAGIHAN ARAK,HARTA,WANITA...

Para pejuang agama Allah mesti memastikan mereka tidak termasuk di dalam ketiga-tiga tahap ini,kerana ada satu tahap lain yang lebih tertinggi dari tahap-tahap ini.Malah para 'conspirator' sekalipun amat gerun dengan 'politician' atau para pengikut faham politik ini.

IAITU ORANG YANG BERPOLITIK SEMATA-MATA BERIBADAH DAN MENGHARAP KEREDHAAN DARI-NYA.

Inilah orang yang berpolitik semata-mata untuk menegakkan kalimah Allah Yang Maha Perkasa.Bukan kerana kuasa dan pangkat.Namun mungkin ada yang pesimis dengan kenyataan ini.

Lupa diberitahu,PARA ELIT MEMANGGIL 'POLITICIAN' TAHAP PERTAMA DAN KEDUA SEBAGAI 'ZOMBIE'.

Fikirkan.Pas selamanya tidak akan dapat memerintah Malaysia jika majoriti umat Islam di sini masih buta agama sendiri.Kebanyakan mereka masih tidak tahu bahawa agama mereka mempunyai sistem ekonomi sendiri,sistem kekeluargaan dan SISTEM PEMERINTAHAN lengkap dengan undang-undang dan peraturan.Apa yang mereka tahu adalah fardhu ain,fardhu kifayah...fardhu ain,fardhu kifayah.Tetapi adakah mereka tahu tentang FIQH JINAYAH?SEbenarnya kebanyakan mereka tidak sedar ketika mereka berurusan dengan perbankan berasaskan syariah,mereka telah menyentuh FIQH MUAMALAH dan ketika berkahwin,mereka belajar tentang FIQH MUNAKAHAH.Tetapi dimanakah mahu dicampak fiqh jinayah iaitu sistem pemerintahan Islam?Sebab itu jika Pas kuat dalam lapangan dakwah,maka pada masa yang sama politik Pas juga akan kuat.LIHAT RAHSIA INI.

Inilah berkat dakwah menyampaikan kalimah 'LAILAHAILLALLAH'.



Pas tidak perlu bekerjasama dengan DAP jika faham rahsia ini.Mana lebih sukar,menghadapi saudara seagama sendiri atau menghadapi bukan seagama yang punya agenda tersembunyi yang sadis dan berbahaya?Pas kena berperang menyampaikan dakwah kepada saudara-saudara dalam Umno,bukan menyampaikan ilmu kepada sesama ahli sahaja.Pas mesti menekankan agenda dakwah menegakkan hukum Allah bukan agenda politik Pas semata.JIka Pas lebih berpolitik dari orang lain maka Pas akan dihina Tuhan lebih teruk dari para Sekularis dan Materialis.Kini ada tangan-tangan yang ingin menumbangkan apa yang dipanggil 'Kepimpinan Ulama' dalam Pas.Inilah akibat mengabaikan dakwah dan tarbiah maka konsep 'memprofesionalkan golongan ulama,mengulamakan golongan profesional' tidak sampai malah memakan diri dari dalam.Golongan profesional dibiarkan berkokok sendiri dan tidak ditarbiah,maka mereka mengadili perjuangan Pas ini begitu sempit seperti parti-parti sekular dan sosialis yang lain.Seorang yang bertaraf Profesor sekalipun akan bercakap tentang Pas seperti teori-teori Machiavelli dan John Smith.Dan seorang profesor bersungguh-sungguh ingin menukar kepimpinan Pas berdasarkan kaedah ciptaannya iaitu 'kajian internet dan blog'.Adakah kepimpinan sesuatu perjuangan atau parti boleh didasarkan kepada segelintir blog-blog sampah?Sungguh memalukan!




Jika kepimpinan ulama dicabut dari Pas,maka apa yang tinggal?Yang tinggal hanyalah nama 'Pas' sahaja dan harganya serendah perkataan PASport dan 'PASS exam'.

Buat permulaan,Umno tidak perlu dipaksa dibubar.Ini kerana ia sudah mengakar umbi dalam sejarah pentadbiran negara.Namun kita masih bertuah kerana Umno adalah PARTI ORANG-ORANG MELAYU BERAGAMA ISLAM.Tidak kisah,jika ada sekalipun mason-mason Melayu yang berkeliaran di dalamnya...jika tidak sebesar kuman,pasti ada sebesar zarah kepercayaan kepada Allah yang mencipta dirinya.

Oleh kerana Pas dikatakan dipimpin oleh ulama maka Pas ada tanggungjawab untuk menunaikan hak seluruh pengundi Umno/BN yang beragama Islam.Pas kena bersabar dengan Umno walaupun dikatakan Umno lebih kejam dari Yahudi (ini suara-suara dalam politik) Apakah hak itu?

IAITU HAK MENDAPATKAN KALIMAH 'LAILAHAILLALLAH' DI DALAM HATI MEREKA.

JIka Umno telah merasai kemanisan iman dan hikmah kalimah 'LAILAHAILLALLAH' maka percayalah tiada lagi politik suku,agama suku...mereka akan berbondong-bondong masuk ke dalam sistem Allah kaaafffaaah!(sepenuhnya) dengan penuh rela hati dan keredhaan dari Pencipta mereka sendiri.

Berpolitik biar matang.Kena keluar dari kepompong yang merimaskan.Berpolitik biar berpandangan 100 tahun ke hadapan.Inilah politik yang diamalkan oleh NEW WORLD ORDER.

NEW WORLD ORDER YANG MEMANTAU POLITIK MALAYSIA YANG SEMPIT.



Para Elit memandang pertelingkahan politik di Malaysia ibarat melihat dua ekor lalat yang berenang-renang di dalam secawan air.Dua ekor lalat tadi bertumbuk sambil mengipas-ngipas kepak mereka.Bagi kedua-dua ekor lalat tadi,merekalah juara politik di dalam cawan tadi.Dua ekor lalat itu tidak sedar,di sebelah mereka ada sebaldi air...

JIka para pejuang agama masih keliru di dalam secawan air,bagaimana jika mereka dituang ke dalam sebaldi air?

JIka seluruh umat Islam di bawah Umno masuk ke dalam sistem Allah,kita akan lihat siapa yang masih tinggal,yang enggan masuk ke dalam rahmat Allah.

Sama ada mereka adalah zombi-zombi politik,ataupun mereka sebenarnya adalah MASON-MASON MELAYU.








Sekali lagi

jangan berikan aku sebatang pena
tapi ajarilah ku
maksud

kebijaksanaan

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online