POLITIK

Wednesday, October 21, 2009

"Saat kekalahan itu bermula bila kamu berasa lemah dalam perjuangan dan saat kemenangan itu bermula bila kamu melawan rasa lemah itu.” (As-Marhum Syed Qutb)



Pada pandangan peribadi saya, ada beberapa pandangan ‘hikmah’ dari keputusan kemenangan BN melalui Isa Samad di Bagan Pinang (BP) :

1. PAS memilih keputusan untuk masuk bertanding melawan Isa Samad, walaupun sememangnya PAS sudah pasti telah meramalkan kekalahan mereka di sana, bagaikan mahu merampas Permatang Pauh dari DSAI.

Memilih untuk masuk berbanding kalah sebelum bertempur (boikot) adalah satu pengajaran yang sangat berguna pada gerakan mahasiswa Islam di kampus yang masih teragak-agak untuk memasuki pilihanraya kampus kononnya musuh terlalu kuat dominasi dan pengaruhnya.

Sampai bila alasan seperti itu wajar dikokokkan ketika pengalaman berpilihanraya dan pengalaman “mencipta kekalahan” atau “sengaja mahu belajar dari kekalahan” adalah suatu mutiara pengalaman yang sangat berharga pada sesebuah gerakan yang mahu mula meletakkan pencaknya dalam pentas politik. Permulaan adalah fasa yang paling sukar dan permulaan adalah sebahagian dari kesempurnaan menurut pepatah klasik Rom.

PAS memerlukan skrip Uhud atau Hunain di Bagan Pinang untuk menseimbangkan skrip Badar mahupun Ahzab yang telah dirasai sepanjang rekod menang 7-0 pilihanraya kecil (4-0 di tangan PAS) di Semenanjung selepas PRU baru-baru ini.

Dokumen "post mortem" PAS wajar ditambah dan dipelbagaikan lagi kerana inilah pedoman terpenting mendepani PRU 13 nanti.

Analisis Anthony Loke Siew Fook, Ketua Dapsy bahawa PAS "hilang fokus" dalam PRK BP boleh diterima dengan positif sebagai khazanah berharga PAS. Katanya : "PRK Permatang Pauh jelas menyaksikan bagaimana Anwar Ibrahim dikembalikan ke Parlimen, PRK Penanti sebagai pemilihan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, PRK Bukit Selambau pula menjanjikan calon PKR-PR sebagai EXCO Kerajaan Kedah, dan PRK Bukit Gantang bertemakan krisis negeri Perak...PR tidak cukup sekadar mengkritik betapa buruknya BN, tetapi perlu menceritakan apa yang baik pada PR, untuk PRU ke-13."

Mujurlah YB Salahudin Ayub mencetuskan gagasan jiwa besar iaitu gelombang ketiga rakyat - selepas gelombang kedua (himpunan membantah ISA) dan pertama (himpunan mengertak SPR melalui Bersih - melalui eksperimen di Bagan Pinang dengan harapan akan dipugar gelombang itu bermula di situ.

Kekalahan di semua peti undi adalah satu 'catalyst' berharga untuk PAS mara ke hadapan memikirkan upayanya politik dan dakwahnya memenangi hati non-Muslim. Kenyataan terbaru Presiden PAS dan polemik sekitar mengenai sayap non-Muslim dalam PAS adalah juga 'hadiah' dari 'penangan' BP.

Apatah lagi menyaksikan ucapan jiwa besar "4 perubahan budaya kerja menuju kerajaan menanti" Presiden PAS TGAH baru-baru ini di Terengganu (related link : Harakah).

Hasrat Zaid Ibrahim bercuti - jika benar laporan ini - untuk mendaftarkan PR sebagai satu gabungan parti politik yang rasmi adalah 'respon strategik' kepada kekalahan PAS di BP. Mungkin idea ini akan terus berkubur tanpa 'penangan' dari BP.

2. Sudah pasti bukan sekadar asas syara’ dan prinsip perjuangan muwajahah silimiyyah PAS yang menjustifikasikannya memasuki PRK BP, bahkan asas strategik juga sudah pasti wujud. Tahniah pasukan strategist YB Salahudin Ayub dan Dr. Dzulkifli Ahmad kerana “gelombang ketiga” (strategi membina mind-set rakyat di peringkat nasional) telah berjaya merebak ke seluruh Malaysia walaupun ia seperti di “Taif” kan di Bagan Pinang.

Mencipta gelombang ketiga sememangnya tidak releven secara jangka pendeknya di BP, tetapi ia adalah satu senjata jangka panjang yang boleh mematikan Umno-BN dalam PRU 13 khususnya selepas signal ‘reformasi’ dan ‘rakyat’ yang diresolusikan AGM mereka di PWTC baru-baru ini.

Tanpa jiwa besar mencetuskan gelombang ketiga, PR mungkin berada dalam situasi berbahaya menjelang pembubaran DUN Perak (sekadar ramalan saya mengenai konspirasi BN selepas kejayaan di BP) mahupun PRU 13, khususnya selepas PM Najib membuat ucapan dasar jiwa besar dengan sepatahpun tidak menyerang pembangkang dan individu bahkan hanya menumpu kepada misi perubahan perlembagaan dan dalaman Umno-BN. (related link : MSO)

3. Kemenangan calon ‘rasuah’ Umno di BP juga penting untuk mematikan mood perubahan dalam BN. Selama ini sejak kekalahan 7-0 dalam PRK dan PRU, suara reformasi kian bergema dengan lantang dalam Umno-BN. Namun dengan BP dan kemenangan "perasuah", ia boleh mematikan usaha reformasi itu dalam Umno-BN. Hasrat untuk menajiskan rasuah mungkin tidak lagi kedengaran.

"Kini Najib terperangkap dengan kelemahan kepimpinannya sendiri. Umno terlepas peluang di Bagan Pinang untuk memerdekakan ahli, pengundi dan rakyat. Beliau gagal menampilkan orang muda, profesional dan mungkin juga bersih untuk proses penambahbaikan atau 'reengineering' Umno. Umno mahu terus mencandukan rakyat dengan imbuhan, sogokan dan gula-gula yang mampu ditaja oleh seorang mantan MB yang mewah setelah 22 tahun 'mengemudi' negeri terbanyak itu.

Umno tidak bersedia bermain di pentas 'Politik Baru' politik berteraskan pengundi yang dibekalkan maklumat, lantas keberanian memilih sesiapa pun yang mereka tanggap mewakili cita-rasa dan harapan mereka
." - Dr. Dzulkifli Ahmad

taken from:http://rijal82.blogspot.com

Monday, October 19, 2009

Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu denganADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agah berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolahkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. Sekiranya Sultan Azlan mangkat, kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya barisan nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online