POLITIK

Friday, September 4, 2009

Seorang wakil rakyat dari Barisan Nasional meninggal dunia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan Azman Mohd Noor meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung dan menghembus nafasnya yang terakhir di Pusat Pakar Seremban.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan pilihanraya kecil yang ke 9 selepas pilihan raya umum ke 12 (PRU12) dalam tempoh 60 hari ini.

Bagan Pinang terletak di dalam Parlimen Telok Kemang. Di mana dalam pilihanraya umum lalu, Parlimen Telok Kemang telah dimenangi oleh calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas. Empat lagi DUN dalam parlimen tersebut dimenangi oleh PKR, Lukut (DAP), Linggi (BN) dan Port Dickson (PKR).

Dalam pilihanraya umum lalu, Azman, 55, menang dengan mendapat 6,430 undi, menewaskan calon PAS, Ramli Ismail.

Dalam pilihanraya umum lalu, DUN Bagan Pinang mempunyai 14,192 pengundi yang 66 peratus Melayu, Cina (10.5%), India (19.9%) dan lain-lain (3.5%).

*Nampaknya peperangan kecil antara golongan muslimin(PAS) dan golongan munafik (UMNO BN) akan terus berlaku sebelum berlaku peperangan besar .


Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) tidak mempunyai kuasa untuk menentukan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh sebaliknya perlu bertindak mengikut notis yang dikeluarkan Speaker Kedah.

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, tindakan SPR itu tidak mengikut undang-undang kerana arahan mengosongkan DUN berlandaskan Perlembagaan Undang- undang Tubuh Negeri Kedah.



“SPR sepatutnya mengambil tindakan berdasarkan makluman Speaker Datuk Dr Abdul Isa Ismail, bukannya membuat keputusan sendiri. Bila masa SPR boleh mentafsir?” katanya.

Menurutnya, tindakan Kerajaan Negeri Kedah untuk mengambil tindakan undang- undang bagi mengishtiharkan kekosongan kerusi DUN tersebut adalah tepat.

“Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak boleh membawa isu berkenaan kepada mahkamah, cuma kita bimbang keputusannya nanti sama seperti yang berlaku di Perak,” katanya.

Kelmarin SPR mengumumkan tiada kekosongan di kerusi DUN Kota Siputeh yang disandang oleh Datuk Abu Hassan Sharif daripada Barisan Nasional (BN) yang dimenanginya pada Pilihanraya Umum ke 12 tahun lepas.

Abdul Aziz berkata, Perlembagaan negeri itu sudah jelas tanpa sebarang keputusan oleh SPR.

“Di sini dapat dilihat bahawa keputusan SPR itu tidak betul,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, satu tindakan yang pelik apabila SPR mengekalkan Abu Hassan sebagai ADUN Kota Siputeh walaupun tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza.

Katanya, UMNO yang sepatutnya mencabar keputusan Speaker yang mengisytiharkan kekosongan kerusi tersebut dan bukannya SPR yang menjadi mahkamah untuk mentafsir dan membuat sebarang keputusan.

“Peruntukan mengenai perkara itu tidak langsung memberikan kefahaman bahawa seseorang ADUN hilang jawatannya jika tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam satu penggal yang sama,” katanya.

Mahfuz juga mempersoalkan sikap SPR yang dilihat mengambil mudah dengan tidak menyiasat terlebih dahulu surat cuti sakit itu yang telah diberikan oleh Abu Hasan berhubung dengan kegagalannya untuk meghadir pesidangan DUN.

“Kalaupun ada surat cuti sakit, seseorang ADUN mesti menyerahkan surat itu kepada Speaker dan Speaker pula mesti memberi persetujuan untuk membolehkan ADUN berkenaan tidak menghadiri sidang DUN.

“Kita juga meragui adakah ADUN tersebut mendapat surat cuti sakit, sedangkan sebuah akhbar melaporkan beliau menghadiri satu majlis pada tarikh yang dimaksudkan itu,” katanya.

Menurutnya, tindakan tidak bertangungjawab SPR tersebut hanya menjadi bahan gelak ketawa sekaligus menjadikan UMNO ‘kalah kali kelapan’ walaupun tiada pilihan raya kecil diadakan. -SH

Thursday, September 3, 2009

SELEPAS 52 tahun merdeka hari ini negara Malaysia akan mempunyai kapal selam pertama. Kapal selam yang dinamaka KD Tunku Abdul Rahman itu akan tiba di Pelabuhan Kelang pagi ini. Kerajaan berbangga atas pembelian itu. Maka diwar-warkan kepada seluruh rakyat mengenai pencapaian negara itu. Rakyat dikerah melihat kapal selam berkenaan beramai-ramai.

Memang selaku rakyat kita berbangga kerana negara mempunyai kelengkapan perang. Alat pertahanan penting bagi sesebuah negara berdaulat seperti Malaysia. Nasib baik kita tidak diserang dalam tempoh 52 tahun lalu. Kalau negara diserang sudah tentu kita kalah kerana kelengkapan seperti kapal selam itu belum ada.

Ketibaan kapal selam jenis Scorpene itu akan dibuat liputan secara langsung menerusi rancangan Hello Malaysia di RTM mulai jam 7:50 pagi. Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Menteri Pertahanan dan Ketua AKM akan menyambut ketibaan kapal selam berkenaan. Mereka akan mencucur air mawar dan menepung tawarkan kapal berkenaan.

Harganya ialah RM3.4 billion. Kapal ini dibeli atau mula dibina pada tahun 2000. Ia buat bersama oleh syarikat DCNS Peranchis dengan Navatia Sepanyol yang memang pakar dalam pembuatan kapal selam. Kapal ini dibanggai kerana berkeupayaan dapat mengawal perairan, dapat menyelam sejauh 100 hingga 200 meter.

Ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan modern dan kelengkapan perang enam tiup peluru berpandu yang boleh dilancarkan serentak. Peluru berpandu ini anti kapal permukaan dan terpedo antikapal selam.

Ianya berkuasa diesel dan elektrik dengan kelajuan 20 knot nautika itu berkemampuan membawa 10 torpedo dan 30 periuk api, manakala pengisian peluru berpandu menggunakan sistem automatik sepenuhnya. Wou...!!!

Mungkin bagi sesetengah orang segala penghuraian itu tidak penting. Apa yang rakyat ingin ketahui ialah siapakah atau syarikat manakah yang bernasib baik menjadi konsultan pembelian kapal berkenaan. Berapakah pula komisyen dibayar kepada konsultan berkenaan. Dan berapa banyak pula yang saguhati diberikan kepada orang politik? Ini rasanya lebih penting dan ditunggu-tunggu oleh rakyat jelata daripada mendedahkan segala keupayaan itu.

Hendakanya bermurah hatilah Menteri Pertahanan atau Perdana Menteri mendedahkan butiran pembelian ini secara terperinci dan nilai komisyen kepada konsultannya. Kita bimbang manalah taku nasib kapal selem ini menjadi seperti peralatan-peralatan lain yang dibeli dari luar negera, belum apa-apa tidak sampai setahun pakai sudah rosak.

Bukan apa ianya diimbangi takut jadi seperti pembinaan stadium Sultan Mizan di Terengganu itu belum sampai setahun sudah runtuh menyembah bumi. Ataupun juga bimbang akan berlaku seperti MMR2 yang di mana tiangnya sering retak dan memerlukan pembaikian. Jangan pula kapal selam ini bocor bahaya, nanti karam mati tentera kita!

Jelaslah juga siapakah yang mengawal pembinaan kapal selam berkenaan. Rasanya maklumat ini lebih penting dan ditunggu oleh rakyat. Sebagai perdana menteri yang menguar-uarkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, elok kalau butiran ini disebut sama semasa siaran langsung mengenai ketibaannya kelak. Apakah jumlah komisyen pembelian kapal selam ini mencecah RM500 juta seperti mana disebut-sebut pembangkang sebelum ini? Dan apakah ianya ada kena mengena dengan orang bernama Abdul Razak Baginda? Mohon mencadang!
http://msomelayu.blogspot.com

*komisennya

Tuesday, September 1, 2009


harapan ku agar riwayat UBN akan berakhir seperti parti kat Jepun ni yang dah 54 tahun memerintah



Oleh : albanjari

1 Malaysia rakyat di kenakan ! Wak terima sms dari sahabat. Wak sebenarnya malas nak ulas tentang ke'bangang'an pemimpin kerana menaikkan harga minyak. Apa ke jadahnya harga minyak RON97 naik 25 sen seliter. Banyak tu !! Tapi takpa..konon ! pasal RON92 akan diupgradekan kepada RON95 dan dijual pada kadar RM1.80 sen, naik 5 sen dari harga RON92. Eh ! yang pi penaik minyak dekat-dekat raya ni apa hal pulak ? Pasal bulan Ramadhan ! Supaya rakyat tak marah2, dan memaki hamun kerajaan. Macam tu, takut kurang pahala puasa !

Esok minyak dah memang naik. Lusa harga telur juga akan naik lagi, sedangkan setiap minggu telur ayam terus naik. Gred C pun dah cecah RM9 utk 30 bijik. Memang nak kena telur dahi depa ni ! Tu pun pi sokong Umno BN lagi ! Hoi..raya ni pakat2 buat kuih jangan pakai telur ayam, boleh kaa ? itu baru cerita telur ayam. Belum barang lain lagi yang akan naik. Cilaka !!

"Naik lagi". Itulah antara kata-kata dan luahan hampir setiap orang yang ditemui lepas solat terawih malam tadi. Mana tidaknya, kalau naik 5 sen pun dah terasa, inikan pula sehingga RM 0.25 sen seliter. Seluruh Malaysia mengalami fenomena setiap kali pengumuman kenaikan harga minyak apabila kenderaan mula beratur di setiap stesyen minyak untuk mendapatkan harga yang murah sebelum jam 12 malam. Wak pun beratur sama lepas terawih tadi !

Hendak mengata atau mengutuk, mustahil harga minyak akan turun. Hendak mencemuh, pun sama keadaannya, pengumuman sudah dibuat. Tiada apa dapat dibuat untuk menurunkan harga minyak.

Mungkin bagi mereka yang berpendapatan dengan angka yang agak besar, tidak begitu terasa dengan kenaikan ini. Namun berapa ramai rakyat Malaysia yang memperolehi pendapatan melebihi RM 3000 sebulan. Rata-ratanya memperolehi pendapatan antara RM 1000 hingga RM 2500. Itu belum kira perbelanjaan harian dengan kos beras, minyak, tepung dan pelbagai keperluan harian yang sudah lama naik.

Sekadar memberi pendapat, mana tau ada yang terbaca dan sampaikan pada penggubal dasar agar boleh dipertimbangkan. Antaranya:

  1. Kurangkan atau hapuskan bayaran tol. Kalau harga minyak adalah berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia terutama di US, adakah kadar tol juga berdasarkan kadar tol di sana? Kerajaan perlu meneliti kembali perjanjian berkenaan konsesi dengan syarikat yang mengendalikan tol-tol di beberapa lebuhraya demi kepentingan rakyat. Begitu juga dengan tarif elektrik dan air, demi menjaga kepentingan semua terutama peniaga-peniaga yang terpaksa menaikkan harga barangan mereka untuk menampung kos modal yang meningkat.
  1. Menurunkan harga kenderaan. Apabila harga kenderaan diturunkan, bayaran bulanan semakin berkurang dan ini dapat mengimbangi harga bahan api yang semakin meningkat. Mungkin ada yang berpandangan, kalau harga kereta turun, maka ramailah yang akan membeli kenderaan. Tapi walaupun harga kereta agak mahal di negara kita, namun orang masih tetap membelinya. Buktinya kenderaan semakin banyak di jalan raya dan hasil kutipan tol semakin meningkat dari setahun ke setahun. Tiada bezanya kereta murah atau mahal, orang tetap beli sebab ia adalah keperluan. Jadi jika kerajaan dapat kurangkan beberapa cukai berkaitan dengan dengan kenderaan import seperti cukai eksais dan macam-macam, mungkin harga kenderaan nasional juga dapat dikurangkan bagi menyaingi harga kereta import. Proton dan Produa perlu berkorban demi rakyat, jangan hanya fikirkan keuntungan untuk poket syarikat sahaja, ingat orang-orang kat kampung juga, banyak pahala tu...
  1. Kurangkan aktiviti dan pengajuran sukan yang besar. Mungkin cadangan ini agak keterlaluan terutama bagi peminat sukan. Tapi demi kepentingan rakyat jelata, beberapa penganjuran sukan seperti SUKMA, Olimpik, F1 dan lain-lain boleh difikirkan semula agar peruntukan untuk program tersebut dapat disalurkan untuk semua rakyat. Jika kita menyertai aktiviti sukan luar negara atau penganjurannya dibuat di Malaysia, adakah ianya membawa keuntungan kepada semua rakyat Malaysia, atau hanya untuk satu golongan sahaja? Satu persoalan lagi, adakah dengan penganjuran sukan di negara ini, ia boleh membawa lebih ramai pelancong datang ke Malaysia? Adakah apabila Malaysia memenangi pingat emas di Olimpik, maka lebih ramai rakyat Zimbabwe atau orang-orang Eskimo akan datang melawat Melaka atau Kelantan? Stadium atau litar sedia ada boleh dibuka kepada semua untuk aktiviti riadah petang-petang.
  1. Kurangkan aktiviti-aktiviti mega yang menggunakan duit rakyat. Perhimpunan besar-besaran yang melibatkan belanja yang besar seperti kos menyewa dewan, makanan (walaupun terpaksa mengurangkan keuntungan pemilik syarikat catering), menyiapkan pentas, membuat gimik (satu gimik seperti tekan butang dan keluar asap dan dekat RM 2000) dan lain-lain boleh dianjurkan secara sederhana. Tidak perlu buat besar-besaran. Kalau ada apa-apa nak cakap, para pemimpin tak perlu buat program besar-besaran yang membazir, hanya panggil wartawan datang rumah atau pejabat dan minta sebarkan kat RTM, TV3 atau PAS TV je dan esoknya paparkan kat Utusan, Berita Harian atau Harakah. Dengan itu, segala perbelanjaan yang dapat dijimatkan dapat diagihkan kepada semua rakyat melalui subsidi kos minyak.
  1. Para pemimpin juga perlu dikurangkan gaji dan elaun mereka demi rakyat. Kalau betullah seorang pemimpin berkhidmat untuk rakyat, apa salahnya dikurangkan sedikit pendapatan bulanan untuk ditukar kepada subsidi minyak agar berkhidmat untuk rakyat benar-benar dapat diterjemahkan. Kalau nak suruh pemimpin pakai kereta kancil, mungkin tak munasabah bagi seorang pemimpin khususnya bagi seorang Menteri, tapi apa salahnya kalau itu dapat membantu rakyat.
  1. Menggunakan duit kerajaan hasil penjimatan daripada bebanan menanggung kos subsidi yang tinggi di semua tempat, bukan hanya di bandar-bandar besar sahaja. Biar manfaatnya diperolehi oleh semua rakyat termasuk mereka yang tinggal di luar bandar. Walaupun di luar bandar, aktivitinya tidak serancak di bandar, namun mereka di luar bandar tetap membayar harga minyak yang sama seperti di bandar. Jalan raya perlu dinaik taraf terutama jalan bagi motosikal yang menjadi angka tertinggi yang terlibat dalam kemalangan. Begitu juga pembinaan kemudahan awam seperti taman permainan, tandas awam, wakaf, surau dan lain-lain perlu menyeluruh di setiap tempat, bukan hanya di taman-taman perumahan sahaja. Surau-surau lama dinaik taraf semula tanpa perlu penduduk kampung meminta sumbangan mana-mana pihak, tetapi menggunakan duit hasil penjimatan kerajaan ini. Ini dapat sedikit sebanyak dapat menyejukkan hati terutama orang-orang Melayu walaupun hari ini mereka panas akibat kenaikan melampau harga minyak.
Dan macam-macam lagi pendapat. Mungkin andapun ada pendapat, sama-sama kita utarakan dari rakyat untuk rakyat. Dah..esok pulak wak sambung..marah belum habis lagi ni, nampaknyer lepas ni kena pakai RON95 lah. Bagi bapak2 menteri dan kapitalis ajer yg pakai minyak RON97. Eh ! siapa yg sebenarnya kapitalis ?

from:http://politikbanjar.blogspot.com

***apakah negara kita negara kapitalis?

RON95 mesra alam

a sesuai bagi kebanyakan enjin kenderaan dan boleh menyumbang kepada kualiti udara yang lebih bersih.

KEBANYAKAN enjin kenderaan sekarang menggunakan teknologi yang sesuai dengan petrol RON95.


RON adalah singkatan kepada Research Octane Number merupakan kadar untuk menyukat ketahanan terhadap ketukan (knocking) sesuatu minyak petrol di dalam enjin manakala Petrol RON95 merujuk kepada campuran 95 peratus iso-oktana dan lima peratus heptana.

Mulai hari ini, kerajaan memperkenalkan petrol RON95 di seluruh negara. Pada masa yang sama petrol RON92 akan dikeluarkan daripada pasaran. Ini kerana penggunaan RON92 adalah kecil iaitu sekitar lima peratus sahaja daripada jumlah keseluruhan penjualan petrol di negara ini.

Justeru, kerajaan mengambil langkah memperkenalkan RON95 bagi memastikan pengguna mendapat faedah langsung produk petroleum yang lebih berkualiti pada harga subsidi.

Spesifikasi

Pada masa sama, ia juga merupakan salah satu usaha kerajaan dalam mengurus sumber tenaga negara bagi menggalakkan penggunaan sumber tenaga yang cekap dan mengurangkan tanggungan subsidi ke atas produk petrol.

Bagaimanapun, petrol RON97 masih dikekalkan dalam pasaran sebagai produk premium memandangkan ada kenderaan yang memerlukan nilai RON minimum 97 terutamanya kenderaan-kenderaan yang berkuasa tinggi.

Selain itu, petrol RON95 adalah bahan bakar yang mematuhi spesifikasi EURO2M. Ia dapat mengurangkan pencemaran yang berpunca daripada pengeluaran asap kenderaan. Spesifikasi EURO2M merupakan standard baru bagi petrol dan diesel yang akan diguna pakai mulai esok selaras dengan penggunaan RON 95 di seluruh negara.

Penggunaan EURO2M akan mengurangkan kandungan sulfur dalam petrol dan diesel dari 3,000 parts per million (ppm) kepada 500 ppm yang akan mengurangkan pelepasan asap kenderaan di udara. Keadaan ini sudah tentu dapat menyumbang kepada kualiti udara yang lebih baik.

Kualiti udara

Sejak pengumuman pelaksanaan RON95, pelbagai pihak tampil memberi pandangan berkenaan kesesuaian langkah kerajaan memperkenalkan RON95.

Tidak dinafikan masih ramai rakyat Malaysia yang mempunyai persepsi bahawa produk ini boleh memberi kesan negatif terhadap prestasi enjin kenderaan mereka.

Pengguna boleh merujuk buku panduan kenderaan atau pengeluar enjin kenderaan bagi memastikan tahap minimum RON yang diperlukan.

Kebanyakan enjin kenderaan ketika ini menggunakan teknologi yang direkabentuk sesuai dengan penggunaan petrol RON95.

Dengan menggunakan petrol yang mempunyai nilai RON minimum yang bersesuaian dengan keperluan kenderaan seperti yang disyorkan oleh pengeluar enjin kenderaan, ia akan memastikan pembakaran berlaku tepat pada masanya lantas mengelak berlakunya fenomena ketukan enjin.

Sehubungan itu, sekiranya enjin kenderaan cukup sekadar dengan pembakaran RON95, penggunaan RON yang lebih tinggi tidak akan memberi kesan kepada keupayaan enjin secara optimum.

Negara-negara pengeluar kenderaan utama dunia seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat (AS) juga menggunakan petrol RON95. Di Eropah, penggunaan petrol RON95 adalah lebih 80 peratus daripada keseluruhan penggunaan petrol yang merupakan bahan bakar utama kenderaan.

Kerajaan dengan kerjasama syarikat-syarikat minyak telah mula memperkenalkan penjualan petrol RON95 di beberapa stesen minyak terpilih di sekitar Lembah Klang dan Putrajaya mulai 12 Mei 2009.


PETROL RON95 semakin diterima dalam kalangan pengguna di negara ini.


Dilaksanakan

Statistik menunjukkan 80 peratus pengguna telah bertukar menggunakan petrol RON95 berbanding RON97 di stesen-stesen yang terlibat. Selain itu, sehingga kini tiada rungutan atau aduan mengenai prestasi enjin kenderaan akibat daripada penggunaan petrol RON95. Ini menunjukkan kesesuaian produk tersebut kepada enjin kenderaan yang menggunakannya. Sehingga kini sebanyak 1,445 buah stesen minyak di seluruh negara telah menjual petrol RON 95 dan akan dilaksanakan sepenuhnya mulai hari ini.

Di samping itu, harga runcit petrol dan diesel masih mengekalkan kaedah Automatic Pricing Mechanism (APM). Kedudukan harga purata kos produk bulanan bagi petrol dan diesel akan menentukan kadar subsidi pada bulan tersebut.

Harga asas petrol RON95 ditetapkan pada RM1.75 seliter. Harga ini akan kekal sekiranya purata kos produk berada di antara AS$37.38 (RM131)setong dan AS$76.52 (RM270) setong. Pada paras harga purata AS$76.52 (RM270) setong, kerajaan akan memberi subsidi sebanyak 30 sen seliter bagi setiap liter yang dibeli oleh pengguna.

Apabila purata kos produk meningkat melebihi AS$76.52 (RM270) setong, harga runcit akan dinaikkan di mana kerajaan masih mengekalkan subsidi sebanyak 30 sen seliter sehingga mencapai harga siling iaitu RM2.70 sen seliter.

Pada paras harga siling, kerajaan akan memberi subsidi melebihi 30 sen seliter apabila purata kos produk meningkat melebihi AS$118.48 (RM418) setong.

Memandangkan harga kos produk mengikut harga pasaran dunia dan sentiasa berubah-ubah, pengguna akan menikmati penurunan harga runcit petrol apabila purata kos produk menurun. Kerajaan akan menetapkan harga runcit petrol RON95 lebih rendah apabila purata kos produk berada di bawah AS$37.38 (RM131)setong.

*mesra alam ke tak ? apa yang pasti memang kita kena guna minyak ni sebab harga minyak yang ni je yang paling murah. Kalau nak harga lebih murah lagi PRU KE 13 nanti kita kena tukar le KERAjaan yang ada sekarang ni kepada PR.

Hadis Tentang kelebihan Surah Al-Fatihah

Hazrat Abdul Malik bin ‘Umair rah. meriwayatkan secara mursal bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda, “Dalam surah al-Fatihah terdapat penawar untuk segala penyakit.” (Hadis riwayat Darimi dan Baihaqi)

PENJELASAN LANJUT

Rasulallah (saw) bersabda, “Aku ingin memberitahu kamu satu surah yang paling afdal dalam al-Quran. Surah itu adalah surah al-Hamd (al-Fatihah) yang mempunyai tujuh ayat. Ayat-ayat ini adalah Saba’ Mathani dan dan mewakili seluruh al-Quran yang agung.”

Telah di riwayatkan dari setengah ahli sufi bahawa segala yang terkandung dalam kitab Allah yang terdahulu terdapat dalam al-Quran dan segala kandungan al-Quran terdapat dalam dalam surah al-Fatihah dan apa-apa yang terkandung dalam surah al-Fatihah terapat dalam “Bismillah” dan apa-apa yang terdapat dalam “Bismillah” terapat dalam huruf “ba”.

Terdapat juga dalam kitab tafsir menerangkan bahawa huruf “ba” bertugas sebagai penemu, yakni huruf “ba” memutuskan segala hubungan sesaorang hamba dengan segala perkara yang lain dan menemukan dengan Allah.

Sebahagian ulamak berpendapat bahawa apa-apa yang terdapat dalam huruf “ba” terkandung dalam titik pada “ba” itu, yakni titik wahdaniah. Dalam istilah ilmu tasauf, titik wahdaniah bermaksud sesuatu yang tidak boleh dibahagi-bahagi lagi.

Setengah ulamak menukilkan, ayat “Iya kanaq budu yaiya kanasta’in” , terkandung segala hajat dunia dan ugama.

Rasullah (saw) pernah bersabda melalui satu hadis, “Demi Zat yang nyawaku dalam genggamanNya, satu surah yang seumpama ini tidak pernah diturunkan samaada dalam Taurat, Injil, Zabur atau bahagian yang lain dalam al-Quran.”

Membaca surah al-Fatihah dengan penuh keyakinan akan dapat menyembuhkan segala penyakit rohani atau jasmani, penyakit zahir atau penyakit batin.

Al-Fatihah yang ditulis dan dijadikan tangkal dan juga menjilat al-Fatihah yang ditulis berfaedah untuk mengubat penyakit.

Terdapat dalam kitab-kitab hadis yang sahih bahawa para sahabat nabi pernah membaca surah al-Fatihah dan menghembus ke atas orang yang di patuk ular atau disengat kala jengking, orang yang terkena sawan dan orang gila. Rasullah (saw) sendiri mengharuskan perbuatan ini.

Dalam satu riwayat, Rasullah (saw) pernah membaca surah al-Fatihah lalu menghembuskan kepada Hazrat Saib bin Yazid (r.a) dan baginda membaca dan menyapu air liur pada tempat yang sakit itu.

Dalam hadis yang lain pula, bahawa sesiapa yang berbaring dengan niat untuk tidur dan membaca al-Fatihah serta surah al-Ikhlas kemudian menghembus keatas dirinya sendiri maka dia akan dijauhkan dari segala bahaya melainkan maut.

Pahala memabaca surah al-Fatihah menyamai pahala membaca dua pertiga al-Quran.

Rasulallah (saw) pernah bersabda, “Aku telah mendapat empat perkara dari khazanah khas dari ‘Arash. Tiada sesiapa pun yang mendapat apa-apa perkara lain dari khazanah tersebut. Pertamanya adalah surah al-Fatihah, keduanya ayat Kursi, ketiganya ayat akhir dari surah al-Baqarah dan keempat surah al-Kauthar.”

Hazrat Hassan Basri (rah) meriwayatkan satu sabdaan Nabi (saw) yang berbunyi, “Seorang yang membaca surah al-Fatihah seumpama seorang yang membaca kitab Taurat, Injil, Zabur dan al-Quran yang mulia.”

Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa Iblis meraung-raung sambil melumurkan seluruh kepalanya dengan debu apabila berlaku empat peristiwa; pertama apabila dia dilaknat, kedua apabila dia di kelurkan dari syurga ke dunia, ketiga apabila Nabi Mohammad (saw) dianugerahkan dengan kenabian dan kekempat apabila surah al-Fatihah diturunkan.

Pada suatu ketika ada seorang datang kepada Hazrat Sya’abi (rah) mengadu tentang buah pinggangnya yang sakit. Hazrat Sya’abi menasihatkannya supaya membaca ‘Asasul-Quran’ kemudian menghembus kepada tempat yang sakit. Apabila ditanya apakah ‘Asasul-Quran’, Hazrat Sya’abi menjawab, “Surah al-Fatihah.”

Antara amalan para masyaikh yang mujarab ialah surah al-Fatihah. Surah ini juga sebagai Ismul A’zam yang sepatutnya dibaca tujuan memohon apa-apa hajat.

Didalam kitab Sahih Muslim terdapat satu Hadis yang diriwayatkan oleh dari Hazrat Abdullah bin Abas (r.a) bahawa pada suatu ketika Rasulallah (saw) sedang duduk bersama kami. Baginda (saw) bersabda, “Dilangit telah dibuka satu pintu yang belum pernah dibuka sebelum ini, dan dari pintu tersebut turun satu malaikat yang pernah diturunkan sebelum ini. Malaikat itu berkata kepada ku, “Terimalah satu berita gembira dengan dua nur yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum ini, pertama adalah surah al-Fatihah dan kedua adalah tiga ayat trakhir dari surah al-Baqarah.”

diambil: junjungan.wordpress.com

Seperti yang dijangkakan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan telah tidak berlaku kekosongan pada kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah, dan ia masih disandang wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Datuk Abu Hassan Sarif.

Perkara ini diumumkan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, dalam satu kenyataan media sebentar tadi.

Tindakan SPR tersebut jelas menunjukkan bahawa mereka terus-terusan menjadi kuda tunggangan UMNO.

Yang nyata ialah ADUN Siputeh Datuk Abu Hasan Sarif, telah gagal hadir ke sidang Dun dua kali berturut-turut tanpa izin Speaker. Ini sepatutnya telah melucutkan keanggotaan ADUN berkenaan jika mengikut undang-undang tubuh negeri Kedah.

Tetapi sepertimana yang rakyat 1Malaysia tahu, UMNO BN adalah di dalam keadaan yang tidak bersedia untuk menghadapi sebarang ppilihanraya kecil lagi setelah tewas sebanyak tujuh kali di tangan Pakatan Rakyat.

Sementara itu, banyak pihak membidas tindakan SPR yang disifatkan sebagai menjadi agen kepada parti UMNO/BN.

"Sekalipun mungkin mereka merujuk kepada Peguam Negara, namun yang nyata keputusan mereka ternyata tidak mematuhi undang-undang tetapi lebih kepada cuba untuk menyelamatkan kerusi itu dari dirampas oleh Pakatan Rakyat," kata seorang pemimpin PR.

"Datuk Aziz boleh keluarkan apa juga alasan, tetapi penipuan sepertimana yang berlaku semasa isu DUN Behrang dan Changkat Jering dimana SPR memperakui surat yang diterima dari ADUN-ADUN berkenaan untuk menghalang kekosongan kerusi berkenaan jelas menunjukkan SPR hanyalah kuda tunggangan UMNO-BN," tambahnya.


* komen ; keputusan ni memang dah di jangka SPR memang lembu UMNO BN, nampaknya macam ni lah detik detik terakhir sebuah parti yang sedang nazak. Terlalu takut untuk berhadapan dengan rakyat dan sanggup melanggar perlembagaan dan undang-undang demi kuasa.

Monday, August 31, 2009

ESOK bakal menentukan apakah satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan. Kali ini kerusi yang menjadi tumpuan ialah Kota Seputih, Kedah. Penentuan itu akan dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bermesyuarat esok untuk menentukan samada ada perlu atau tidak pilihan raya diadakan untuk kerusi berkenaan.

Kerusi ini menjadi tumpuan kemungkinan akan berlaku kekosongan menyebabkan pilihan raya akan diadakan apabila penyandang Abu Hassan Sarif gagal menghadiri sidang dewan sebanyak dua kali tanpa kebenaran speaker. Menurut undang-undang kerajan Kerajaan Kedah mana-mana Adun gagal menghadiri sidang dewan tanpa kebenaran speaker menyebabkan kerusinya hendaklah diosongkan.

Adun berkenaan dikatakan tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut kerana sakit. Keadaan Adun berkenaan yang sakit dimaklumi oleh banyak pihak tetapi apa yang mungkin menjadi kesalahannya kerana tidak memberi tahu kepada spekaer DUN Kedah.

Apakah bentuk keputusan SPR esok? Spekaer DUN Kedah, Abdul Isa Ismail telah pun memaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan kepada SPR berdasarkan peruntukkan undang-undang yang ada. Kini terserah kepada SPR kerana SPR akan menentukan sama ada kerusi berkenaan kosong secara automatik atau sebaliknya.

Ekoran ini sekali lagi wibawa SPR akan teruji. Orang ramai akan melihat sejauh mana SPR bertindak dalam menyelesaikan masalah ini. Sudah tentu kejadian yang berlaku di Perak tidak lama dulu menyebabkan timbul keraguan terhadap SPR dalam membuat keputusannya berhubung apa yang berlaku di Kedah itu.

Di Perak dulu SPR tidak memperakui kekosongan kerusi yang diistyharkan oleh speaker DUN Perak Sivakumar. SPR menggunakan budi bicara dan kuasa mutlak yang ada kepadanya untuk mengistyharkan sesutau kerusi itu menjadi kosong atau tidak.

Apakah kali ini SPR menjadikan alasan sama, pemakluman oleh speaker Kedah itu tidak sah maka penyandag sekarang masih kekal dan tidak perlu pilihan raya kecil.

Sekiranya esok SPR membuat keputusan mengekalkan kerusi berkenaan ia akan menimbul masalah. Persepsi buruk terhadap SPR akan timbul dan berterusan. Ini kerana awal-awal lagi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yaasin telah membuat rayuan agar SPR mempertimbangkan supaya kerusi berkenaan tidak kosong.

Sekiranya keputusan esok SPR tidak bersedia menerima pemakluman speaker DUN Kedah itu sudah pasti SPR sekali lagi akan dilihat sebagai membuat keputusan yang memihak kepada UBN. Dalam pada itu SPR harus mengemukakan alasan teknikal yang melampau munasabah atas keputusannya kelak.

Dalam pilihan umum lalu kerusi berkenaan dimenangi oleh calon UBN Abu Hassan Sarif yang mengalahkan calon Pas, Ismail Wan Teh dengan majoriti 495. Ismail mendapat 7,665.


http://msomelayu.blogspot.com

31 August 2009

Dulu kata RON95 Nak Jual RM1.75 Seliter Tapi Apahal Esok Jadik RM1.80 Seliter

Minyak petrol RON95 ganti RON92, RM1.80 seliter

KUALA LUMPUR: Minyak petrol RON95 yang menggantikan RON92 dijual pada harga RM1.80 seliter dan RON97 pada RM2.05 seliter mulai esok, kerajaan mengumumkan di sini hari ini.

Harga minyak naik?

31/08/2009 11:32am

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam.

- Utusan

kedahlanie - hakikatnya RAKYAT KENA TIPU LAGI.....

Khairul Azlam Mohammad & Nazri Abdullah
KUALA TERENGGANU, 31 Ogos: PAS akan meneruskan perjuangan memerdekakan rakyat di negara ini yang dianggap "masih belum selesai" khususnya dalam berdakwah memperbetul akidah mereka.

Iklan

Manusia khususnya penganut agama Islam di negara ini belum merdeka jika masih tunduk dan mengabdikan diri kepada makhluk bukannya kepada Allah SWT.

Kefahaman ini penting supaya maksud sebenar merdeka tidak di salah erti sebagai pembebasan dari kuasa penjajahan barat semata mata.

Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam perutusannya sempenan Kemerdekaan berkata, erti merdeka pada Islam adalah kejayaan membebaskan aqidah (pegangan) dari mengabdikan diri kepada makhluk kepada pengabdian diri kepada Allah SWT.

Menurutnya, perjuangan itulah yang dipikul oleh Nabi Muhammad SAW sepanjang hayat baginda. Dan sesiapa yang berjaya membebaskan diri mereka dari perkara tersebut, dialah yang sebenarnya merdeka.

"Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT."

"Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh Jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW sendiri, sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar." ujarnya ketika menyampaikan perutusan khas sempenan hari kemerdekaan negara ke 52 malam tadi.

Dalam keadaan negara sekarang ujarnya, warisan jahiliah dilihat terus menyubur dalam diri masyarakat dalam negara ini. Tidak kira dalam aspek pentadbiran, kehidupan sosial harian, ekonomi mahupun politik, budaya jahiliah katanya seolah olah tidak ditelan zaman cuma bezanya ia dipraktik secara moden.

Sehubungan itu, perjuangan kemerdekann katanya belum lagi selesai. Parti Islam Se-Malayisa (PAS) tambahnya tidak akan berhenti menyambung perjuangan memerdekakan masyarakat seperti yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW.

"Walaupun negara kita dikatakan telah mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun dahulu, tetapi warisan penjajah masih lagi wujud, bertapak dan berakar umbi di dalam masyarakat kita. Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai."

"PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya ataupun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT." tegasnya.

Teks ucapan penuh

PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-52

ImageBersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.

Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.

Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.

Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.

Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.

Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.

Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.

Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.

Dan 'obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.

Kata Rubi'e, "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".

Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.

Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.

Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.

PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.

Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.

Sekian, Wassalam_

KUALA LUMPUR 31 Ogos - Harga bagi minyak jenis RON95 dan RON97 dijangka naik berkuat kuasa tengah malam ini.

Minyak jenis RON95 dijangka dinaikkan 5 sen iaitu daripada RM1.75 seliter kepada RM1.80 seliter.

Sementara itu, RON97 pula akan dinaikkan daripada RM1.80 kini kepada RM2.00.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka mengumumkan kenaikan itu pada petang ini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati beberapa portal berita seperti Malaysia-instinct.com telah pun mula memaparkan mengenai peningkatan harga minyak itu sejak semalam. - Utusan

Oleh AHMAD LUTFI OTHMAN


Ramadan sudah melewati fasa 10 hari kedua, yang dijanjikan keampunan (maghfirah), selepas Allah melimpahkan rahmat, sebelum "pembebasan dari api neraka".

Bagi yang alpa-leka dan mensesiakan tempoh satu pertiga Ramadan yang berlalu itu, masa belum terlambat untuk kembali merebut peluang keemasan, yang tentunya tidak dapat dipastikan akan berulang pada tahun depan.



Perhatikan di sekeliling, mungkin ada anggota keluarga atau rakan taulan yang bersama-sama menikmati juadah berbuka tahun lalu, bertarawikh dan bertadarus, tetapi kini sudah menghadap Ilahi.

Madrasah Ramadan, pusat latihan mendidik diri menundukkan nafsu, bulan penuh keberkatan menemui diri di malam-malamnya, sambil beristighfar, bermunajat dan bertaubat penuh keinsafan.

Ramadan juga mendidik jiwa menjernihkan hati, menyantuni golongan fakir, mengasihi orang tua, menyuburkan sifat pemurah, meluhurkan tekad, mengikis budaya tamak-haloba.

Ramadan turut mendorong dan menyemarakkan semangat jihad, mengangkat martabat umat, meninggikan darjat agama dan bersedia mengorbankan kepentingan diri.

Masya-Allah, sungguh luarbiasa bulan istimewa ini. Pastikan anda dan saya dapat memanfaatkan setiap detik di dalamnya untuk beribadah setulus dan seikhlasnya.

II.

Agak berang Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Seri Ahmad Said Hamdan dengan pelbagai kritikan yang dihamburkan kepada badan berkenaan terutama berkaitan kes kematian Teoh Beng Hock.

Wibawa SPRM dipersoal oleh setiap lapisan masyarakat. Ia bagai diasak kiri dan kanan, depan dan belakang, atas dan bawah. Malah, dalam inkues yang berjalan, publik didedahkan dengan gelagat pegawainya yang mencurigakan.

Sebagai orang yang pernah berurusan dengan SPRM (dulunya BPR), ia tambah meneguhkan keyakinan saya bahawa badan itu perlu direformasi besar-besaran sebelum dapat melaksanakan misi unggul membanteras rasuah.

Syarat utama, pecat semua pegawai kanannya yang bukan saja dilihat bersekongkol dengan pemerintah tetapi lebih buruk lagi, "memperdagangkan" laporan rasuah demi mengejar habuan lumayan.

Mana mungkin korupsi dapat dibanteras jika, misalnya, SPRM hanya ghairah dengan kes peruntukan Dun Selangor tetapi berdiam diri apabila TPM mengaku menggunakan helikopter Nuri milik TUDM untuk merasmikan mesyuarat agung Umno Penampang, 16 Ogos lalu. Senarai kes "pilih bulu" ini terlalu panjang untuk dibutirkan.

Seperti ditegaskan Prof Abd Rahman Embong dalam Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas, semua jenayah seperti membunuh, merompak, mencuri dan merogol mempunyai mangsa yang jelas, kecuali rasuah. Ia suatu jenayah yang cukup kompleks dan usaha menanganinya rumit sekali.

Justeru, bagi Alatas, sebarang perubahan struktural dan perundangan dalam pentadbiran pemerintah bagi tujuan menangani rasuah hanya akan berjaya sekiranya terdapat sekumpulan individu yang berprinsip tinggi dan teguh menduduki jawatan utama yang penting bagi kejayaan misi pencegahan rasuah.

III.

Keputusan pilihan raya kecil Permatang Pasir memang mengecewakan Umno pimpinan Najib Razak. Harapan untuk melihat momentum Manek Urai berjangkit ke Permatang Pauh, kubu Anwar Ibrahim, berkecai.

Trend mengundi Mac 2008 masih tidak berubah. Meskipun Umno bermain dengan bahaya api perkauman, seperti ditonjolkan melalui Utusan Malaysia, pengundi Melayu di kawasan bandar dan pinggir kota khususnya, tetap menolak BN, manakala masyarakat bukan Melayu makin menjauhkan diri, apatah lagi parti komponen seperti MCA bergolak dahsyat.

Terbaru isu kuil Hindu dan perarakan kepala lembu di Shah Alam pasti membuatkan pengundi India (yang pada awalnya seperti ada sebahagian daripadanya mahu kembali kepada BN) semakin dekat dengan siapa saja yang berseteru politik dengan Umno-BN.

Presiden PAS menyifatkan pengundi bermaklumat, seperti di Permatang Pasir, lebih cenderung untuk bersama Pakatan Rakyat. Mereka membuat keputusan untuk mengundi seseorang calon berdasarkan ilmu dan kefahaman.

Namun segalanya tidak mudah buat Pakatan. Pengundi Melayu harus lebih dijinakkan, terutama untuk mendekati PAS. Selagi PAS belum dapat menembusi kubu Umno, agak sukar BN ditumbangkan di peringkat pusat.

Dalam negara yang majoriti penduduknya Melayu-Muslim maka peneraju Pakatan harus datang dari parti Melayu-Muslim juga. Sentimen perkauman sempit yang dimarakkan sekarang memang boleh menjerat Umno, namun PAS harus segera bingkas memperlihatkan keupayaannya untuk memimpin perubahan.

Pengundi Melayu bukannya terlalu sukar untuk menolak Umno tetapi mereka mungkin lebih selesa untuk menunggu isyarat jelas daripada PAS dahulu ...

SELAMAT DATANG

SELAMAT DATANG KE BLOG BARU

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online