POLITIK
-
Tindakan Tebang Kira-Kira 200 Pokok Musang King, Kerajaan Pahang Tidak Langgar Perintah Mahkamah - *KUANTAN:* Tindakan menebang kira-kira 200 pokok durian musang king dalam operasi penguatkuasaan di Raub pada Selasa, tidak melanggar sebarang perintah m...18 hours ago
-
Fitnah senjata tertua didunia - *RENUNGAN* *"Fitnah itu lebih tajam daripada mata pedang".* Fitnah merupakan salah satu perbuatan bertindak menjadi senjata untuk menjatuh ataupun meng...3 days ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...5 months ago
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...1 year ago
-
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia - Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.1 year ago
-
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan - Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik yang and...1 year ago
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 years ago
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016. - Kenyataan Media | 𝗦𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹 𝗟𝗖𝗦 - 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 Ramai yang terpengaruh dengan naratif mantan P...2 years ago
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...4 years ago
-
LIVE AJL 34 - KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34 *Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online * *PASANG CCTV MURAH * *IKLAN TEKS RM10 SEBU...5 years ago
-
Bapak ayam - Merekalah bapak ayam Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun Meraba ganas liang, lubang, l...5 years ago
-
YB-YB Tolong Baca dan Hadam - Harapkan pingat tak dapat Harapkan projek tak dapat Semua tak dapat takpa ...tak kisah... Tapi kawan2 semua yang ada cuma minta satu saja.. Dulu kita kerajaa...5 years ago
-
Catatan Dhuha april 2019 - CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan pemberitaan...5 years ago
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT - Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza d...6 years ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...6 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN - *SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM 11/5/2018 (J...6 years ago
-
-
ANAK TEMAN PON TAK LEPAS - Suatu pagi teman berkudap kat Warisan Cafe MH Hotel. Udah pencen nih relek bebenor. Teman nengok kekawan yang masih keghojer kesian weh. Kalo dedulu maser ...7 years ago
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya - Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Hubungi...7 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...7 years ago
-
Akhavan Supermarche Flyer - Akhavan Flyer - Akhavan Supermarche is located in Quebec with 2 locations – one in Montreal and one in Pierrefonds. With more than 10000 square feet filled...7 years ago
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru - Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara. Lokasi yang m...8 years ago
-
Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatin - *SEMINAR* Pengurusan dan Pentadbiran JSU-JIT Negeri Kelantan itu memberikan kefahaman ICT terkini dan bidang tugas kepada Penyelaras IT Dun.8 years ago
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota - *Zakat Fitrah dan kemiskinan kota* Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada seorang wanita Melayu rakyat Malaysia, b...8 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...9 years ago
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa... - *Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian Allah...Subhanallah* *kisah di sini dan sini....*11 years ago
-
Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga - Kalau dikaji dan diselidik secara ‘pragmatic’ BN tidak mungkin dapat bertahan dalam pilihanraya kali ini. Selalu saya berkata setiap perubahan itu mesti be...12 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Monday, August 31, 2009
Khairul Azlam Mohammad & Nazri Abdullah
KUALA TERENGGANU, 31 Ogos: PAS akan meneruskan perjuangan memerdekakan rakyat di negara ini yang dianggap "masih belum selesai" khususnya dalam berdakwah memperbetul akidah mereka.
Iklan | |
| |
Manusia khususnya penganut agama Islam di negara ini belum merdeka jika masih tunduk dan mengabdikan diri kepada makhluk bukannya kepada Allah SWT.
Kefahaman ini penting supaya maksud sebenar merdeka tidak di salah erti sebagai pembebasan dari kuasa penjajahan barat semata mata.
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam perutusannya sempenan Kemerdekaan berkata, erti merdeka pada Islam adalah kejayaan membebaskan aqidah (pegangan) dari mengabdikan diri kepada makhluk kepada pengabdian diri kepada Allah SWT.
Menurutnya, perjuangan itulah yang dipikul oleh Nabi Muhammad SAW sepanjang hayat baginda. Dan sesiapa yang berjaya membebaskan diri mereka dari perkara tersebut, dialah yang sebenarnya merdeka.
"Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT."
"Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh Jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW sendiri, sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar." ujarnya ketika menyampaikan perutusan khas sempenan hari kemerdekaan negara ke 52 malam tadi.
Dalam keadaan negara sekarang ujarnya, warisan jahiliah dilihat terus menyubur dalam diri masyarakat dalam negara ini. Tidak kira dalam aspek pentadbiran, kehidupan sosial harian, ekonomi mahupun politik, budaya jahiliah katanya seolah olah tidak ditelan zaman cuma bezanya ia dipraktik secara moden.
Sehubungan itu, perjuangan kemerdekann katanya belum lagi selesai. Parti Islam Se-Malayisa (PAS) tambahnya tidak akan berhenti menyambung perjuangan memerdekakan masyarakat seperti yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW.
"Walaupun negara kita dikatakan telah mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun dahulu, tetapi warisan penjajah masih lagi wujud, bertapak dan berakar umbi di dalam masyarakat kita. Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai."
"PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya ataupun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT." tegasnya.
Teks ucapan penuh
PERUTUSAN KHAS PRESIDEN PAS SEMPENA HARI KEMERDEKAAN KE-52
Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-52 Kemerdekaan Negara, bagi pihak Parti Islam Se-Malaysia (PAS) suka saya mengulangi bahawa pemimpin-pemimpin ulung PAS adalah golongan yang pertama melibatkan diri dengan perjuangan kemerdekaan negara ini.
Mereka menjadi mangsa kezaliman di zaman penjajah. Ketika itu, banyak di kalangan pemimpin negara kita (Umno) bersekongkol dengan penjajah menjadi pegawai-pegawai mereka.
Namun kita tidak menyerah kalah. Kita adalah yang pertama memperjuangkan kemerdekaan (yang) merupakan mata rantai perjuangan sejak kedatangan Islam yang membawa kemerdekaan sebenar.
Kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW ialah pembebasan manusia daripada mengabdikan diri kepada makhluk kepada hanya mengabdikan diri kepada Allah SWT. Itulah makna kemerdekaan yang sebenar.
Oleh kerana itu, Nabi kita Muhamad SAW dalam perjuangannya yang pertama menentang jahiliah Arab. Bukan jahiliah bangsa lain sehingga berjihrah ke Madinah mendirikan Negara Islam.
Sebuah Negara yang berlandaskan kepada pengabdian diri kepada Allah Ta'ala yang membawa keadilan mutlak kepada seluruh manusia.
Bukan sahaja kepada penganut Islam bahkan, juga kepada penganut-penganut agama lain yang bernaung di bawah pemerintahan Islam. Selepas itu, Nabi kita Muhamad SAW datang ke Mekah untuk membebaskan Mekah daripada kuasa jahiliah.
Pembebasan Mekah bukan kerana dijajah oleh penjajah asing Rom dan Parsi. Tetapi dijajah oleh jahiliah Arab dari kalangan kaum keluarga Nabi SAW. Sehingga Mekah dibebaskan dan itulah kemerdekaan sebenar.
Dan 'obor' kemerdekaan inilah yang dibawa oleh Rubi'e bin Amer kepada Rostum iaitu panglima tentera Parsi dengan kenyataan Rub'ie yang terkenal.
Kata Rubi'e, "Kami mengajak sesiapa yang mahu kepada satu gagasan dasar dan konsep daripada mengabdikan diri kepada manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah. Daripada kezaliman ajaran pelbagai-bagai agama, teori dan pendekatan ciptaan manusia kepada mengabdikan diri kepada Allah SWT. Daripada dunia yang sempit kepada wawasan dunia sehingga hari akhirat".
Itulah kemerdekaan yang dibawa oleh Nabi Muhamad SAW. Kemerdekaan inilah yang didokong oleh perjuangan Islam termasuk Parti Islam Se-Malaysia (PAS).
Kita menentang penjajah asing bukan kerana nama asingnya. Tetapi kerana mereka membawa satu fahaman yang mengabdikan diri kepada makhluk dan bukan mengabdikan diri kepada Allah SWT. Kita halau mereka bukan kerana nama dia asing tetapi kerana mereka membawa suatu ajaran sesat yang menyeleweng dari petunjuk Allah SWT.
Walau pun, negara kita telah dikatakan mencapai kemerdekaan sejak 52 tahun tetapi warisan penjajah masih lagi wujud. Bertapak dan berakal umbi di dalam masyarakat kita.
Oleh kerana itu, kita menganggap isu perjuangan kemerdekaan belum lagi selesai.
PAS akan terus berjuang untuk membawa kemerdekaan yang sebenarnya. Iaitu membebaskan diri manusia dari mengabdikan diri sesama manusia, sama ada berbentuk ideologi, teori dan sebagainya atau pun kepimpinan yang berlagak mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT.
Untuk mengajak mereka membebaskan diri daripada itu semua kepada Islam yang membawa kepada kemerdekaan yang sebenar dan itulah dasar serta konsep kemerdekaan yang kita bawa selama ini.
Sekian, Wassalam_
0 comments:
Post a Comment