Sabda Rasullulah:
Akan ada dua gerhana di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al-Mahdi
(Ibnu Hajar Al-Haytami)
Gerhana bulan dan matahari adalah fenomena biasa yang amat biasa dan sering terjadi sepanjang sejarah dunia. Akan gerhana seperti yang disebut dalam hadis di atas hanya akan terjadi untuk menjadi petunjuk kedatangan Al-Mahdi. Dan peristiwa itu telah terjadi tidak lama dahulu dan selama 2 tahun berturut-turut. Pada 1401 Hijrah atau pada
1981 terjadi gerhana bulan pada 15 Ramadhan dan gerhana matahari pada 29 Ramadhan. Dan setahun selepas itu iaitu pada 1402 Hijrah bersamaan
1982 terjadi gerhana bulan pada 14 Ramadhan dan gerhana matahari pada 28 Ramadhan.
Kejadian seperti ini belum pernah terjadi sebelum ini dan kejadian ini menurut penafsir hadis adalah gerhana yang dimaksudkan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Dan kejadian ini adalah kesinambungan daripada petunjuk lain yang telah saya postkan sebelum ini iaitu berhentinya Sungai Eufrat. Anda boleh google untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang gerhana pada 1981 dan 1982 ini. Di sini saya letakkan gambar gerhana tersebut.
1981
1982
Sabda Rasullulah: Sebelum ia datang, sebuah komet yang menerbitkan cahaya akan terbit dari Timur.(Ibnu Hajar Al-Haytami)
Sabda Rasullulah: Kemunculan bintang itu akan mengikuti gerhana matahari dan bulan (Al-Muttaqi Al-Hindi)Pada tahun 1986 Masihi bersamaan 1406 Hijrah, sebuah bintang berekor (Komet Halley) telah melintas sangat dekat dengan bumi dan arahnya bersamaan dengan hadis iaitu dari timur ke barat. Kemunculan bintang ini di saat yang sama dengan petunjuk-petunjuk Al-Mahdi yang lain menunjukkan kepada kita bahawa Komet Halley ini adalah komet yang dimaksudkan dalam hadis. Kemunculan Komet Hallet sebelum ini jelas menunjukkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah sebelum ini. Menurut hadis, semasa komet ini melintas:1. Kaum Nabi Nuh dihancurkan2. Nabi Ibrahim dibakar3. Firaun dan pengikutnya yang berperang menentang Nabi Musa dihancurkanKemunculan Komet Halley di akhir zaman ini menunjukkan kepada kita tentang kedatangan Al-Mahdi ini seperti disebutkan hadis.
Info lanjut Komet Halleypada 1986 melintas, Klik Sini!Wallahualam, Allah knows best.
0 comments:
Post a Comment