Artikel By- Warfeel efairyAssalamualaikum. Sebelum saya teruskan dengan artikel dari Harun Yahya, saya akan tulis artikel tentang Kiamat dan Imam Mahdi berdasarkan hadis-hadis Sahih Rasullulah s.a.w. Dan saya akan kaitkan dengan situasi semasa sekarang yang mana telah sekian lama tanda-tanda kecil kiamat terjadi. Dan kita sekarang berada di permulaan kepada pengakhiran yang mana bermaksud peralihan dari tanda-tanda kecil kepada tanda-tanda besar kiamat seperti kemunculan Imam Mahdi. Di sini saya akan rungkaikan tentang tanda-tanda kemunculan Imam Mahdi berdasarkan hadis Rasullulah.
Akhir Zaman. Menurut Islam akhir zaman bermaksud suatu masa menjelang hari kiamat. Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda tentang kiamat secara cukup terperincin di dalam hadis-hadisnya. Selepas kewafatan Rasullulah, ulama-ulama besar telah menjelaskan lebih lanjut tentang permasalahan ini. Akhir zaman ini akan mengalami sederetan peristiwa. Pada tahap pertama akhir zaman, dunia akan mengalami kemerosotan akhlak akibat dari sistem-sistem yang mengingkari Allah. Semua sistem yang diamalkan di seluruh dunia sekarang adalah dari sistem rekaan dajal laknatullah bagi merealisasikan rancangannya, iaitu
New World Order.
Jika kita lihat situasi semasa zaman sekarang. Muda-mudi seakan-akan tidak tahu erti takut akan Allah dan juah terpesong dari ajaran Islam asal. dan perkara ini amat menyedihkan. Arak, seks bebas, dadah, atheis, rempit dan banyak lagi melambangkan keruntuhan moral zaman sekarang akibat sistem rekaan dajal ini.Tidak perlu saya terangkan lebih lanjut tentang perkara ini kerana saya percaya anda semua sudah tahu apa yang dimaksudkan dengan sistem dajal ini. Riba berleluasa juga adalah akibat dari sistem yang rosak ini. Hanya sistem Khilafah sahaja yang sebenar-benarnya dan diberkati Allah.
Setelah dilanda bencana besar, perang, penindasan dan penderitaan manusia akan mencari jawapan di manakah jalan menuju keselamatan. Di saat itulah Allah menugaskan seseorang untuk menyeru manusia untuk keluar dari kekacauan dan menuju ke jalan yang sebenarnya. Dialah
Al-Mahdi.
Al-Mahdi bererti seseorang yang memimpin manusia ke arah kebenaran. Menurut hadis, pada mulanya Al-Mahdi akan mengobarkan perjuangan dunia Islam dan mengembalikan umat Islam yang menjauhi intisari ajaran Islam kepada iman dan akhlak sejati. Al-Mahdi akan memerintah dunia selama 7-9 tahun sebelum kemunculan pendusta besar iaitu dajal. Dan selepas itu akan turunya Nabi Isa a.s dan baginda akan membunuh dajal dan mematahkan salib-salib.
Berikut akan dikupas tentang hadis rasullulah tentang kedatangan Imam Mahdi dan kejadian-kejadian telah lama berlaku. Imam Mahdi menurut hadis akan muncul semasa umurnya awal 40-an.
Tanda Pertama- Berhentinya Sungai Eufrat
Rasullulah s.a.w bersabda:
Hari kiamat tidak akan terjadi sebelum Sungai Eufrat mengering dan menyingkapkan gunung emas dan mendorong manusia berperang. 99 dari 100 orang akan tewas (dalam prtempuran): Dan setiap dari mereka berkata, mungin aku satu-satunya yang akan tetap hidup.
( Sahih Bukhari dan Muslim)
Sungai Eufrat adalah sungai terbesar di Turki. Kejadian ini telah berlaku pada tahun
1975. Binaan empangan setinggi 210 Meter telah secara langsung menyekat dan menghentikan aliran sungai ini. Dan tanda yang disabdakan oleh rasullulah ini telah lama terjadi. Menurut pendapat bersama penafsir hadis, hadis tersebut merujuk kepada berhentinya aliran Sungai Eufrat. Di tahun 1975, pembangunan empangan di Sungai tersebut benar-benar telah memotong dan menghentikan aliran sungai ini. Hasil daripada pembinaan empangan ini tanah-tanah di sekeliling tela menjadi subur dan telah menghasilkan peluang pekerjaan dan mengurangkan penggangguran. Ini adalah maksud emas yang juga boleh diibaratkan sebagai rezeki.
Dan peperangan yang disabdakan oleh rasullulah juga telah berlaku pada 2003 ketika Amerika Syarikat telah berperang dengan Iraq di Sungai Eufrat dan mengakibatkan ramai yang terkorban. Untuk bukti tentang pertempuran di Sungai Eufrat, sila
klik sini.
Untuk maklumat dari wikipedia tentang Sungai Eufrat ini,
klik sini.Anda juga boleh
klik sini! Untuk maklumat lanjut tentang kajian hadis rasullulah tentang Sungai Eufrat ini. Insya Allah siri ini akan bersambung dengan tanda-tanda lain kedatangan kiamat dan Imam Mahdi.
0 comments:
Post a Comment