POLITIK

Friday, September 18, 2009

oleh Ibnuyaacob

pray_at_synagogue

Setelah mendengar keluhan beberapa jawatankuasa Masjid Virginia tentang ruang yang semakin tidak mencukupi untuk bulan Ramadhan, Rabbi Robert Nosanchuk telah mengemukakan cadangan kepada jemaah Masjid Virginia agar menggunakan synagogue (kuil Yahudi) sebagai masjid.

Pertambahan umat Islam di Virginia, Amerika Syarikat dan ruang masjid yang amat terhad telah mendorong Imam Masjid Virginia iaitu Syeikh Mohamed Magid dan ahli jawatankuasanya bersetuju menerima pelawaan Rabbi Robert agar dapat bersolat jemaah di bangunan Northern Virginia Hebrew Congregation.

Rabbi Robert berpendapat Ramadhan adalah bulan yang mulia bagi umat Islam dan di dalam bulan ini jugalah jumlah pengunjung masjid yang datang beribadat meningkat dengan ketara. Ruang yang terhad di masjid asal mungkin sudah tidak selesa untuk beribadat, jadi mereka memberi inisiatif untuk membantu jemaah masjid Virginia di dalam bulan Ramadhan ini.

ibvisit02

(Gambar) Imam Mohamed Magid (kanan) menerima lawatan Syeikh Ibrahim Muhammad al-Batawy dari Mesir untuk kuliah pembentangan kitab Ihya Ulumuddin pada Disember 2005.

Menurut Imam Mohamed Magid lagi, masyarakat sering melihat Yahudi-Islam sentiasa berkonflik khususnya di Amerika Syarikat. Mereka mengharapkan cadangan ini boleh mengubah persepsi tentang konflik tersebut khususnya golongan pemimpin-pemimpin politik yang bersifat rasisme.

Hubungan yang baik di antara masyarakat Yahudi-Islam kemungkinan akan menyukarkan pihak-pihak berfahaman rasis ini mengambil kesempatan untuk menabur jarum-jarum perpecahan.

Tahun 2009 ini adalah tahun pertama Masjid Virginia menyewa sebahagian ruang dari synagogue untuk melakukan solat tarawih. Para jemaah masjid mengumpul wang sendiri untuk membayar sewa ruang sembahyang tersebut yang dikenakan USD300 sehari. Solat terawih di Masjid Virginia itu berlangsung antara pukul 9.00 hingga 10.45 malam.

Kesefahaman antara komuniti Masjid Virginia dan synagogue-synagogue kemungkinan akan diperluaskan lagi apabila kedua-dua komuniti tersebut bersetuju untuk menubuhkan satu yayasan persefahaman yang akan membuat lawatan rasmi ke Timur Tengah tidak lama lagi.

Umar Al-Khattab bersolat di Gereja

Di dalam kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’, tulisan as-Syeikh Muhammad bin al-Afifi al-Banjuri, terbitan Darul Ibnu Hazim, ada dijelaskan tentang kisah Saidina Umat Al-Khattab bersembahyang di gereja di Baitulmaqdis.

“Dan apabila masuknya Saidina Umar ke dalam kota, maka masuklah beliau ke dalam Kanisah (gereja) al-Qiamah, dan beliau duduk di ruang utama gereja tersebut. Setelah tiba waktu solat asar, maka berkata Saidina Umar kepada Patriach Kanisah tersebut, “Saya ingin mengerjakan solat.” Jawab Patriach: “Solat sahajalah di sini”.

Tetapi Umar menolak cadangan Patriach dan solat (di luar) di tangga yang berada di hadapan pintu gereja tersebut secara bersendirian. Selepas beliau menyelesaikan solat asar, beliau (masuk kembali lalu) berkata kepada Patriach al-Quds :

“Sekiranya saya mengerjakan solat tadi di dalam gereja tuan, saya merasa pasti bahawa umat Islam pada zaman akan datang akan menyatakan bahawa Saidina Umar mengerjakan solat di dalam gereja ini, maka kita boleh menukarkan gereja ini kepada masjid untuk melaksanakan solat di dalamnya”.

(Kitab Itmam al-Wafa’ fi sirah al-Khulafa’)

Persoalan persefahaman antara umat Yahudi-Islam juga bukanlah perkara baru. Di Palestin sendiri, sebelum kedatangan imigran Yahudi Eropah dan pengaruh Zionis, Arab Judais dan Arab Muslim hidup aman dan damai serta sering membantu di antara satu sama lain. Dasar Zionis yang mengamalkan pecah dan perintah (divide & conquer) telah mengubah situasi aman tersebut kepada suasana rasisme yang kronik.

Tambahan pula tahun ini, umat Yahudi beragama Judais akan menyambut sambutan Rosh Hashanah (Tahun baru) pada 21 September 2009 (Isnin). Manakala umat Islam pula akan menyambut Hari Raya Puasa pada 20 September 2009 (Ahad).

Tempoh puasa yang tamat sebelum perayaan tahun baru Judais ini sudah pasti satu hikmah besar dari Allah dalam membantu perjuangan umat Islam di Virginia meneruskan ibadah solat tarawih walaupun terpaksa membayar wang untuk melakukan ibadat tersebut.

Wallhu’alam …

virginia_taraweh01a

virginia_taraweh02a

virginia_taraweh03a

virginia_taraweh04a

virginia_taraweh05a

ShareThis



Sebelum ini saya sudah postkan tentang gerakan rahsia dajal ini, rujuk sini. Di sini saya akan sambung tentang Freemason ini. Untuk menjelaskan kepada umat Islam apa itu Freemason sebenarnya. Di harap pembaca boleh menyebarkan kepada umat Islam yang lain tentang gerakan ini yang sejak sekian lama sudah bertapak di negara kita.

Freemason adalah organisasi Yahudi Internasional, sekaligus merupakan gerakan rahasia paling besar dan palling berpengaruh di seluruh dunia. Freemason terdiri dari dua perkataan yang di satukan. Free bermaksud bebas atau merdeka, dan Mason adalah juru bangun atau pembangun.

Tujuan akhir dari gerakan Freemason ini adalah membangun kembali Haikal Sulaiman atau Solomon Temple. Mereka yakin dan percaya, pada tahun 1012 Sebelum Masihi (SM), Nabi Sulaiman membina Haikal di atas Gunung Soraya di wilayah Palestin. Tapi pada tahun 586 SM, Raja Nebukhadnezar dari Babilon menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Dan pada tahun 533 SM, bangunan ini dibina kembali oleh seorang bernama Zulbabil yang telah bebas dari tawanan Babilon. Atas pembebasannya itulah, dia membangunkan kembali Haikal Sulaiman.

Pada tahun ke 70 M, seorang penguasa Roman menakluk Palestin dan membakar serta menghancurkan Haikal Sulaiman ini. Kerosakan terus-menerus dialami setelah penyerbuan Bangsa Hadriyan. Begitu pula semasa kekuasaan Islam, konon Haikal Sulaiman di hancurkan dan sebagai gantinya didirikan Masjidil Aqsa pada abad ke-7.

Mereka (Freemason) bekerja dan membangun, iaitu untuk merebut Haikal Sulaiman dan mendirikan kekuasannya secara nyata, serta mempengaruhi pemerintahan dan kekuasan yang mampu mereka pengaruhi. Dan untuk menyebar kekuasaan itu, salah satu rintangan besar yang dihadapi oleh gerakan ini adalah agama-agama, terutama agama Samawi atau agama-agama Kristian dan Islam.

Sebelum kaum muslimin sedar tentang bahaya gerakan Freemason, penentangan terhadap organisasi ini terlebih dulu dilakukan oleh kalangan pemimpin gereja. Penentangan gereja Katholik ini terjadi kerana Freemason telah menjadi organisasi tempat berkumpulnya kaum anti-agama. Dalam sebuah artikel berjudul The Earlier Period Of Freemasonry di Mimar Sinan, Turki, Freemason disebut sebagai tempat berkumpul para anggota Mason yang mencari kebenaran di luar gereja. Dan ini menjadikan awal abad-18 sebagai tahun-tahun yang penuh penentangan antara gereja Katholik dengan Freemason di Eropah. Sejak berdirinya, Freemason telah menyokong kebebasan beragama, sama seperti yang terjadi kebelakangan ini di berbagai negara, liberalisasi keagamaan.

Freemason ditubuhkan di Inggeris secara rasmi pada tahun 1717. Tapi , sebelum tahun itu pun, Freemason telah wujud. Freemason telah ada sebelum 1717 tetapi secara 'underground' dan pada 1717 ini mereka telah sebarkan gerakan ini secara terang-terangan ke seluruh dunia. Pat Anderson adalah tonggak kepada Freemason telah mendirikan Grand Lodge Of England dengan menggabungkan empat lodge menjadi satu.


Banyak sumber Freemason menjelaskan bahwa sejarah gerakan ini bermula dari Ordo Knight of Templar semasa perang Salib di Jurusalem, Palestin. Pope Urban II, tahun 1095 menyeru Perang Suci atau Crusade dan mengajak kaum Kristian di seluruh Eropah untuk turut berperang merebut Jurusalem kembali dari kekuasaan Muslim. Pope Urban II menimbulkan emosi marah umat Kristian dengan berbohong. Dia berkata umat Kristian di Palestin telah dibunuh dan dibakar di dalam gereja-gereja oleh pasukan Turki Seljuk yang Muslim. Dia juga membakar kemarahan kaum Kristian dengan mengatakan bahawa kaum Islam telah dan sedang menguasai makam Jesus.

Pope Urban II menyeru agar seluruh pertikaian yang terjadi selama ini harus diakhiri, kerana ada musuh yang lebih berbahaya dan harus segera dihancurkan: Islam. Dia juga juga menipu, bahawa siapa ke medan perang akan dibebaskan dari seluruh dosa dan di jamin akan mendapat balasan syurga. Hasilnya, ribuan kaum Kristian berangkat menuju Palestin dengan kemarahan membara. Dan setibanya di sana, berlaku pembunuhan besar-besaran atas penduduk Islam Jurusalem dan Palestin.

Selama dua hari penyerbuan terjadi pembunuhan yang tidak boleh diterima akal dan rasa kemanusiaan. Sebanyak 40 000 penduduk Palestin dibunuh. Beberapa sejarawan menggambarkan, saat itu darah menggenangi tanah Jurusalem. Ada yang menyebut darah menggenang setinggi mata kaki, bahkan ada yang menggambarkan darah menggenang hingga lutut manusia dewasa. Tentera berperang dengan motivasi mendapatkan emas dan permata, dan juga banyak para kesatria Perancis membelah perut korban-korban mereka. Mereka mencari emas atau permata yang kemungkinan di telan penduduk Palestin.

Setelah mereka menguasai tanah Palestin, pasukan Salib mulai mendirikan kelompoknya masing-masing. Mereka tergabung dalam ordo-ordo tertentu. Para anggota ordo ini datang dari seluruh tanah Eropah, yang ditampung di biara-biara tertentu dan berlatih cara-cara militan di dalam biara tersebut. Dan satu daripadanya adalah Ordo Knight of Templar.

Knight of Templar juga dikenali sebagai tentera miskin Pengikut Jesus dan Kuil Sulaiman. Dikenali miskin kerana gambar dari logo yang mereka gunakan, dua tentera yang menunggang seekor kuda. Untuk menunjukkan bahawa mereka miskin, satu kuda harus dinaiki dua orang tentera Knight of Templar. Dikatakan, mereka dipaksa untuk makan tiga kali saja dalam seminggu. Mereka juga dikenali dengan nama Knight Of Temple Solomon kerana misi mereka adalah untuk membangunkan kembali Temple Solomon di tapak Masjid Al-Aqsa. Hugh de Pavens dan God frey de St Omer adalah pengasas gerakan ini. Spekulasi dari kalangan sejarawan mengatakan, bahawa ada darah-darah Yahudi yang mengalir dalam tubuh pengasas Ordo Knight of Templar ini. Mereka juga mengamalkan sihir kuno Yahudi iaitu Kabbalah.

Meskipun mereka menamakan diri sebagai tentera miskin, sesunguhnya mereka tidak miskin sama sekali. Mungkin di masa awal-awal penubuhan mereka sahaja mereka miskin. Dalam waktu yang singkat mereka mampu menjadi sangat kaya raya dengan melakukan kawalan penuh terhadap penziarah Eropah yang datang ke Palestian. Salah satunya adalah dengan cara merekrut anak-anak muda putera para bangsawan Eropah yang tentu saja akan membekalkan dana yang banyak. Mereka juga disebut sebagai perintis sistem perbankan pertama pada abad pertengahan.

Pada masa itu banyak orang-orang Eropah yang ingin berpindah atau setidaknya ziarah ke Palestin. Dan tentu saja perjalanan yang jauh dari Eropah memerlukan bekalan yang tidak sedikit. Dan mereka telah mereka satu cara, para penziarah tidak perlu membawa harta mereka dalam perjalanan. Mereka hanya perlu mewakilkan pada sebuah perwakilan Templar di Eropah, mencatat dan menghitung nilai dan mereka berangkat ke Palestin berbekal catatan nilai harta yang akan ditukarkan dengan nilai wang yang sama di Palestin. Gerakan ini didominasi oleh Ordo Knight of Templar yang membuat mereka sangat kaya raya kerana mendapat keuntungan dari sistem bunga yang mereka kembangkan. Dan sistem inilah yang digunakan sekarang!

Kerana ordo ini sangat berkuasa, mereka mulai menampakkan ciri aslinya, iaitu sebagai penganut Mason. Mereka mengembangkan doktrin dan ajaran mistik, juga kekuatan sihir di biara-biara mereka. Mereka memuja syaitan dan iblis (Lucifer). Apa yang mereka praktikkan ini disebut sebagai Kabbalah, sebuah tradisi mistik Yahudi kuno yang telah berkembang bahkan sejak zaman sebelum Fir’aun.




Mengetahui hal ini, Raja Prancis Philip le Bel, pada tahun 1307 mengeluarkan seruan untuk menangkap dan membubarkan ordo Knight of Templar karena dituduh telah melakukan bid’ah. Dalam perkembangannya, Pope Clement V turut bergabung untuk memerangi kaum Mason ini dengan mengeluarkan kembali vonis inquisisi. Terjadi banyak penangkapan, dan beberapa pimpinan Ordo Knight of Templar yang bergelar Grand Master (pangkat ini masih dipakai sebagai tingkat tertinggi dalam gerakan Freemason sampai sekarang) turut menjadi korban. Dari beberapa penangkapan dan keterangan bahawa anggota-anggota Templar telah melakukan kejahatan seksual terhadap beberapa perempuan bangsawan, menyembah syaitan, memakan daging teman-teman mereka sendiri yang sudah mati. Bahkan salah seorang saksi mengatakan, para Templar memperkosa perawan-perawan hingga hamil dan bayinya dibunuh dengan cara yang sadis untuk kemudian di bakar dan diambil minyaknya, dijadikan minyak suci untuk persembahan para pemimpin mereka!

Pada tahun 1307, Raja Philip IV memerintahkan penangkapan Jacques de Molay. Dan setelah melalui penyeksaan demi penyeksaan, de Molay mengakui segala ritual bid’ah yang dilakukan oleh Ordo Templar. Pada tahun 1312, Ordo Knight of Templar dilarang dan dibubarkan. Dan atas perintah Gereja dan Raja , dua tahun kemudian, iaitu pada tahun 1314, para pimpinan Templar dihukum mati, termasuk Jacques de Molay, salah satu Grand Master terpenting Ordo Templar. Jacques de Molay sendiri divonis sebagai heretic (bid’ah) atau kafir dan dihukum dengan cara dibakar hidup-hidup di depan raja Philip IV. Dan sebelum menghembuskan nafasnya, de Molay mengeluarkan kata-kata bahawa Raja Philip dan Pope Clement harus mengikutinya, mati, dalam masa satu tahun. Dan sejarah mencatat, Raja Philip IV meninggal tujuh bulan kemudian, disusuli Pope Clement sebulan setelah Raja Philip mangkat.


Setelah itu terjadi pemusnahan besar-besaran, sekali lagi atas kaum Yahudi, dan kali ini bermula dengan Knight of Templar atau kaum Mason. Pemusnahan ini tidak hanya terjadi di Palestin, tapi juga terjadi di Eropah. Mereka diburu untuk ditangkap dan dibunuh. Dan akhirnya mereka berjaya melarikan diri dan mendapat perlindungan dari Raja Scotland, Robert The Bruce yang dilantik dan menduduki singgasana Raja pada tahun 1306. Dan di tanah baru ini pula mereka menyusun kekuatan kembali. Dan Scotland menjadi salah satu yang tempat terpenting dalam perkembangan gerakan Freemason. Dan mereka menukar nama dari Knight Of Templar kepada Freemason tetapi misinya utamanya sama iaitu membina kembali Temple Of Solomon untuk menyambut kedatangan Messiah mereka ataupun Dajal laknatullah.



Thursday, September 17, 2009



Sila klik gambar ini untuk dibesarkan

SEAWAL TAHUN 1937 NAMA 'MALAYSIA' TELAH DISEBUT DALAM SEBUAH BUKU BERTAJUK,"MALAYSIA: A STUDY IN DIRECT AND INDIRECT RULE" YANG DIKARANG OLEH RUPERT EMERSON, NEW YORK,MC MILLAN (20 tahun sebelum merdeka dan sebelum Jepun menyerang tanah melayu). TAJUK BUKU INI ADA KAMI JUMPAI SEMASA SURFING.

Kita andaikan begini,kalaulah mereka dahulu (TAR and the gang) nak bincang kemerdekaan dan nama negara, sudah pasti selepas Jepun tewas tahun 1945 dan 12 tahun kemudian Malaya yang merdeka dan nama Malaysia ini hanya wujud pada tahun 1963,kombinasi saudara kita di Sabah dan Sarawak. Bukan kah begitu kefahaman kita selame ini??? Anehnya buku ini terhasil jauh lebih awal dari tarikh-tarikh ini.JADI persoalannya, NAMA NEGARA KITA MALAYSIA INI AGENDA SIAPA SEBENARNYA? US terlibat juge ke?

Tidak salah jika kami katakan bahawa sejarah Malaysia hari ini harus dibongkar sedaya mane yang boleh. Terlalu banyak kepincangan yang kita temui. Kesarjanaan kita bukanlah untuk mendabik dada mengatakan akulah pakar yang tahu semua sejarah bangsa. Yang amat mengetahui hanyalah Allah SWT sahaja. Jangan sampai kita dipersalahkan oleh anak cucu kita dikemudian hari kerana tidak berbuat apa-apa hari ini.

Terima kasih saudara 'dragsuperstar' diatas usaha pencarian saudara dan sumbangan gambar buku ini.

Wednesday, September 16, 2009




Sabda Rasullulah:

Akan ada dua gerhana di bulan Ramadhan sebelum kedatangan Al-Mahdi

(Ibnu Hajar Al-Haytami)

Gerhana bulan dan matahari adalah fenomena biasa yang amat biasa dan sering terjadi sepanjang sejarah dunia. Akan gerhana seperti yang disebut dalam hadis di atas hanya akan terjadi untuk menjadi petunjuk kedatangan Al-Mahdi. Dan peristiwa itu telah terjadi tidak lama dahulu dan selama 2 tahun berturut-turut. Pada 1401 Hijrah atau pada 1981 terjadi gerhana bulan pada 15 Ramadhan dan gerhana matahari pada 29 Ramadhan. Dan setahun selepas itu iaitu pada 1402 Hijrah bersamaan 1982 terjadi gerhana bulan pada 14 Ramadhan dan gerhana matahari pada 28 Ramadhan.

Kejadian seperti ini belum pernah terjadi sebelum ini dan kejadian ini menurut penafsir hadis adalah gerhana yang dimaksudkan oleh junjungan besar kita, Nabi Muhammad s.a.w. Dan kejadian ini adalah kesinambungan daripada petunjuk lain yang telah saya postkan sebelum ini iaitu berhentinya Sungai Eufrat. Anda boleh google untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang gerhana pada 1981 dan 1982 ini. Di sini saya letakkan gambar gerhana tersebut.

1981



1982










Sabda Rasullulah: Sebelum ia datang, sebuah komet yang menerbitkan cahaya akan terbit dari Timur.
(Ibnu Hajar Al-Haytami)

Sabda Rasullulah:
Kemunculan bintang itu akan mengikuti gerhana matahari dan bulan (Al-Muttaqi Al-Hindi)

Pada tahun 1986 Masihi bersamaan 1406 Hijrah, sebuah bintang berekor (Komet Halley) telah melintas sangat dekat dengan bumi dan arahnya bersamaan dengan hadis iaitu dari timur ke barat. Kemunculan bintang ini di saat yang sama dengan petunjuk-petunjuk Al-Mahdi yang lain menunjukkan kepada kita bahawa Komet Halley ini adalah komet yang dimaksudkan dalam hadis. Kemunculan Komet Hallet sebelum ini jelas menunjukkan peristiwa-peristiwa penting dalam sejarah sebelum ini. Menurut hadis, semasa komet ini melintas:

1. Kaum Nabi Nuh dihancurkan
2. Nabi Ibrahim dibakar
3. Firaun dan pengikutnya yang berperang menentang Nabi Musa dihancurkan

Kemunculan Komet Halley di akhir zaman ini menunjukkan kepada kita tentang kedatangan Al-Mahdi ini seperti disebutkan hadis.



Info lanjut Komet Halleypada 1986 melintas, Klik Sini!


Wallahualam, Allah knows best.

Tuesday, September 15, 2009

KALAU diamati perubahan di sekeliling kita, nescaya kita akan terkejut dengan apa yang berlaku sekarang.Dulu anak-anak minum susu ibu, sekarang ramai anak minum susu lembu. Dulu anak perempuan tidak boleh bebas, sekarang jumpa bayi dalam tandas.



Dulu 'jahat-jahat' anak muda, kacau anak dara balik mengaji; sekarang mat rempit dan bohsia menjadi-jadi.

Dulu guru didik anak murid macam anak sendiri, kalau nakal atau main-main kena pukul kena ketuk ketampi, balik rumah kena rotan lagi. Sekarang kalau anak murid kena jentik, guru sekolah akan kena 'titik'.

Dulu guru ramai yang tinggi hemah, sekarang guru ada yang hisap dadah dan moral rendah. Dulu budaya Timur jadi panduan, sekarang budaya Barat habis-habisan jadi tiruan, lelaki bersubang bertatu di badan.

Dulu dalam politik tolak menolak jawatan, sekarang cari tok cak, tok batin, tok sami dari sini sampai sempadan.

Dulu suasana politik negara stabil, sekarang dah nampak kucar-kacir. Dulu pembangkang sikit sangat, sekarang pembangkang riuh dan gamat.

Dulu semua negeri bawah Barisan, sekarang lima negeri di bawah Pakatan. Dulu fitnah tersebar dengan surat layang, sekarang ada blog, Internet, sms dan video pun tak kurang.

Dulu sebelum kahwin merisik, bertunang dan nikah, sekarang belum kahwin duduk sekali dah. Dulu yang buat perangai luar tabii sembunyi-sembunyi. Sekarang apa orang kata, dia orang tak peduli, ada kelab gay lagi.

Dulu mak bapa yang dah tua dijaga, sekarang mak bapa dihantar ke rumah orang tua.

Dulu tak ramai orang kita belajar di luar negeri, sekarang sudah ramai yang balik lupa diri.

Dulu hendak dapat biasiswa, kalau suruh sembah pun sanggup sembah, sekarang dah dapat ijazah penjamin yang susah.

Dulu orang Melayu ada P.H.D (perangai hasad dengki), sekarang pun masih tebal P.H.D.

Dulu Aceh kena langgar tsunami, sekarang kita kena selesema babi.

Dulu doktor gaji rendah, sekarang doktor masih lagi rendah. Dulu kebanyakan kita fasih bahasa Inggeris, sekarang ramai yang tak boleh.

Dulu ada dua tiga saluran tv, sekarang lebih 80 saluran disaji. Dulu pelajar rajin ulang kaji, sekarang tercongok depan tv.

Dulu filem Melayu hitam putih tetapi tinggi kualiti, sekarang nak cari yang berjenis susah sekali.

Dulu drama berbentuk bangsawan, sekarang drama penuh cerita tahyul dan syaitan.

Dulu para artis payah nak cari makan, sekarang ramai lumayan pendapatan.

Dulu orang Melayu ketinggalan ekonomi, sekarang orang Melayu masih ketinggalan di sana sini. Orang dah jauh sampai ke bulan, kita masih lagi "Engkau laksana bulan".

Tiga puluh tahun dulu gaji mula akauntan dua ribu, sekarang pun masih dua ribu. Tiga puluh tahun dulu rumah teres dua tingkat di Taman Tun Dr. Ismail harga RM60,000, sekarang harga dekat RM500,000.

Tiga puluh tahun dulu ekonomi kita lebih kurang sama dengan Taiwan, Korea dan Singapura, sekarang kita bukan lagi Asian Tiger. Dulu paras gaji kita sama mereka, sekarang kita dah ditinggalkan mereka.

Dulu Amanah Saham Nasional orang Melayu yang beli, sekarang orang Melayu tak larat nak beli. Dulu ada Bank Bumiputera sekarang yang ada Kelab Golf Rahman Putra.

Dulu duit kita dua ringgit setengah satu dolar Amerika, sekarang duit kita tiga ringgit setengah satu dolar Amerika.

Dulu orang Malaysia membeli-belah di Singapura, sekarang orang Singapura membeli-belah di sini pula.

Dulu rasuah adalah juga, sekarang ini sudah berleluasa. Sudah 52 tahun kita merdeka, masih ada kemiskinan tegar, Pasar Chow Kit tak bertukar.

Dulu sungai-sungai kita boleh mandi, sekarang semua dah dicemari.

Dulu kita banyak tanam padi, sekarang kita banyak import padi. Dulu terbongkok-bongkok kita tanam padi, sekarang pun masih terbongkok-bongkok tanam padi.

Dulu anak petani mahu kerja di sawah, sekarang buruh Siam yang jadi mewah.

Dulu pekerja asing adalah juga, sekarang dia orang dah melambak-lambak.

Dulu anak-anak muda rajin mengaji, sekarang anak-anak muda ramai yang ambil ekstasi.

Dulu di universiti ramai pelajar lelaki, sekarang entah ke mana pergi. Dulu pelajar asing datang nak belajar, sekarang dah banyak aktiviti luar.

Dulu dapat pink form jadi kaya sekelip mata, sekarang banyak kemudahan dah tak ada. Dulu pengerusi sini pengerusi sana, nama ada saham orang lain punya, sekarang pengerusi tak ada, saham pun tak ada.

Dulu tak ada duit ceti jadi payung, sekarang tak ada duit pergi jumpa ah long.

Dulu eksport jadi sandaran, sekarang yang penting ilmu pengetahuan. Dulu hasil keluaran bernilai rendah, sekarang kenalah tingkatkan nilai tambah.

Dulu orang Melayu tak pandai berniaga, sekarang banyak pula skim cepat kaya.

Dulu orang guna mesin taip lagi, sekarang orang dah guna PC. Dulu telefon bimbit berat nak angkat, sekarang seorang ada tiga dan empat.

Dulu jalan mana-mana pun selamat, sekarang silap haribulan beg tangan kena rembat. Dulu halal haram orang tak kisah sangat, sekarang sijil palsu 'Halal' pun orang buat.

Dulu Islam lalui zaman gemilang, para ilmuwan begitu terbilang. Sekarang umat Islam dah tinggal belakang, meletupkan diri untuk berjuang.

Dulu kita disuruh "Bekerja dengan Saya", sekarang konsep 1Malaysia. Dulu ramai pejuang bangsa, sekarang di mana mereka berada?

DATO' SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia

Monday, September 14, 2009


Kenapa Proton tak jual harga macam dekat Arab Saudi..?

Apa istimewanya orang Arab?

Kata "Rakyat didahulukan" … Kenapa orang Arab lebih diutamakan? Pemilik Proton di Malaysia semuanya dah kena tipu... Hahaha...

Harga Persona kat Saudi = SR 36,100

Harga Gen2 kat Saudi = SR 33,600

Harga Waja kat Saudi = SR 37,950

1 Saudi Riyal = RM 0.94
Maknanya harga Persona kat Saudi = RM 33,934 aje

Maknanya harga Proton Gen2 kat Saudi = RM 32,256 aje

Maknanya harga Waja kat Saudi = RM 35,673 aje…

Tu dah siap masuk tambang kapal pulak tu…

Haaaa… Ini baru harga Proton… Kalau aku tunjuk harga kereta bukan Proton, ada yang sakit jantung nanti…

"1Malaysia - Rakyat DiHULUkan, KeUNTUNGan DiuTAMAKkan..!"

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online