POLITIK
-
Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada RM14.18 Juta Berbanding RM8 Juta Tahun Lepas - *LIPIS:* Kerajaan Pahang meningkatkan Bantuan Prihatin Pahang (BPP) Siswa kepada RM14.18 juta pada tahun ini berbanding RM8 juta tahun lepas bagi meringa...1 day ago
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan - *CATATAN PERISTIWA* *Rossem menyampaikancenderamata untuk Husam.* DESA Gemalai baruh padi alami di Lubuk Jambu Kedai Mulong, Kota Bharu pada malam Sabtu...4 weeks ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...5 weeks ago
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...8 months ago
-
Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia - Mahadi bin Badrul Zaman atau lebih dikenali sebagai Mahadibz telah dimasukkan dalam Investor Alert List oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.8 months ago
-
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan - Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik yang and...1 year ago
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...1 year ago
-
SUKA MUHONG - *PASANG CCTV MURAH * *IKLAN TEKS RM10 SEBULAN DI SINI* *IKLAN TEKS RM10 SEBULAN DI SINI* *IKLAN TEKS MURAH DI SINI* *Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan...1 year ago
-
Hadith mana yang suruh solat hajat untuk PERASUAH? - *Solat* Sunat *Hajat* merupakan *solat* sunat yang didirikan untuk memohon *hajat* atau ketika berada dalam kesulitan. Pada kebiasaannya dilakukan secar...1 year ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS2 years ago
-
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016. - Kenyataan Media | 𝗦𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹 𝗟𝗖𝗦 - 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 Ramai yang terpengaruh dengan naratif mantan P...2 years ago
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara - Tajuk: Penulis Lirik Layak Jadi Sasterawan Negara Oleh Ronasina Berakhirnya Anugerah Juara Lagu 36 anjuran TV3 kelmarin menunjukkan betapa industri la...2 years ago
-
Luka Rakyat - Rakyat itu selalu diam, tapi ia pencatat dan tidak pernah lupa, rakyat itu seperti naga, melingkar dengan berat badan dan diam dalam keheningan sendiri, t...3 years ago
-
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...4 years ago
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT - Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza d...6 years ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...6 years ago
-
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN - *SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM 11/5/2018 (J...6 years ago
-
Gendang dah berbunyi - SPR telahpun mengumumkan tarikh untuk diadakan pilihanraya umum kali ke-14 iaitu pada 9 Mei nanti. Gegak gempita alam maya apabila tarikh yang diumum SP...6 years ago
-
PAGO PON KALER IJO - Nak dijadikan ceghiter, teman dimintak tuko ke sebuah sekolah dekat dengan Kualer Kansor. Kualer Kansor ni demer yang idak tawu aderler "Bando Dighajer". P...6 years ago
-
Akhavan Supermarche Flyer - Akhavan Flyer - Akhavan Supermarche is located in Quebec with 2 locations – one in Montreal and one in Pierrefonds. With more than 10000 square feet filled...7 years ago
-
Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatin - *SEMINAR* Pengurusan dan Pentadbiran JSU-JIT Negeri Kelantan itu memberikan kefahaman ICT terkini dan bidang tugas kepada Penyelaras IT Dun.8 years ago
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota - *Zakat Fitrah dan kemiskinan kota* Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada seorang wanita Melayu rakyat Malaysia, b...8 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...9 years ago
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa... - *Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian Allah...Subhanallah* *kisah di sini dan sini....*10 years ago
-
Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga - Kalau dikaji dan diselidik secara ‘pragmatic’ BN tidak mungkin dapat bertahan dalam pilihanraya kali ini. Selalu saya berkata setiap perubahan itu mesti be...11 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...12 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Friday, September 11, 2009
RUPANYA semua orang Melayu yang berpati politik mahukan kepada Islam. Agama Islam tidak boleh dipisahkan dari politik. Ia sebagai modal dan aset paling ampuh buat parti politik. Kalau tidak ada perkataan Islam dalam parti politik, parti politik itu macamlah makanan yang tidak dimasukkan ajinomo. Parti itu tidak menarik dan berperisa. Sebab, Islam adalah agama utama dan asas orang Melayu negara ini. Sentimen agama cukup tinggi dan hebat sekali dalam politik.
Cubalah, sesiapa yang mengenepikan agama atau tidak menghiaskan diri mereka dengan agama, akan ditolak. Sebab itu orang mempersendakan agama dikecam oleh orang yang menjadi pengamal agama yang tegar pun! Seab itu bila Nik Aziz Nik Mat mengatakan sosial adalah anak komunis maka Syed Husin Ali enggan bertanding di Kota Bharu kerana dia tahu dia akan ditolak atas sentimen agama.
Kecuali Melayu yang dibasuh kepalanya dengan kebendaan dan agama hanya menjadi sebahagian ritual kehidupan mereka tidak merasakan agama itu penting. Bagi mereka agama itu hanya bahan sampingan yang tidak memberi bekas sedikit pun.
Kerana itu sama ada tokoh politik itu berkelayakan, berautoriti atau tidak mereka akan cuba juga bercakap fasal agama dalam parti mereka. Setidak-tidaknya kalau tidak boleh membaca ayat-ayat Quran atau hadith dalam bahasa Arab akan cuba diangkatkan terjemah dan filsafatnya dalam bahasa Melayu. Semua itu untuk menunjukkan dia adalah pengasih kepada agamanya.
Semalam Najib Razak cuba mempertahankan parti yang dipuasaki dari ayahnya sebagai parti Islam. Semasa berbuka puasa dengan peneroka Felda di Kedah, katanya Umno adalah perjuang Islam sebenar walaupun ia tidak menggunakan lebel-lebel Islam. Kenapa tidak mahu guna?
Alasannya mudah sekali, ini kerana Umno memperjuangkan untuk memajukan rakyat menerusi pelagai projek pembangunan seperti Felda adalah perjuangan Islam. “Apakah yang Umno buat kini bukan selari dengan Islam?” tanya beliau.
Najib berkata begitu bersadarkan kepada satu hadith yang bermaksud, kemiskinan itu akan membawa kepada kekufuran. Hadith ini adalah butiran ratib tokoh-tokoh Umno sejak dulu, kini dan selamanya. Dalam mempertahankan dasar sekular Umno hadith inilah yang menjadi sanadnya sepanjang zaman.
Jadi selama ini Umno membuat projek untuk memberi kesenangan dan kekayaan kepada orang Melayu bagi menghindarkan mereka dari kekufuran. Kufur boleh menyebabkan mereka akan terjerumus ke dalam neraka. Bukan saja kerana menyertai Umno akan kufur tetapi miskin melampau juga kufur! Orang miskin yang tipis iman akan mudah memikirkan hal-hal negatif mengenai keadilan Tuhan kepadanya yang memungkinkan ia tersalah anggap terhadap takdir Tuhan itu.
Bagaimana pun tidak semua yang miskin itu kufur. Bahkan ada yang miskin mempunyai daya keimanan yang tebal dan zuhud mereka kepada Allah lebih daripada yang kaya. Jika mereka redha dan sedar dengan kemiskinan mereka, mereka masih berada atas keimanan yang sebenarnya dan jambatan ke syurga akan terbentang juga buat mereka. Untuk ke syurga tidak ada karcis kebendaan.
Argumen Najib itu sangat mudah dan ringas sekali. Benar Islam itu mudah ringkas dan tidak Islam itu tidak ada paksaan. Tetapi dalam hal-hal tertentu ia juga sulit dan memerlukan pengamatan dan pengorbanan (ujian) yang tinggi. Islam itu mencakupi alam nyata dan alam ghaib. Nama lagi akidah maka ia begitu seni dan halus. Islam mempunyai dua dimenasi, zahir dan batih.
Kenyataan Najib itu dilihat sambungan terhadap apa yang beliau ucapkan di Kuala Krai yang memberi ingatan kepda Pas supaya jangan melihat Umno sebagai menganut Islam luaran sahaja. Najib kecewa dengan kata-kata Nik Aziz yang berbunyi; sesiapa yang memisahkan iman akan tidak masuk ke syurga. Bagi Najib kata-kata Nik Aziz itu ditumpukan kepada Umno dan ia sangat mencela parti itu.
Mengambil kira hal ini Najib begitu takut kalau dia dan ahli Umno tidak akan masuk ke syurga. Maka beliau kena jawab kenyataan Nik Aziz itu dengan mengatakan atau menghujahkan Umno memperjuangkan Islam sebenarnya. Yang lebih penting jawaban itu bagi tidak menakukan ahli Umno dengan neraka tafsrian Nik Aziz itu. Ingatan kepada Najib dan sesiapa saja untuk memasuki ke syurga Allah bukan berdasarkan kata-kata tetapi harus berbuat – amal.
Kenyataan terbaru Nik Aziz pula sebagai membalas kenyataan Najib, katanya mana-mana perjuangan yang mengambil dasar kebangsaan ia umpama setinggan di bawah langit. Tahap dan taraf setinggan ini katanya kena dirobohkan. Memahami kata-kata Nik Aziz itu perjuangan Umno samalah dengan setinggan yang tidak perlu disokong.
Pada kaca mata Nik Aziz tidak ada jurus yang elok dan baik pada Umno, semuanya buruk dan huduh. Apakah Umno akan melayan gelaran baru Nik Aziz kepada Umno ini? Umno tidak akan menang dalam berpolemik dengan Nik Aziz. Dalam minda orang Melayu terkini kupiah tetap mengatasi songkok!
Memang benar dan tepat apa yang diperkatakan oleh Nik Aziz. Perjuangan yang selain berdasarkan Islam adalah batil. Perjuangan berdasarkan bangsa, kaum, negeri, tokoh, sentimen, semangat adalah bathil, kerana dasar yang betul ialah perjuangan berlandaskan kepada agama (Islam). Sebab itu Tuhan menyebut Islam itu diturunkan untuk membawa keselamatan (rahmatanlilalamin) kepada semua termasuk haiwan, tubmbuh-umbuhan dan bukit bakau.
Tidak ada ayat-ayat mengatakan Umno diturunkan untuk keselamatan, atau Pas diturunkan untuk kemajuan, atau PKR untuk kedamaian. Atau DAP untuk kebebasan sosial, atau MCA dan MIC untuk kaum kemerdekaan kaum mereka. Tidak ada! Tidak ada!
Kenapa Nik Aziz menganggap Pas sebagai Islam sejati kerana Pas berlandaskan kepada Quran dan Hadith. Itulah yang dilaung-laungkan oleh para ulama dan ustaz dalam Pas sejak dulu lagi. Pas berbangga dengan dasar parti mereka. Manakala Umno pula meletakkan bangsa sebagai dasar dan malamat perjuangannya. Umno mahu memperjuangkan bangsa di mana dalam pendangan Pas dasar berkenaan sebagai batil.
Dalam pada itu Umno mempertahankan mereka juga memperjuangkan Islam dengan perjuangan bangsa itu kerana bangsa Melayu itu automatik menganut Islam. Dalam erti kata lain Umno membungkus Islam itu dalam bangsa Melayu. Ini tidak ‘dikelih’ oleh Pas dan Nik Aziz atau beliau sengaja menutup mukanya dengan serbah dalam menyilau helah ini. Nik Aziz mahu melihat perkataan agama itu didepan bangsa itu, ataupun biarlah nama Islam sahaja tanpa ada gandingan lain.
Di sini saya tidak mahu mencari jawaban hujah siapa yang betul dan benar. Saya menerimanya kedua-duanya sebagai betul. Baik Umo dan Pas sama-sama betul dalam pegangan itu. Tetapi apa yang hendak saya persoalkan di sini, sejauh manakah keulatan dasar itu dalam perjuangan. Apakah disini kita mementingkan dasar daripada apa yang terhasil dari tindak tanduk dan implimentasi kita?
Apakah sesuatu perjuangan itu cukup dengan membentangkan dasar-dasarnya saja. Ia sudah cukup walaupun pelaksanaan kepada dasar itu masih tertangguh atau tidak terbuat. Dalam kata mudah, sahkan amal ibadat itu kalau hanya dikerjakan setakat dengan niat sahaja?
Pas mengariskan dasar Islam yang bersinar banar dalam perlembagaan. Tetapi dalam masa sama masih ada sikap, perbuatan pengamal atau pejuang dasarnya bertentangan dengan dasar Quran dan Hadit sendiri. Apakah ini tidak salah? Ada juga konsepsi dalam Pas, Pas hanya perlu nampak indah atau Islam itu cukup menjadi amalan pemimpinnya saja tetapi tidak kepada ahlinya sama. Sebab itu kehebatan dan kewarukan Nik Aziz diuar-uarkan dan dibanggakan oleh Pas. Sebagai umat Islam ahli Pas kena ingat bahwa Nik Aziz tidak mempunyai safaat untuk merekminkan mereka memasuki syurga. Syurga itu adalah hak individu yang diperjuangkan bersama. Perjuangan Pas tidak syumul kalau yang Islaminya hanya Nik Aziz saja.
Dan bagaimana kalau pihak Umno atau pihak-pihak lain yang tidak meletakkan dasar berkenaan tetapi mereka bertindak sealiran dengan matlamat Islam itu? Apakah kerana Umno tidak meletakkan dasar Islam kandatipun ada ahlinya mematuhi perintah Allah maka ia terbatal sebagai ahli syurga?
Asas atau pokok Islam ialah mentauhidkan Allah s.w.t. dengan kalimah syahdat. Sesiapa yang mentauhidkan Allah maka seseorang itu automatik menjadi pemeluk Islam dan berpeluang untuk mendiami syurga. Tetapi selepas dia mentahudikan Allah dia harus melaksanakn ajaran ajaran yang dituntut dan diwajibkan. Belajar ini adalah wajib. Orang bodoh tidak akan dapat masuk syurga! Apakah selama ini Pas dan Umno hanya mengharapkan imbuhan Allah dengan kalimah syahdat sahaja tanpa berbuat dan berusaha melaksanakan segala perintah Allah?
Mengikut dasar dan prinsip perjuangan, Pas memang berada dalam kawasan lebih kondusif, mewah dan istimewa dari Umno yang dihumban ke pantak setinggan oleh Nik Aziz. Tetapi Pas kena ingat kalau mereka ditempatkan di kawasan mewah dan istemewa seperti taman, kondominium, banglo dan sebagainya tetapi kalau penghuninya tidak sedia mematuhi rukun-rukun hidup berkomuniti ia tidak memberi makna. Taraf mereka juga sama rendah dengan setinggan.
Sebaliknya kalau masyarakat setinggan dapat hidup harmoni, biarlah tidak ada fasalitis berkelas mewah namun mereka mungkin lebih bahagia dari pengundi di tempat mewah. Di sini lokasi tidak menjadi perhitungan yang penting sejauh mana komuniti itu dapat hidup aman dan rukun dalam kawasannya. Menjadi setinggan tidak hina kalau mereka dapat hidup aman dan damai. Manakala menjadi penghuni di lokasi mewah lebih bererti lagi kalau semangat kejiranan dan hidup rukun damai terlaksana!
http://msomelayu.blogspot.com
0 comments:
Post a Comment