POLITIK

Tuesday, January 12, 2010

proton









alahai PROTON - part 1
Dilema Proton

Dipetik dari luahan engineer Proton…

Assalamualaikum,

Yang ni saya kena jawab la sebab banyak sangat misinformation.

Biasanya information yang berpindah dari satu mulut ke satu mulut

yang lain akan berubah menjadi sensasi. Itu lah masyarakat kita. Kita

bukan mendapat firsthand info tapi berdasarkan cerita yang telah

ditokok tambah. Ini dia cerita dari orang dalam yang duduk ditengah-

tengah R&D PROTON.

“Saya ada kenalan dari kastam boleh confirmkan perkara ni.. member

saya kerja kastam kat kelang dan beliau sendiri yang maklumkan yg

salah satu tugas dia adalah buat checking penerimaan barangan proton

untuk di pasangkan di negara ni. Satu kontena enjin je.. manakala

kontena lain adalah pintu, body dan sebagainya. sama lah dengan

kereta lain juga.”

Kalau kita lalu kat kawasan glenmarie tu, akan ternampak lah satu

tanda… Kilang Enjin Proton. Tanda tu tak duduk kat situ untuk suka

suka je. Kalau kita jengok kat dalam…. Boleh nampak besi cair yang

dituang kedalam acuan untuk membuat enjin block. Memang proton ada

mengimpot enjin tapi dari kelas 1.2 dan 2 liter. 1.2liter untuk Savvy

(enjin Renault) dan
2.0liter untuk Perdana. Tapi untuk enjin 1.3, 1.5, 1.6 proton buat

sendiri. Untuk pintu pulak… hanya kereta-kereta Perdana sahaja yang

proton beli pintu dari Mitsubishi. For your information, Untuk

membuat pintu sahaja memerlukan dekat 20 acuan. Bayangkan lah 4

pintu. Modal itu shaja sudah hampir RM50 juta. So untuk kereta yang

volume kecil, kita beli dari luar.
Untuk kereta Isawara, Wira, Waja, Gen2, Savvy… 100% body dibuat di

Malaysia .

“Bayangkan dah 20 tahun menanti kereta Malaysia yang sebenarnya tak
keluar-keluar lagi. Bagi yang berkemampuan sudah tentu tak mahu
menggunakan injin kenderaan berteknologi 70an, 80an dan 90an yang
diubahsuai. Sudah tentu ramai nak teknologi terkini dan sebenarnya

milik kita. Secara umumnya proton masih belum ada enjin sendiri

lagi.. jadi adalah sukar hendak dikatakan kalau ianya adalah kereta

Malaysia
yang sebenarnya. Pengeluaran kenderaan adalah berdasarkan injinnya

barulah boleh dikatakan ianya kenderaan negara sebenarnya.”

Disini lagi ada misinformation. Memang untuk kereta Perdana kita

impot enjin dari Jepun. Untuk Savvy kita gunakan enjin Renault. Untuk

Isawara, Wira dan Waja kita buat enjin di Malaysia walaupun design

original
dia dari Mitsubishi. Tapi enjin Gen-2 adalah enjin terkini yang

direka oleh jurutera Proton dan dibina di Malaysia. Enjin tersebut

menggunakan teknologi terkini. Jadi kenyataan diatas agak menyesatkan

sedikit. Naza, Perodua…. Masih lagi membawa enjin dari luar. Modal

untuk mereka dan mengeluarkan enjin ni amat besar. Nak dapat return

pun bukan nya sekejap. Tapi demi maruah dan kemajuan, kita korbankan

keuntungan jangka pendek. Selagi kita tidak mengeluarkan enjin

sendiri.. selagi itu kita tidak tahu. Sekarang kita telah pun

mengeluarkan enjin sendiri… orang masih tidak percaya. Itu lah

masalah orang kita… memandang rendah kebolehan anak negara sendiri.

“Selama ini proton bergantung kepada Mitsubishi sebagai rakan

teknikal. Oleh kerana kontrak selama 20 tahun telah tamat. Maka

proton terpaksalah mencari rakan teknikal yang baru dan bermulalah

masalah melanda proton. Sudah tentu rakan teknikal baru tidak mahu

meneruskan rekaan dan teknologi mitshubishi lagi. So apa kan jadi

pada kereta proton yang ada
sekarang ni untuk masa akan datang.”

Tidak wujud kontrak 20 tahun dengan Mitsubishi. Mereka adalah rakan

kongsi. Bertahun tahun kita berkerjasama dengan Mitsubishi tetapi

teknikal apa yang mereka turunkan. Kalau kita pernah berkerja dengan

orang Jepun atau Korea , mereka inilah yang paling kemut ilmu. Tapi

bab nak korek ilmu kita, dia orang rajin habis.Korang jangan terkejut

bila saya cakap yang idea
kita pun banyak yang Jepun curi. So bila kita mula menuntut teknologi

baru dari mereka… mula lah nak caj dan nak ikat royalti yang tak

munasabah. Nak mintak copy teknikal drawing zaman dulu sekeping pun

dia orang caj beribu ribu. Mulalah kita pandang teknologi dari barat

dan teknologi sendiri. Sebab itu kita beli Lotus.. Kita ignore Jepun.

Bila kita design sesuatu yang lebih baik… laju je dia orang hantar

balik information ke Mitsubishi. Last-last kita pun mula bersikap

secrecy dengan dia orang… lama lama
diaorang fed up dan mintak keluar. Lagi pun dia orang dah nampak afta

nanti dia orang akan masuk balik ke Malaysia.

Perodua… kenapa daihatsu/toyota memberi enjin latest dia orang….

Sebab Perodua tu 100% milik Toyota/Daihatsu. Dah lama UMW menjual

saham dia orang kepada Jepun. Proton…. Milik Malaysia .

“Mungkin ada yang tahu dan ada yang tak tahu yang proton yang

digunakan pakai sekarang adalah barangan Mitshubishi. Samalah seperti

kereta lain.. tukar lambang je..”

Inilah susah orang kita ni…. Banyak mendengar cerita sensasi yang
banyak ditaruk banyak rempah ratusnya….. Memang pada mulanya kita
belajar… selepas itu kita buat sendiri.Saya adalah seorang yang

terlibat dengan kerja kerja tersebut.

Saga - base dia Lancer lama. Kita Cuma tukar depan dan belakang
sikit.

Iswara - base Saga, kita mula belajar untuk design kereta sendiri.

Masa ni Mitsubishi dah tak berapa setuju bila kita menubuhkan R&D. So

kita menggunakan khidmat penasihat dari UK .

Wira - Disini berpuluh puluh designer dan engineer Proton dihantar ke

Jepun untuk kerjasama design kereta baru. Proton dan Mitsubishi

kongsi modal. Hampir 2 tahun kami disana. Bahagian tengah dikongsi

bersama.
Depan dan Belakang, design asing-asing. Lampu depan dan belakang

share sebab nak kurang kan cost. Hasilnya Proton Wira-Mitsubishi

Lancer.

Orang akan kata hah kongsi je sebab tak tahu buat kerja…. Tapi ada

orang kata apa apa bila Ford dan Mazda berkongsi bahagian tengah?

Ford Laser dan Mazda 323 adalah kereta yang sama. Ada orang komplen?

Bila
orang Malaysia yang buat begitu… orang Malaysia sendiri yang nak

mengutuk. Tak ramai yang tahu seksa bekerja kat Jepun sebab dia orang

suka curi idea. Bayang kanlah semasa kami design dashboard untuk
Wira… masa tu Mitsubishi sudah pun siap soft tooling mould untuk

dashboard kereta dia… Bila mereka tengok dashboard Proton, Mereka

sanggup letak designer dia depan design kita untuk mengubahsuai

kembali rupa bentuk dashboard mereka. Kalau kita pernah tengok

dashboard mitsubishi lancer… hampir samakan. Itu mereka yang meniru

bukan kita. Ianya menunjukkan kita bukan tak pandai… Cuma masyarakat

sendiri berfikiran macam itu.



alahai PROTON - part 2
Perdana - untuk membuat satu satu design bukannya murah. Nak balik

modal pun lama. Jumlah kereta yang dijual pun kena banyak.

So, kalau nak buat Perdana…. Sampai habis pun tak balik modal. So

yang ni memang
kita ambil kereta dari mitsubishi dan pasang di Malaysia. Cuma kita

tukar depan dan belakang, dan bahagian dalaman.

Tiara - Tiara adalah bukan product Proton. Ia adalah keluaran DRB.

Tapi kita kena tunduk dengan arahan dari atas untuk mereka

menggunakan lambang Proton.

Waja - Waja adalah permulaan kita untuk menunjukkan kita mampu

melakukan kerja sendiri. 100% didesign orang orang kita. Tapi untuk

kejuruteraan kita memerlukan consultant dari luar.. mainly dari

Eropah
dan Amerika. Bukan sebab tak pandai tapi kita tak cukup kakitangan.

Nak design kereta bukan seperti menjahit baju. Kebaikan dari

mengambil consultant dari luar memang membuka mata kita… kita adalah

setaraf
dengan kebolehan mereka. Nak design kereta ni memerlukan beratus

ratus kakitangan. Bukannya sedikit.

Gen2 - 100% didesign oleh orang kita. Consultant dari luar hanya

sedikit sebab kakitangan kita semakin ramai. Kita mula menggunakan

enjin yang didesign sendiri.

Savvy - 100% dedesign sendiri. Cuma enjin sahaja kita menggunakan

Renault sebab kita tidak ada enjin bersaiz kecil. Well…. Kehebatan

enjin Renault sudah terbukti bila mereka memenangi F1. Disin banyak

berita palsu disebarkan oleh mereka yang tidak bertanggung

jawab.Contohnya… Savvy adalah Tiara dan menggunakan chasis Tiara

lama. Savvy tidak ada kena mengena dengan Tiara. Savvy adalah baru,

100%. Tidak ramai yang tahu bahawa Savvy menggunakan HTHS steel (High

Tensile High Strength Steel). Sebab tu body Savvy kuat. Memang ada

terpampang kereta Savvy kemek kerana accident. Well… kereta mercedes,

volvo, BMW pun kemek bila accident. Tapi tak ramai yang tengok

keadaan dalaman Savvy yang
accident tu… In fact. Kukuh. Saudara saudari… Bila kita design kereta

ni.. yang paling penting adalah keselamatan penumpang. Memang kereta

didesign untuk crumple bila ada impact. Itu untuk menyerap daya
hentakan supaya bukan manusia yang menerima hentakan kuat. Rating TUV

Germany memberikan 3 star untuk Proton. BMW 5 series pun dapat 3

star. Ramai yang kata Savvy ni tak sedap bila memandu. Tapi tanyalah

yang
bercakap tu… adakah mereka pernah memandu Savvy. Kebanyakan nya

tidak. Hanya mendengar dari orang lain.

Lain lain - Ada banyak lagi yang saya tak boleh cerita sebab ada

secrecy act. Proton pun ada design kereta untuk company lain dan ada

membuat part untuk company lain. Proton ada juga buat reverse

engineering untuk
motosikal lumba (tahun tu dia champion) tapi kita tidak boleh

menceritakan sebab dasar secrecy kita. Mungkin sesetengah orang yang

memakai certain kereta mewah tidak tahu yang part kereta mereka

dibuat di proton. Kalau Proton tak elok… masakan mereka

mengkontrakkan proton untuk membuat kereta mereka.

“Berbalik kepada masalah yang sedang dihadapi oleh proton. Kenapa

ianya harus berlaku perkara sebegini. Apakah yang sebenarnya telah

berlaku dan dibuat oleh proton dalam masa 20 tahun untuk membina

kenderaan nasional sendiri. Memang ada R&D proton cuba mendapatkan

struktur dan bahan-bahan untuk membuat injin tapi gagal mendapatkan

resepinya.”

Proton memang dah ada enjin sendiri. Yang terpasang dekat Gen-2 tu

apa dia. Bab-bab bahan untuk membuat enjin tu senang je. Kebanyakan

pengeluar kereta menggunakan besi yang sama sebab pengeluar besi
dalam dunia ni bukan banyak. Kita Cuma bagi specifikasi je. Nak

design enjin tu yang susah. Transmition yang paling susah. Untuk info

lah… kami
masih lagi dalam proses untuk mereka cipta transmition sendiri. Bukan

macam nak buat karipap tau.

“Penubuhan proton sejak 20 tahun yang lampau tidak mencapai objektif

yang sebenarnya. Dimana silapnya? Berapa ramaikah yang tahu bilakah

ilham proton ini sebenarnya timbul dan berapa lamakah usaha dilakukan
bagi membolehkan impian ini tercapai.”

Mungkin ramai yang mengganggap hanya seorang perdana menteri sahaja

terlibat. Cuma pada zaman Tun M baru persetujuan dapat dicapai

setelah Mitshubishi bersetuju menjadi rakan teknikal dengan

bersyarat. (syarat ni tak bolehlah diberi tahu.. sebab ianya adalah

OSA)

Penubuhan Proton lebih mencapai objectif nya. Pada mulanya Proton

hanya di rancang untuk membuat kereta bukan untuk merekacipta kereta.

Kita menubuh R&D, Mitsubishi tidak setuju. Ye la… siapa nak bagi kita

pandai kan . Cuba check dekat Perodua, berapa ramai jurutera dari

Proton bekerja dekat sana, Head of R&D Perodua…bekas Proton, Head of

Styling…bekas
Proton, Head of Planning…bekas Proton, Head of Production…bekas

Proton (rasa-rasanya dah kena kebas dekat Naza), Head of Engineering

Services…bekas
Proton. Ratarata mereka yang senior dekat sana dari proton. We

trained them… orang lain ambil cara senang je.

Naza pulak.. Head of R&D….bekas Proton. Head of Production…bekas
Proton. Honda pun ramai bekas Proton, DRB Pekan… Head dia pun bekas
proton, Inokom… head dia pun bekas proton. Itu kira head je…bukan

lagi kira engineer dan designer. So it meets its objective untuk

memajukan orang-orang kita. Mainly orang Melayu. Naza sendiri tidak

menyangkal
kereta Naza mainly didevelop oleh bekas kakitangan Proton. So… orang

Proton tak bagus?

Kita belum lagi kira bekas pekerja proton yang diambil oleh

consultant luar negara… dari America, Eropah sampai ke Jepun.Tau tak

kita kakitangan Proton telah memenangi pertandingan mereka design

kereta anjuran Ford. Beliau mendapat tempat pertama. Bukan bertanding

diperingkat Malaysia . Tapi di peringkat antarabangsa. Memang beliau

mendapat tawaran kerja dari syarikat kereta gergasi Amerika dan

Eropah. Tapi kami tabik bila dia decide nak stay dekat Malaysia sebab

taknak anak-anak membesar dinegara lain. Ada orang tau…?



alahai PROTON - part 3
“Selama 20 tahun proton pergantung kepada pemerintah yang sepatutnya

telah boleh berdiri dengan sendirinya sekarang ini selepas perjanjian

tamat. Ibarat kata.. berapa lama perlu bergantung.. tak kan dah 20

tahun
nak merangkak lagi.. nak tambah masa untuk merangkak lagi.. so bila

lak nak belajar berdiri dan berjalan sendiri tanpa dipimpin

lagi..sebab tu exPM kata.. kalau dah tak boleh tutup aja…”

Proton boleh menjadi lebih baik kalau tidak ada tanggung jawab kepada

negara. Senang aja… buang sahaja pengeluar-pengeluar yang bermasalah.

Tapi apa akan jadi dengan ekonomi. Itu tanggungjawab Proton untuk

negara. Bayangkanlah penjanaan ekonomi proton untuk negara… berapa

banyak kaki tangan Proton… 8000. Berapa banyak kakitangan syarikat

yang secara lansung untuk membuat part Proton…100,000 orang. Berapa

banyak bank dapat untung, berapa banyak syarikat bumiputra yang naik?

Bayangkanlah kami boleh membantu sedangkan polisi kerajaan tidak

membantu.
Cuba ingat sebelum timbulnya proton. Berapa banyak wakil jualan

bumiputra untuk kereta toyota , nissan, honda? 0… Kosong.

Mengenai masalah AP pulak perkara tu bukan perkara baru. Mungkin ada

yang tak tahu yang proton juga mendapat AP. Kalau tak.. sure harga

kereta proton tak serendah sekarang ini. Tak percaya boleh check duti

import yang dibayar untuk sebuah kereta proton. Nak check duti import

tak susah sgt.. cuma bandingkan harga kereta proton di kawasan bebas

cukai.

Kita memang tak payah bayar duti impot sebab kita buat kereta kat

dalam Malaysia . Tapi tetap kena cukai. Kita tak ada AP. Yang Proton

kecewa kenapa terlampau banyak AP dikeluarkan. Lepas tu sebijik-

sebijik kerajaan kena
tipu. Bayangkan lah kalau kereta KIA yang dibawa masuk ke Malaysia …

harga yang di declare adalah RM8000. Tak masuk akalkan bila kastam

approve benda ni. Paling murah kereta yang pernah dibuat adalah dalam

dunia ni adalah lebih kurang RM18,000. Itu baru bahan bahan dia.

Belum lagi kira cost modal acuan, cost tenaga kerja, cost R&D.

Bayangkan lah banyak mana kerjaan rugi pada cukai. Bayangkanlah

banyak mana Naza untung.

Dasar Automotif Negara di perlukan bagi meneruskan perjuangan yang

belum tercapai disamping menjaga serta melindungi pemilik kereta

proton sekarang ini. sejauh mana boleh bertahan tak tahula..kalau

tidak akan
bertimbunlah bakal besi buruk bila tiada lagi sparepart proton

(asalnya milik Mitsubishi) dan akan timbulah barangan made in Jinjang

atau sewaktu
dengannya.

Saudara… Dalam banyak banyak negara pengeluar
kereta, Malaysia lah yang paling kurang memprotect
industry automotive mereka. Rakyat Malaysia juga lah
yang paling tidak patriotik dalam hal-hal kereta ni.
Walaupun kita telah merdeka, minda kita tetap diajar
barangan lain lebih elok dan tidak membantu barangan
sendiri. Saya ambil contoh… Thailand membuka pintu
mereka untuk industri automotif… tapi ada syarat.
Kereta yang dibina di Thailand harus lah di export
keluar lebih dari yang dijual dalam negara nya.
Korea… cuba pergi ke Korea dan lihat sendiri disana.
Nak cari kereta yang bukan dari Korea …susah.
Sebabnya…

1. memang mereka patriotik.
2. Cuba pakai kereta import… Lembaga Cukai mereka
akan menyusahkan pembeli kereta tu. Sebab kata mereka
tentu banyak duit.

Jepun… Semasa mereka belajar membuat kereta hampir
80 tahun dulu… nak naik bukit pun boleh undur (baca
sejarah toyota ), tapi rakyat mereka tetap bangga dan
tetap membeli. Cuba kat Malaysia …. Kutuk lagi ada.

Saudara semua… kejayaan sesuatu project negara
bergantung kepada sokongan dari rakyat sendiri. The
more people buy, the cheaper things can be. Economic
of scale lah tu. Lagi banyak dijual, lagi rendah cost
pembalikan modal untuk setiap kereta. Nak buat sebijik
kereta hampir 1 billion cost dia. Macam mana nak balik
modal kalau kita tak ambil untung. Kilang enjin lagi
mahal… tapi kita korbankan keuntungan kerana kalau
kita dok asyik beli enjin dari luar, masa mana kita
nak belajar dan maju. Proton baru 20 tahun. Korea
mengambil masa 40 tahun untuk kereta dia tiba ditahap
ini. Jepun sudah 80 tahun, Barat sudah 100 tahun. Ini
industri kereta. Kalau orang suruh kita fikir nak buat
plastik aiskrim tu pun majority kita tak boleh. Ini
kereta. So yang mengutuk tu… fikir. Lagi banyak kita
jual, lagi murah kita boleh jual… lagi banyak duit,
lagi baik pembangunan yang kita boleh buat. Setiap
test dan setiap bahan baru yang nak direka memerlukan
wang yang banyak.

Masalahnya sekarang siapakah yang bakal atau boleh
dijadikan rakan teknikal. Walau pun volkswagen nak join
ngan proton tapi persoalannya boleh ke..?

Kenapa..saya kata macam tu..sebab Volkswagen ni guna
euro. Sudah tentu la harga kereta proton pada masa
akan datang lebih mahal lagi. (salah satu sebab isu AP
keluar) Nak mohon Nissan atau Honda atau Toyata jadi
rakan teknikal memang agak sukar.


alahai PROTON - part 4
Errr…. Ini kita bagi hint sikit sebab teruk sangat





dah ni. Kita tengah develop kereta dengan VW. Sebab tu
kita jangan dengar saja orang cakap.

Kalau semua AP ditarik balik lagi banyak masalah akan
timbul.. salah satunya adalah AFTA. Mampukah negara
kita membayar ganti rugi kepada negara lain yang telah
melaksana AFTA. Mungkin ada yang tak sedar yang negara
kita telah membayar ganti rugi RM billion sebab
menangguh perlaksanaan AFTA sebelum ni kapada negara
Asean yg berkaitan.

Memang kita akan kena penalti sebab ada
perjanjian AFTA. Tapi bukan kita nak tarik AP macam tu
aja. Jalan penyelesaian masih ada. Kalau negara lain
boleh ada polisi dia orang yang membantu industri
kereta mereka… kenapa kita tidak boleh. Kerana AP
China boleh mengeksport kereta mereka ke Malaysia
(kereta Chery hampis masuk), tapi polisi China masih
lagi tidak membenarkan kereta kita masuk kesana.
Memang dia kata boleh masuk tapi dah 5 tahun mencuba
pun belum dapat kelulusan lagi. Banyak syarat lagi.
India… nak masuk kesana kena letak deposit USD200
Million. Belum lagi nak set up kilang dan
infrastruktur jualan. Cuba masuk kat Korea … Kita nak
jual kain kita kat sana pun diaorang tak nak beli
walau pun kualiti kita bagus. Kuat nya patriotik
diaorang. Kita… apa yang nama lain selain dari
barang sendiri mesti bagus punya.

Bagi yang nak membandingkan kereta kita dengan kereta German….
Bukan tak boleh buat. Boleh… tapi sanggup ke bayar harga kereta

German
untuk kereta buatan Malaysia .

Naza yang rata rata import kereta Cuma tukar
bumper pun boleh jadi taraf kereta nasional. Perodua
yang tak pernah design kereta sendiri (cuma design
bumper depan belakang) pun dapat taraf kereta
nasional… Proton sekurang-kurangnya telah mendidik
ramai anak bangsa dalam kemajuan teknologi. Dah ramai
hasil dari pengalamn bekerja dengan proton diambil
untuk sektor R&D ditempat lain. Bayangkan lah satu
kumpulan Advance Engine Research Proton terus diambil
oleh Petronas. Bukan sorang…. Kesemuanya. Nak kerja
dengan R&D proton….. Paling minimum 2nd class upper.
1st class berlambak. Selepas berpengalaman… Perodua,
Naza ambil.

Tapi saya tak marah bila orang kata macam-macam pasal
proton. Itu hak mereka. Tapi fikirkanlah tenaga yang
kami beri untuk memajukan negara dalam bidang
teknologi. Boleh sebut tak company mana lagi dalam
bidang industri yang betul-betul menggunakan kepakaran
anak Malaysia dalam bidang R&D ni. Kalau kita tidak
belajar… sampai bila kita tidak akan tahu. Dan
sampai bila kita akan bergantung dengan orang luar.

Tapi bab support selepas jualan…. saya sendiri pun
tak puas hati. Sabotaj pun Proton dah biasa kena….
Orang curi part semasa delivery kerata tukar dengan
part tiruan atau lama. Yang kena komplen… proton.
Tapi yang hairannya semasa Perodua recall balik 4000
unit Myvi…. Tak ada pulak yang kutuk. Letak sebelah
sebelah Myvi dan Savvy… check performance dia. Then
baru tahu nak kata apa. Jangan dengar orang cakap
je… test sendiri. Baru tau.
Sekarang ni Savvy dah keluar dengan Savvy Auto-Manual….
Maksudnya dua-dua jenis gear ada dalam kereta. Malas
nak tukar gear… swith to auto. Nak main
ciluk-ciluk… switch to manual. Errr.. siapa kata
kita guna tecnology 70an?

Tuesday, December 22, 2009

 





The Secret Doctrine, the Synthesis of Science, Religion and Philosophy atau dikenali sebagai The Secret Doctrine ialah sebuah karya semi-akademik yang menghuraikan pandangan kerohanian Eropah dan falsafah mereka.Huraian ini merangkumi bidang sains,sejarah,antropologi dan falsafah,merupakan hasil tulisan Helena P. Blavatsky (1831-1891),pengasas Pertubuhan Theosophy;sebuah pertubuhan kerohanian Eropah.

Karya ini terbahagi kepada dua jilid;jilid pertama menghuraikan asal-usul alam dan penciptaannya.Jilid kedua pula menceritakan sejarah kemanusiaan sehingga menjangkau berjuta tahun ke belakang.Karya ini dikatakan di dalam nota pembukaan adalah berdasarkan apa yang dipanggil sebagai Stanzas of Dzyan,sekumpulan prosa/kisah yang berisikan falsafah kerohanian dan alam semestaBlavatsky.Karya ini mempunyai bahagian-bahagian yang menceritakan asal-usul makhluk dan alam,termasuk kewujudan apa yang digembar-gemburkan sebagai Atlantis dan Lemuria.Falsafah di dalam The Secret Doctrine banyak dipengaruhi oleh falsafah Hindu dan Tibetan-Buddha sejak kita maklum bahawa ajaran Theosofi dan New Age mengambil model dari India dan Tibet dalam asas falsafah mereka.

Petikan dari Stanza II:

THE WHEEL WHIRLED FOR THIRTY CRORES (of years, or 300,000,000*). IT CONSTRUCTED RUPAS (forms). SOFT STONES, THAT HARDENED (minerals); HARD PLANTS, THAT SOFTENED (vegetation). VISIBLE FROM INVISIBLE, INSECTS AND SMALL LIVES (sarisripa, swapada). SHE (the Earth) SHOOK THEM OFF HER BACK, WHENEVER THEY OVERRAN THE MOTHER (a). AFTER THIRTY CRORES OF YEARS, SHE TURNED ROUND. SHE LAID ON HER BACK; ON HER SIDE. . . . . SHE WOULD CALL NO SONS OF HEAVEN, SHE WOULD ASK NO SONS OF WISDOM. SHE CREATED FROM HER OWN BOSOM. SHE EVOLVED WATER-MEN TERRIBLE AND BAD.

dari Stanza VII:

FIRST, THE DIVINE (vehicle) (b), THE ONE FROM THE MOTHER-SPIRIT (Atman); THEN THE SPIRITUAL -- (Atma-Buddhi, Spirit-soul)* (c); (again) THE THREE FROM THE ONE (d), THE FOUR FROM THE ONE (e), AND THE FIVE (f), FROM WHICH THE THREE, THE FIVE AND THE SEVEN (g) -- THESE ARE THE THREE-FOLD AND THE FOUR-FOLD DOWNWARD; THE "MIND-BORN SONS OF THE FIRST LORD (Avalokiteswara) THE SHINING SEVEN (the "Builders").** IT IS THEY WHO ARE THOU, ME, HIM, O LANOO; THEY WHO WATCH OVER THEE AND THY MOTHER, BHUMI (the Earth).


*H.P Blavatsky


The Secret Doctrine mengandungi rahsia-rahsia yang jarang diketahui oleh manusia dan menjadi antara 'kitab suci' para pengikut kultus-kultus kerohanian Barat dan para Elit Freemason Moden (mewakili 'front organization' yang membayangi beratus lagi '2nd & 3rd layer hidden organization').Antaranya kehidupan makhluk pada selang masa sebelum Adam turun ke bumi dan rahsia jarak dan masa yang dihuraikan sebagai ilusi (Sila rujuk Harun Yahya).Bagaimanakah H.P Blavatsky tahu sejauh ini?Dari manakah dia mendapat sumber-sumber untuk mengarang The Secret Doctrine?

Sebenarnya Blavatsky mendapat ilham mengarang The Secret Doctrine setelah mendapat kunjungan satu entiti apa yang dinamakan sebagai Master Djwal Khul (atau DK).DK dikatakan telah menjelma dihadapannya dan mengajarkan tentang falsafah kehidupan dan ajaran-ajaran 'suci' yang dikatakan datang dari 'The Truth'.Dari sinilah Blavatsky mengarang karya-karya tentang kerohanian sesat seperti ISIS Unveiled dan The Key to Theosophy.DK bukanlah satu-satunya entiti yang ada,malahan banyak lagi entiti yang menjelma pada ahli-ahli kultus sesat Eropah seperti yang terjadi pada Aleister Crowley dengan entiti yang dinamakan sebagai Aiwass yang mendorong dia menulis karyanya yang terkenal di dalam dunia kultus sesat;The Book of The Law.


Crowley juga dikunjungi oleh entiti yang lain seperti Lam,yang digambarkan sama seperti wajah Grey,'alien' yang terkenal dengan misteri UFO (memang ada kaitan-penulis) dan Lam inilah yang mendorong Crowley menulis The Amalantrah Working,satu ajaran kultus yang mengajar upacara seks sebagai satu cara menarik keberkatan syaitan.

Ajaran ini diwarisi pula oleh The Church of Satan yang didirikan Anton Szandor La Vey serta kultus Temple of Set oleh Michael A. Aquino,seorang bekas intellijen Amerika.

*Alice Bailey

Kesemua entiti ini dinamakan sebagai 'Ascended Master' merupakan 'roh' istimewa yang berdialog dengan subjek mereka secara ilham atau bayangan fizikal yang muncul seketika.Seorang murid Blavatsky yang bernama Alice Ann Bailey pula didatangi oleh Master Koothumi,satu lagi 'Ascended Master' yang menjelma dihadapannya.Benjamin Creme,seorang pengkaji karya Blavatsky dan Alice Bailey pula mendakwa didatangi oleh 'The Master' (nama penuh entiti tidak diberitahu) dan menyuruh dia mempersiapkan diri menyambut kedatangan 'Maitreya' atau '2nd Coming of Messiah'.

H.P Blavasky,Alice Bailey dan Benjamin Creme adalah tokoh-tokoh ajaran sesat New Age yang berpegangkan motto:

"There is no Religion higher than Truth."

Alice Bailey pula telah menubuhkan pertubuhan Lucifer Trust,iaitu satu kultus penyembahan Iblis menurut kaedah moden dan kontemporari.Atas sebab-sebab tertentu,nama 'Lucifer' ditukar kepada 'Lucis' dan pertubuhan ini menjadi naungan United Nation,malah ibu pejabat Lucis Trust juga ada di bangunan United Nation.

Inti kepada ajaran 'The Ascended Masters' ini adalah berpaksikan kepada sifat keAkuan kepada diri sendiri.Ajaran ini percaya kepada falsafah "Mighty I AM Presence" yang ada pada setiap manusia.Manusia adalah Tuhan kepada diri masing-masing dan ini menuju kepada falsafah seterusnya iaitu:

"Do what thou wilt shall be the whole of the Law" dan "There is no law beyond Do what thou wilt"

(Tiada undang-undang yang mengatasi keagungan nafsu sendiri)

iaitu inti kepada falsafah yang diambil dari The Book of The Law oleh Aleister Crowley.

dan ajaran para 'Ascended Masters' ini sebenarnya mewarisi kata-kata Firaun:

"...Akulah tuhanmu yang paling tinggi."

(An-Naazi'aat ayat 24)




Ajaran New Age juga menyembah nafsu sendiri (menurut falsafah Aleister Crowley di atas) yang dipanggil sebagai 'Thelema' oleh Crowley.Thelema adalah satu spiritual di dalam diri sendiri yang dianggap Tuhan dan wajib disembah oleh para pengikut kultus-kultus Theosofi.Thelema adalah kehendak di dalam diri;NAFSU yang menggoda dan meminta-minta.Apa jua cara sesat dihalalkan asalkan memenuhi kehendak nafsu masing-masing.Sebab itu pada altar penyembahan New Age Religion terdapat pelbagai patung;Jesus,Mary,Krishna,Buddha,Siva dan sebagainya.Ajaran ini juga mengganggap seks bebas sebagai cara 'ibadat' kepada Tuhan di dalam diri masing-masing.

Perhatikan bait-bait dalam petikan dari The Secret Book of Dzyan:

In primeval times,
a maiden,Beauteous Daughter of the Ether,
Passed for ages her existence
In the great expanse of Heaven,
. . . . . . . . . . .
Seven hundred years she wandered,
Seven hundred years she laboured,
Ere her first-born was delivered.
. . . . . . . . . . .
Ere a beauteous duck descending,
Hastens toward the water-mother.
. . . . . . . . . . .
Lightly on the knee she settles,
Finds a nesting-place befitting,
Where to lay her eggs in safety,
Lays her eggs within, at pleasure,
Six, the golden eggs she lays them,

Then a Seventh, an egg of iron . . . . ."

(Kalevala, Rune I.)

Dzyan adalah koleksi ilham dari entiti-entiti yang mengunjungi Blavastsky,merupakan ajaran-ajaran Iblis,di mana Iblis atau sebelum itu bergelar Izzazil amat mengetahui keadaan bumi sebelum disiapkan untuk Adam.Iblis juga mengetahui kehidupan makhluk sebelum manusia,jenis-jenis bangsa dalam makhluk Jin,tamadun dan teknologi mereka.Anda boleh membayangkan suasana tamadun para Jin ini dengan menonton siri filem Starwars di mana jika anda perasan selain apa yang dinamakan 'manusia' terdapat pelbagai makhluk yang mempunyai wajah pelik dan hodoh di dalam Galactic Federation dan dunia Starwars itu.Mereka mempunyai teknologi yang canggih,manipulasi graviti dan cahaya serta tenaga atom yang tinggi kemahirannya.Anda juga perlu perhatikan tentang 'The Force' yang dikuasai oleh Jedi dan mereka mempunyai pedang yang terbuat dari cahaya.Perhatikan pakaian mereka dengan teliti,fesyen mereka.MEREKA BERPAKAIAN SEPERTI ZAMAN PURBA NAMUN MEMPUNYAI TEKNOLOGI YANG CANGGIH.

Siapakah dia Master Yoda?

Di dalam Starwars juga ada kisah tentang legenda Darth Vader,iaitu seorang Jedi yang dahulunya merupakan seorang yang budiman dan baik akhirnya tidak dapat mengawal 'The Force' (nafsu sendiri?) dan bertukar menjadi jahat.Teliti kisah Anakin Skywalker dari kecil sehingga dia diambil menjadi skuad Jedi.Cuba kaji dari mana Lucas mengambil ilham suasana,teknologi dan kisah Darth Vader.Dan jika anda mengkaji lebih jauh,kesemua nama watak dan tempat dalam filem ini ada maksud dalam bahasa Yahudi!Anda tahu maksud Jar Jar Bin dan Obi Wan Kenobi dalam bahasa Ibrani?

Siapakah Darth Vader??


Jika anda mengkaji lebih jauh,anda akan dapati Hitler juga mempunyai kultusnya sendiri iaitu The Black Sun.Lambang Swastika pada ajaran Veda dan Buddha melambang maksud-maksud positif namun Nazi telah menggunakannya dengan kedudukan terbalik,melambangkan 'The Dark Force'.Dan laporan pengkaji kultus The Black Sun mengatakan 'The Ascended Masters' ini juga ada mengunjungi para rahib kultus tersebut.SEBENARNYA PARTI NAZI DIASASKAN DI ATAS KULTUS SESAT DAN PENYEMBAHAN IBLIS.Cuba kaji kultus The Black Sun dan kerohanian sesat Parti Nazi.Parti Nazi dibiayai oleh pertubuhan mistik Thule Society dan ini ada kaitan dengan Rothschid sejak Hitler dikesan mempunyai hubungan darah dengan keluarga Rothschild.'Nazi Salute' diambil dari gaya dewa Rom dan lambang petir adalah lambang khas 'The Elite'.

SEBENARNYA JIKA KITA INGIN TAHU STRATEGI IBLIS UNTUK MENYESATKAN ANAK-ANAK ADAM,KITA KENA TAHU PERJALANAN SEJARAH 'THE ELITE'.Siapa guru-guru mereka dan bagaimana mereka berhubung dengan 'guru-guru' ini.

Sebenarnya ketika Iblis berjanji:

"Iblis menjawab: "Demi kekuasaan Engkau aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Shaad ayat 82)

Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus," (Al-A'raaf ayat 16)

Iblis berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah memutuskan bahwa aku sesat, pasti aku akan menjadikan mereka memandang baik (perbuatan ma'siat) di muka bumi, dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya, (AlHijr ayat 39)

Dia (iblis) berkata: "Terangkanlah kepadaku inikah orangnya yang Engkau muliakan atas diriku? Sesungguhnya jika Engkau memberi tangguh kepadaku sampai hari kiamat, niscaya benar-benar akan aku sesatkan keturunannya, kecuali sebahagian kecil."

(Al-Israa' ayat 62)

...,IBLIS TIDAK BERMAIN-MAIN DENGAN SUMPAHNYA.


Dari sini kita tahu modus operandi Iblis dan Syaitan yang jarang kita dengar-dengar.Bahawa Iblis telah menjelma dihadapan orang-orang yang dipilihnya kemudian mengajarkan sesuatu.Lihat,Iblis tidak muncul di depan orang-orang miskin di ghetto-ghetto sesak di Switzerland atau Mak Bedah di pekan Parit,Perak misalnya tetapi para penulis,cendekiawan dan orang-orang berpengaruh.Mereka dipilih kerana mampu mempengaruhi manusia dan menjalankan agenda 'The Dark Force'.Setiap orang-orang kaya The Elite menganut fahaman agama Iblis ini.Lucis Trust dibiayai oleh Rockefeller,dan memang Rockefeller yang mengawal Lucis Trust dan ajaran Theosofi ini.Dan Lucist Trust adalah organisasi di bawah UN atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.Apa MAKSUD SEMUA INI?

Iblis mampu menjelma menjadi manusia,kerana dia mempunyai tenaga dalaman dan kemahiran yang handal.Maklumlah bekas Ketua Para Malaikat (The Ex-Chief of Archangels).Kita mungkin tidak menyangka strategi Iblis sejauh itu,muncul di depan orang yang ingin dipengaruhi,orang itu pula mempengaruhi orang lain sehingga kepada The Elite,dan The Elite ini pula malangnya terdiri dari bijakpandai sehingga sistem politik,sistem ekonomi,pendidikan,industri barangan dan makanan dunia dipelopori oleh proksi-proksi The Elite.Tiada satu pun rumah orang-orang Islam di dunia kecuali segelintir yang tidak menyimpan atau menggunakan barangan buatan The Elite.

Namun sekuat mana pun usaha The Elite dan Iblis,Allah Yang Maha Perkasa tetap mampu mengalahkan makhluk-makhluk lemah ciptaan-Nya ini.The Secret Doctrine tidak akan mampu melawan doktrin Allah Yang Maha Sempurna.Malah setiap hari Allah s.w.t akan menambah-nambah atau melemparkan pelbagai kekayaan dunia ke tubuh badan The Elite.Semakin hari semakin kaya.Sehingga mangkuk tandas pun diperbuat dari emas.Mereka telah diistidraj oleh Pencipta mereka sendiri.Setiap perancangan mereka dibuat seolah-olah mereka asyik berjaya sahaja dan berjalan lancar.Mereka diperdaya sehingga menjadi semakin sombong dan megah.Mereka berkata seolah-olah mereka Tuhan yang mampu mengawal manusia dan seluruh isi alam.Namun mereka tidak menyedari bahawa akhirnya 'guru-guru kerohanian' mereka itu akan berlepas diri dari mereka dan bersikap cuci tangan.Di akhir cerita,para The Elite yang bijakpandai ini akhirnya akan rasa tertipu,melebihi Tipah Tertipu dan mengalami sindrom kekecewaan yang teramat sangat kerana ditipu hidup-hidup oleh syaitan dan Iblis yang hodoh lagi bertaraf rendah berbanding manusia,sebaik-baik ciptaan.



“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”

(Surah al-Anfal, 8:48)

And (remember) when Shaitân (Satan) made their (evil) deeds seem fair to them and said, "No one of mankind can overcome you this Day (of the battle of Badr) and verily, I am your neighbour (for each and every help)." But when the two forces came in sight of each other, he ran away and said "Verily, I have nothing to do with you. Verily! I see what you see not. Verily! I fear Allâh for Allâh is Severe in punishment."
(Surah al-Anfal, 8:48)







-------------------------------------

Bibliografi:

The Secret Doctrine by H. P. Blavatsky

X-material under codename 'rainbowstar'

The Secret Book of Dzyan

MF Archive Royal Library

Al-Quran translated (rough translation) by Dr. Muhammad Taqi-ud-Din Al-Hilali, Ph.D.
and Dr. Muhammad Muhsin Khan










"Verily, I have nothing to do with you. Verily! I see what you see not. Verily! I fear Allâh for Allâh is Severe in punishment."

-Azazel 'The Lucifer'.

Wednesday, November 25, 2009




Saya mohon maaf atas kelewatan membuat komentar kepada "2012" yang telah saya tontoninya sebelum ini atas beberapa masalah.

Akhbar Siasah terbaru ada memperlihat kenyataan Majlis Syura Ulama Indonesia membuat kenyataan sekitar 2012 menyesatkan aqidah umat Islam. Kenyataan tegas dari Indonesia (malangnya tidak kedengaran pula dari Malaysia termasuk dari pimpinan ulama gerakan Islam mahupun Majlis Fatwa Kebangsaan) sangat penting bagi mempertegas penyelewengan gambaran "Kiamat" khususnya di penghujung filem "2012".

Namun demikian, bagi saya, ada sesuatu yang perlu dilihat dengan lebih mendalam dan tersirat, bukan sekadar yang tersurat dari filem itu.

Ada beberapa teori konspirasi Yahudi Illuminati yang sedang menarik perhatian saya dalam filem yang mesejnya menepati ramalan saya sebelum ini (baca "Apa Pula Simbol Emmerich Dalam 2012" dan "2012 Janjikan Propaganda Illuminati").

1. Kenapa seorang pakar geologi - yang membocorkan maklumat kerajaan AS mengenai gempa bumi yang akan menimpa AS - terbunuh di tempat yang sama kemalangan maut berlaku pada Princess Diana ?

Adakah filem ini terang-terang mahu 'sengaja' menunjukkan bahawa kemalangan di tempat yang sama meragut nyawa Princess Diana hakikatnya suatu yang dirancang "secret societies" dan bukannya kebetulan ?


Baca juga : "...when The Queen Diana said : “there are powers at work in this country of which we know nothing...”.


2. Kenapa kapal armada laut AS (lihat gambar utama ini di website 2012) yang jelas terpampang nama John F. Kennedy 'terpilih' untuk merempuh White House ketika di kemuncak bencana tsunami dalam 2012 ?

Pendedahan John F. Kennedy suatu bahaya besarkah kepada pemilik sebenar pentadbiran AS ? Mungkin pendedahan website seperti ini mampu membuka minda.



3. Kenapa ada sahaja elemen "konspirasi yang tidak boleh didedahkan" dalam filem ini ketika ramai mungkin menjangkakan ia tidak akan berkesudahan dengan wujudnya kehidupan baru selepas diselamatkan oleh bahtera penyelamat - yang telah dirancang pembinaannya lebih awal oleh AS ?

Sukarkah membuat filem tanpa elemen 'konpirasi' ataupun 'hidden map' ?

Adakah ia suatu signal sememangnya Kiamat 2012 bukannya fenomena alam, tetapi sesuatu yang sedang dirancang pihak yang sama yang pernah mencatur Perang Dunia Pertama sehingga tertegaknya negara haram Israel dan mencipta bom atom untuk meletupkan Perang Dunia Kedua dari Jepun ?

Apatah lagi filem "2012" terdapat banyak aksi semacam sengaja "memperli" mengenai kedatangan "the end of life" seperti aksi nyanyian berseloroh sebuah band musical dan aksi animasi kelakar "matahari menembak bumi" dalam komputer Charlie Frost, juruhebah radio. Nampak jelas ia semacam memerli mereka yang akan mempercayai kiamat pada "2012".

4. Terdapat juga aksi seperti mirip aksi tenggelamnya Kapal Titanic di Bermuda Triangle ketika adegan tsunami 2012 menghempap sebuah kapal. Tahniah Remmerich, anda membuka fikiran saya untuk melihat tragedi bersejarah Titanic itu kini dari sudut yang berbeza.

"It is not inconceivable that we have heard so much about the famous voyage of the Titanic because it was one of the most perfect crimes ever committed." - Doug Yurchey


How could a ship that's made out of metal be sunk by an iceberg?



Rujukan lagi :
www.titanicconspiracy.com
5 persoalan misteri sebelum kejadian Titanic
www.dajjalvideo.blogspot.com/bermudatriangle




5. Filem ini juga memberikan suatu mesej bahawa sesiapa yang menguasai teknologi penerbangan dan lautan, akan selamat dari bencana besar 2012.

Adakah ini suatu lagi signal pihak yang sama sedang mencipta teknologi di udara dan di lautan - yang kononnya ia adalah makhluk asing (U.F.O) walhal mereka yang menciptanya ('faked alien') ?

Mereka telah berjaya menipu dunia dengan 'fake event' pendaratan di bulan pada 20 Julai 1969, kali ini tidak perlu pelik dengan penipuan seterusnya mengenai wujudnya 'makhluk asing', dunai mesti bersatu di bawah AS untuk menentang mereka seperti digambarkan dalam Independence Day arahan Remmerich yang sama sebelum 2012, filem ke-12 beliau.




New World Order Conspiracy Reveals Secret Martial Law Doomsday Plan 2009-2012. Lihat lagi pendedahan golongan Youtuber Kristian mengenai ancaman Illuminati di sini. Walaupun ia dibuat oleh golongan Kristian, namun sememangnya Illuminati adalah musuh utama yang akan menghapuskan semua agama.

5. Berulang kali juruhebah radio dalam 2012, Charlie Frost membuat kenyataan sebelum dirinya dihempap batu api dari letupan volkani 2012.

"To all Christian, Muslim, Buddhist, Rastafarian... We must be ONE family now. We Will be ONE!!!".

Untuk apa kalimah "one" sentiasa digemakan ? Untuk apa dipaparkan negara-negara besar dunia seperti China (tempat projek 'bahtera penyelamat' dibina), India, Russia dan 48 buah negara kesemuanya bersetuju dengan pelan keselamatan AS melalui kapal Atlantis tersebut ?

Merujuk kepada projek besar Yahudi untuk mewujudkan "One New World Oder" pada 2012 ? One World Religion ?


Bagi saya, skrip 2012 yang ditulis oleh Harald Kloser sememangnya mempunyai mesej tertentu kalaupun tidak kesemuanya. Jika tidak, masakan filem menelan belanja besar hampir 800 juta ringgit Malaysia ini boleh ditampung oleh Yahudi di belakang Hollywood.

6. Apa simbol di sebalik bahtera penyelamat yang menyelamatkan beberapa ratus ribu manusia yang 'terpilih' selepas bencana 2012 tersebut ? Adakah ia mengisyaratkan kepada projek penyingkiran 90 % penduduk dunia - melalui sekatan pemakanan dan sebagainya - dan akan kekalnya mereka yang 'terpilih' untuk meneruskan tamadun baru manusia berasaskan "New World Order" (novus ordo seclorum) .

Undian pemimpin pasca 2012 di website rasmi 2012 tambah meragukan siapakah dalang di sebalik projek "2012 fear factor"

Propaganda "Noah Ark" versi AS. AS tampil sekali lagi dalam "2012" sebagai penyelamat dunia (baca : pemusnah dunia).

Kenapa semacam kisah kapal Nabi Nuh yang sememangnya kisah sejarah itu menjadi titik persamaan antara agama asal Yahudi, Kristian dan Islam dijadikan 'nostalgia' dalam penghujung "2012" ? Semua agama akhirnya akan tunduk pada SATU kuasa setinggi Gunung Everest pada saat itu berlaku ?

Dalam ajaran agama Samawi dan mungkin juga agama lainnya, ketika kiamat terjadi tidak ada satu pun makhluk di bumi yang akan selamat, semua hancur bersama dengan hancurnya alam semesta. Namun filem 2012 ini mengirimkan "hidden messages" bahwa kiamat boleh sahaja terjadi, dan jika kiamat terjadi maka ikutlah bersama gerombolan yang telah dibuat oleh AS dan sekutunya, pasti anda akan selamat.

Demikianlah "mesej halus" filem 2012 pada anak-anak kecil dan remaja yang belum mapan didikan agama mereka. Didikan filem itu jelas melawan ajaran agama tentang Kiamat. Seolah-olah Tuhan pun tidak mampu mengkiamatkan misi keselamatan yang telah digagas oleh AS tersebut. 2012 mengirimkan pesan AS penyelamat anda, bukan agama dan Tuhan anda !!!


Semuanya di atas hanyalah hipothesis saya, boleh diterima mahupun ditolak.

Mesej dari 2012 adalah pengumuman siri puzzle seterusnya dari Yahudi pembunuh para anbiya'.

Ramai adik-adik bertanya kepada saya, kenapa Illuminati mendedahkan kewujudannya dalam pelbagai bentuk halus sedangkan mereka sebuah gerakan rahsia yang mahu melakukan kerosakan di dunia ?

Jawapan saya mudah.

1. Dengan berbicara dengan simbol kepada musuh-musuh mereka (baca : umat Islam dan golongan beragama), mereka akan cuba mencipta peperangan secara propaganda menimbul ketakutan atau "fear-factor". Mencipta ketakutan sebelum berperang adalah teknik "mind-control" yang sememangnya dipraktikkan Yahudi sejak dari zaman Nabi S.A.W.

Yahudi sememangnya sebuah bangsa yang dibuktikan sejarah takut berdepan dengan peperangan bersemuka dengan umat Islam. Perang Bar Lev sudah cukup mengajar mereka erti ketakutan pada doa-doa para ulama Islam. Justeru mereka mahu menimbulkan ketakutan kepada umat dengan menonjolkan kewujudan mereka dalam catur-catur yang mereka atur sejak lama dahulu, yang lingkaran mereka sangat luas dan complicated, tetapi kesemuanya menggunakan brand dan pattern (logo) yang sama.

2. Supaya umat Islam terus disibukkan mengkaji kewujudan simbol-simbol mereka sahaja, dalam pelbagai medium, tetapi lalai dari tindakan yang lebih konstruktif untuk menyelamat dan membentengi ummah dari perencanaan jahat 9 "F" mereka (Finance, Food, Film, Fashion, Fun, Fiction, Faith, Friction dan Fitnah), lalai dari usaha keras untuk mengemukakan penyelesaian membina kepada ummah yang sedang disepakterajang oleh mereka atau sedang berada di telunjuk percaturan mereka.

"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Orang-umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (hadith sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Pertempuran besar tersebut telah diisyaratkan Nabi S.A.W akan memihak kepada umat dan tentera Islam. Saya sangat optimis khususnya setelah menatapi "Al-Mubassiyraat bi Intahsaaril Islam" karangan ulama intelektual dunia Islam Syekh Dr Yusuf al-Qaradhawy.

Syaratnya cuma apabila tentera Muhammad telah memenuhi syarat persiapan syariatullah dan sunnatulah (ilmu) sebelum kedatangan Nabi Isa alahissalam dan gerombolan tentera Imam Mahdi, impian membenamkan Yahudi-Iblis, seluruh sistemnya yang well-complicated dan seluruh proksi-proksi 'mata satu' mereka dari terus mencatur sepak terajang bencana kemanusiaan dunia akan direalisasikan.

"...Usaha-usaha menghalang gagasan pengislaman ilmu ini dari berkembang luas nampaknya dilakukan dengan drastik oleh golongan Illuminati. Pada 1986, Dr. Ismail Al-Faruqi dan isterinya, Dr. Louis Lamya telah dibunuh di rumahnya. Ramai pemerhati mengesyaki bahawa komplot pembunuhan ini didalangi oleh Jewish Defense Leage (JDL). Sesungguhnya pembunuhan beliau membuktikan bahawa Perang-Perang Dunia adalah satu ‘pakej konspirasi’ yang lengkap dalam usaha menjajah negara Islam. Negara Islam tidak hanya diserang dan dijajah bahkan pemikiran, ideologi dan kepercayaan agamanya juga diganggu-gugat melalui satu sistem aliran politik dan pendidikan yang tersusun." - www.ibnuyaacob.com


"Benarlah Ahmad Thomson ketika di dalam bukunya yang berjudul Dajjal – The AntiChrist mengatakan bahwa dunia yang sedang kita jalani dewasa ini –terutama sejak hampir satu abad yang lalu- telah menjadi sebuah Sistem Dajjal. Peradaban dunia semenjak ghaibnya sistem Islam yang bernama Khilafah Islamiyyah telah perlahan namun pasti mengarah dan membentuk diri menjadi sebuah peradaban yang sarat dengan Dajjalic Values. Kian hari kian nyata bahwa nilai-nilai Ilahi yang suci dan mulia secara sistematis mengalami marginalisasi alias penghapusan.


Sedemikian hegemoniknya sistem Dajjal sehingga menurut Ahmad Thomson bilamana dalam waktu dekat si oknum Dajjal muncul ke tengah umat manusia, maka ia akan segera dinobatkan menjadi pemimpin sistem tersebut. Sebab sistem yang dibangun dengan sebutan Novus Ordo Seclorum (the New World Order) ini sangat compatible dengan karakteristik oknum Dajjal. Berbagai sektor kehidupan telah dirancang dan dibentuk agar secocok dengan the arrival of the AntiChrist (kedatangan Dajjal). Segenap sektor kehidupan manusia yang mencakupi ideologi, politik, ekonomi, sosial, budaya, militari, pertahanan-keamanan, pendidikan dan hukum dijauhkan dari Dienullah yakni nilai-nilai Islam. Bahkan aspek entertainment-pun diarahkan untuk menyambut kedatangan Dajjal."


http://rijal82.blogspot.com

Sunday, November 22, 2009






Perpecahan orang-orang Melayu bolehlah dibahagikan kepada dua iaitu pertama,perpecahan politik dan yang kedua-perpecahan pengamalan agama.Kedua faktor ini dijadikan senjata oleh mason-mason tidak kira yang Melayu atau bukan Melayu untuk memecahbelahkan bangsa ini yang diketahui majoritinya menganut agama Allah.Serangan dijalankan dalam pelbagai cara,jika ada ruang kosong,mereka akan mencelah.

Kemudian para mason ini akan memulakan permainan.



"Jus Soli"






Jangan kau tanyakan aku erti bangsa
nanti aku akan suapkan kau
maksud berbilang etnik dan faham agama

Jika kau berikan aku erti harmoni
nanti akan aku ajarkan kau erti rasis
prejudis dan kauvinis

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

jangan kau tanyakan aku persefahaman antara agama
nanti kau tuduh aku jumud dan kolot

jangan kau paksa aku sentuh tentang
Palestin dan Iraq
nanti kau kata aku pembela keganasan

biar
biar saudara perempuanku dirogol setengah mati
biar
biar saudara-saudaraku dibunuh satu-persatu
dipenjara, dicabul maruah dan pegangan agama
aku tidak boleh menyebut nama mereka sedikitpun
mahu aku tersenyum
dan kata
"itu urusan mereka"
jika membalas
aku dicop pengganas

belum aku ajar kau makna diskriminasi
nanti kau terjangkit terkedu membusung
lantas aku racun kau dengan maksud realpolitik

biar kau mabuk sawan kerananya
biar kau termuntah busuk berpintal-pintal

Jangan tanya aku
erti persefahaman kaum
jika mereka duduk ramai-ramai
di tanah pusakaku
dan esok lusa
anak cucu mereka
menghalauku

Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi


Untuk mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan umat Islam di Malaysia khasnya umat Melayu,kita kena mengkaji keseluruhan senario yang terjadi di sini.Ini penting sebelum siapa-siapa yang ingin mengaku pejuang Islam atau mahu memperjuangkan agama berangkat mahu ke medan perang.Jika tidak,para pejuang ini akan mati akibat tertusuk pedang rakan sendiri,atau mati terkena peluru sesat atau lari dari medan perang akibat terkeliru atau mengelirukan diri sendiri.

Ada yang mengaku memperjuangkan agenda Islam,tetapi bila dilepaskan ke medan yang lebih luas mula terkeliru dan mengalami kejutan budaya.Anehnya,mereka mula mengalami perasaan 'inferior' terhadap Islam dan akhirnya mengikut telunjuk musuh-musuh Islam.Walhasilnya,mereka berjaya dalam perjuangan mengelirukan diri sendiri.Ada yang mengaku pendokong visi dan misi Islam namun hanya gah di pentas-pentas formal.Mereka berani menunjukkan muka di pentas-pentas ceramah dan seminar di sekolah-sekolah dan universiti.Segalanya formal dan hubungan antara sesama juga formal sehingga susah untuk orang yang didakwahkan itu menemuinya.Mereka berani berceramah dalam keadaan audiennya menekur mendengar tanpa banyak soal.Malah audien juga hadir atas dasar terpaksa dan memenuhi syarat sahaja.Habis ceramah,isi ceramah masuk telinga kiri keluar telinga kanan.Ada yang mengaku sebagai pendakwah tetapi tidak mahu memahami sensitiviti masyarakat setempat dan mahu meninggikan ego sendiri sahaja.Islam dijadikan sebagai pekerjaan dan sumber rezeki sahaja.Apa yang terjadi pada generasinya dia tidak ambil pusing yang penting elaun ceramah masuk poket dan cukup bulan kerajaan masukkan gajinya dalam bank.

Untuk tujuan muhasabah diri dan menyusun strategi,kita kena jujur.Fikiran kena terbuka dan positif.

Kita kena hindarkan diri menjadi seperti sesetengah orang dalam jemaah Tabligh menganggap saudara dalam Pas berada dalam jalan tidak betul kerana bergelumang dengan politik.Saudara-saudara yang keliru itu kena sedar,dari sejak mula jemaah ini bertapak di Malaysia sehingga kini berapa peratuskah usaha itu dapat menggerakkan sekurang-kurangnya hukum Qisas ditegakkan dalam perundangan Malaysia?Dakwah itu penting,namun politik itu juga penting sebab itu nabi Muhammad s.a.w terpaksa berhijrah ke Madinah untuk MENUBUHKAN NEGARA ISLAM kerana politiklah dapat membawa hukum Allah s.w.t ke dalam sistem perundangan.Jika nabi berdakwah sahaja di Mekah,alamat 100 tahun pun keadaan Islam macam itu sahaja.Pi mai pi mai tang tu,kerana orang yang memegang kuasa di Mekah adalah kaum Musyrik.Mungkin boleh berjaya,tetapi memakan masa yang amat lama dan korban yang bukan sedikit.Nabi bukan semata-mata pendakwah tetapi juga ahli politik dan jeneral perang.JIka hendakkan nabi yang betul-betul berdakwah sahaja kerjanya,boleh ambil contoh nabi Isa a.s.Nabi Isa a.s kerjanya berdakwah sahaja.Beliau tidak mempunyai negara atau satu batalion pun tentera untuk mempertahankan hukum Allah.Akhirnya beliau diancam oleh tentera-tentera Pilatus Rom tanpa ada sedikit kekuatan pun melainkan rahmat Allah s.w.t.

Dan kita jangan menjadi sesetengah orang dalam Pas yang memandang hina jemaah Tabligh.Apabila jemaah ini datang ke masjid atau surau,ada saudara dalam Pas sendiri yang menghalau mereka,padahal mereka ingin berziarah dan menyenangkan usaha saudara dalam Pas untuk memahamkan masyarakat tentang agama.Mengapa dalam kepala mereka penuh pandangan negatif tentang usaha dakwah.Sesetengah saudara dalam Pas terlalu asyik berpolitik sehingga lupa akan tujuan sebenar mereka membawa politik Islam.Mereka ingin tegakkan hukum Allah tetapi majoriti umat Islam tidak faham Islam,bagaimana mereka mahu menegakkan politik Islam?Mereka telah membuat kerja yang menyusahkan diri sendiri.Mereka MUNGKIN BERJAYA TETAPI MENGAMBIL MASA YANG AMAT LAMBAT DAN MEMAKAN KORBAN YANG BUKAN SEDIKIT.Bukankah mudah jika Pas datang kepada orang yang faham kalimah "Lailahaillallah' lantas menerangkan tentang konsep kenegaraan Islam,agak-agak adakah orang tadi bersetuju atau tidak?

Kita kena faham senario.Jangan duduk di dalam tempurung ego sendiri.Jangan buta dan taksub semata.

Di dalam medan peperangan ini terdapat berbagai-bagai ragam manusia.Berbagai-bagai pemainnya.Terdapat golongan Islam Liberal,Sekular,Materialis,Kauvinis,Sosialis serta Non-Muslim.Di sana juga berkeliaran para Orientalis,Konspirator dan pejuang agama lain.Mereka ini ada yang menubuhkan NGO-NGO,pertubuhan sehingga ada yang mempunyai parti politik sendiri.Organisasi mereka mempunyai dua cabang;politik dan propaganda.Dalam istilah Islamik,organisasi mereka mempunyai bahagian siasah dan usaha dakwah.Bahagian politik mereka digunakan untuk berjuang meminda undang-undang yang memberi kelebihan kepada Islam kepada undang-undang yang menafikan hak Islam dan memberi kelebihan pula kepada mereka.Bahagian politik mereka juga digunakan untuk menghapuskan undang-undang syariah dan berusaha menghapuskan identiti Islam.Contoh,menghapuskan tulisan jawi/arab dan kod pakaian menutup aurat.Mereka berusaha menghapuskan syiar-syiar Islam seperti azan dengan pelbagai alasan,selalunya menyentuh hak asasi manusia.TUJUAN TERAGUNG BAHAGIAN POLITIK MEREKA ADALAH UNTUK MENGAMBILALIH PEMERINTAHAN MALAYSIA DARI TANGAN ORANG ISLAM.Jadi semua orang yang ingin mengaku pejuang Islam kena ingat baik-baik masalah ini.Kena FIKIR DAN RISAU masalah ini bersama disamping fikir dan risau yang lain.

Bahagian usaha dakwah mereka pula (propaganda) merangkumi NGO-NGO dan media.Mereka selalu mengadakan seminar,forum,bengkel dan ceramah yang selalunya ditutup dengan nama hak asasi dan keadilan.Ini belum lagi masuk topik usaha dakwah dari mubaligh agama.Lagi bermacam-macam usaha dakwah mereka.Kaji bagaimana usaha mubaligh Kristian di Sabah dan Sarawak.Antara mangsa yang menjadi pencacai mereka adalah golongan Islam Liberal.Golongan ini menjadi kuli untuk menyebarkan dakwah memburuk-burukkan sistem Islam dan undang-undangnya.Mereka sanggup menulis artikel memburuk-burukkan Rasulullah s.a.w dan undang-undang Syariah.Antara usaha terhebat mereka setakat ini adalah mengadakan seminar Inter-religious Faith.Luarannya mereka mengatakan ingin mencari titik temu dalam agama-agama tetapi sebenarnya titik temu itu dicari dengan menghancurleburkan agama Islam.Saudara dalam Pas,Umno dan PKR kena faham masalah ini jika masih teringin untuk menghidu bau syurga Allah.

Ingat,Allah Azza wa Jalla tidak rugi apa-apa jika hukum-Nya tidak ditegakkan.Yang rugi adalah kita.Kita mungkin selamat di dunia,tetapi di akhirat...



Walau apa pun latar belakang para pejuang Islam,dari sekolah pondok,dari universiti (UIA misalnya),dari Maahad atau sekolah agama rakyat atau negeri atau dari jemaah-jemaah seperti Tabligh,mereka mesti menjadikan contoh negara Islam Madinah yang diusahakan Rasulullah s.a.w sebagai model ikutan.Model negara Islam Madinah terdiri dari bahagian Politik dan bahagian Usaha Dakwah.Politik digunakan untuk melindungi maruah orang Islam,perundangan Islam dan syiar-syiarnya.Manakala Usaha Dakwah adalah untuk mentarbiah dan menyebarkan ajaran Islam disamping mengekalkan penghayatan Islam dalam diri semua orang Islam.Pejuang Islam yang meninggalkan salah satu dari dua konsep ini,akan menghadapi kesusahan yang dasyat.Kepayahan yang berat dan silap haribulan,akan sesat dalam perjuangan dan terkeliru.

Ingat,Rasulullah s.a.w mampu menghantar keluar dua jemaah;satu jemaah keluar di jalan Allah untuk berdakwah.Dan satu lagi jemaah keluar di jalan Allah untuk berperang mempertahankan maruah agama.

Dan jemaah kedua tidak akan dicapai jika tidak dengan jalan politik.

Fikirkan adakah nabi Isa a.s mampu menghantar jemaah perang mempertahankan risalah wahyu yang dibawanya?Akhirnya pengikut-pengikutnya ditangkap oleh tentera Pilatus dalam keadaan lemah dan tidak melawan sedikit pun akibat nabi Isa a.s tidak memegang peranan sedikit pun dalam politik Rom yang menjajah Palestin ketika itu.

Nabi Isa a.s tidak mampu menghantar jemaah kedua.Tetapi Nabi Muhammad s.a.w mampu.

Sebab itu agama Islam telah disempurnakan oleh Allah Yang Maha Perkasa.Sistem Islam sesuai untuk setiap masa dan keadaan.Hanya sesetengah orang Islam sendiri yang tidak yakin.

Kita lihat senario umat Islam di Malaysia.Secara jujur,politik Islam khasnya Melayu dipegang oleh Umno.Umno umumnya terdiri daripada orang-orang Melayu beragama Islam.Ketika peralihan kuasa antara kerajaan British dan pemimpin Umno,British segera mengadakan usaha untuk menetapkan perundangan Malaysia berdasarkan perundangan sekular.Pemimpin Umno dan majoriti orang Melayu menerima kerana kita kena faham bahawa yang penting dalam kepala mereka adalah MERDEKA.Soal perundangan perkara kedua,padahal inilah racun yang mahu disimpan oleh British.Kita juga kena maklum setelah sekian lama khilafah Islam tumbang, fiqh kenegaraan Islam telah dilupakan oleh ramai umat Islam.Begitu juga orang-orang Melayu yang sekian lama dijajah sudah tentu tiada pengetahuan atau pengalaman dalam menjalankan undang-undang Islam.Apatah lagi para pemimpin Umno ini yang majoritinya mendapat pendidikan Barat.Sudah tentu mereka tidak faham atau tidak tahu-menahu langsung tentang konsep negara Islam.Namun sesetengah orang Islam yang faham terutamanya golongan ulama bangkit untuk menegakkan undang-undang Islam.

Maka lahirlah Pas.

Ketika itu jemaah Tabligh pun masih kecil atau mungkin tiada langsung dalam kamus orang-orang Melayu.

Jadi kita kena faham senario ini.Umno terdiri dari orang-orang Islam yang tidak faham atau tiada pengetahuan tentang konsep kenegaraan Islam.Pas terdiri dari ulama-ulama yang faham tentang konsep kenegaraan Islam.Jadi antara cadangan untuk menyelesaikan masalah ini ialah PAS KENA BAGI FAHAM KEPADA UMNO TENTANG KONSEP KENEGARAAN ISLAM.Bukan menjauhi mereka atau memakihamun mereka.Kesian Umno,sudahlah buta dan pekak,kemudian dimarahi dan dimakihamun pula.Makin jauhlah mereka dari kefahaman Islam.

Umno umumnya menganut politik sekular.Sekular ialah satu faham yang memisahkan agama dari politik.Maksudnya tiada undang-undang Islam.

Jadi Pas kena pujuk saudara dalam Umno untuk masukkan agama dalam politik.Biar politik yang kotor itu dicuci dengan kemuliaan agama.Kena sabar memimpin saudara dalam Umno yang dibutakan penjajah.Umno ibarat orang buta.Pas kena pimpin.Bukan memakihamun Umno yang teraba-raba tadi.


Dalam hal ini,siasah Pas kena bijak.Kemahiran komunikasi atau 'public relation' Pas kena berhikmah.Kena yakinkan bahawa dengan amalkan Islam tidak akan memiskinkan pemimpin Umno.Islam tidak tarik banglo dan Mercedes mereka.Malah Allah s.w.t akan tambah keberkatan pada harta mereka kerana mereka melaksanakan Islam dalam politik.Pas jangan terikut-ikut amalan politik Timur Tengah,Pakistan atau India.Manusia di sana memang berjiwa kasar dan keras.Sebab itu banyak perpecahan umat Islam di sana sehingga berbunuh-bunuhan.TETAPI ORANG MELAYU INI JIWANYA LEMBUT.Mereka mudah tersinggung dan berkecil hati.Tetapi jika Pas pandai berdiplomasi tidak mustahil Dr. Mahathir atau Najib sendiri akan menjadi pembela agama Allah yang tegas.Lihat,mereka tegas mempertahankan undang-undang sekular kerana tidak tahu fadhilat dan keberkatan dalam undang-undang Islam.Pada kefahaman mereka undang-undang sekular memberikan mereka wang dan harta di dunia.Namun jika mereka tahu betapa besar ganjarannya melaksanakan undang-undang Islam,di mana di dunia mereka sudah pasti rezeki mereka dijamin Allah (sememangnya Allah yang memberi mereka rezeki setiap hari) dan di akhirat Allah Yang Maha Pemurah akan membayar mereka dengan syurga yang di bawahnya sungai-sungai mengalir.Subhannallah.Mereka berhak dan mudah mendapatnya kerana mereka pemimpin.Itu bezanya golongan pemimpin dan dipimpin.Pemimpin yang menjalankan hukum Allah adalah PEMILIK ISTANA DI SYURGA bersama-sama orang-orang lain yang dimuliakan Allah Yang Maha Pemurah.

Itupun selagi masih ada iman dalam dada mereka.

Di dalam Islam yang diamalkan oleh orang-orang Islam Malaysia khasnya umat Melayu juga cuba dipecahbelahkan oleh anasir-anasir luar.Inilah strategi yang digunakan orientalis untuk mewujudkan firqah-firqah dalam organisasi Islam.Untuk memecahkan umat Islam dalam persoalan akidah amat sukar tetapi dalam perkara cabang memang bukan perkara mustahil.Kebanyakan umat Islam berbalah sesama sendiri bukan pada persoalan besar seperti kerasulan nabi Muhammad tetapi perkara-perkara remeh temeh seperti baca Yassin pada khamis malam jumaat atau sambutan maulidurrasul.Perbalahan ini menjadi besar sehingga sanggup berbunuhan sesama sendiri seperti di luar negara.Ini belum lagi dengan fahaman Syiah.Kita sudah maklum bahawa Syiah ini memang sesat kerana kesalahan mereka mengedit hukum agama mengikut sesuka hati mereka serta menambah-nambah hadis ciptaan sendiri.Yang bagusnya,umat Islam di Malaysia tidak cepat terpengaruh dengan Syiah,tidak seperti umat Islam di negara-negara lain.Mengapa?


Kita kena faham faktor kronologi dan dari mana punca perpecahan umat Islam.Islam sampai di Nusantara melalui pendakwah yang terdiri dari zaman Sahabat,Tabi'in dan selepasnya,di mana konsep Islam ketika itu boleh dikatakan suci dan masih tidak tercemar.Punca perpecahan umat Islam bermula di Timur Tengah dan sekitarnya sehingga menjangkau India juga, dengan kemunculan pelbagai puak agama yang mereka-reka fahaman agama sendiri,terutamanya bermula selepas berakhirnya zaman Salafussoleh.Ini bermakna Islam di Nusantara masih suci dari bermacam pengaruh ajaran baru dalam agama.Jadi fahaman-fahaman yang muncul terkemudian ini di Nusantara khasnya Malaysia datang dari orang luar,contohnya pedagang India Muslim atau orang Arab terkemudian dan juga dari ORANG-ORANG MELAYU YANG MENUNTUT ILMU DI SANA.

Pegangan konsep agama yang kuat telah membenteng umat Islam Melayu khasnya dari ajaran-ajaran yang terang-terang sesat seperti Syiah dan ajaran Ayah Pin tidak kira orang Umno dan Pas.Dalam hal ini,kefahaman mereka (Pas & Umno) agak cemerlang.

Namun orang luar dan para penuntut dari negara luar masih tidak faham senario masyarakat di sini.

DARI SINILAH PUNCA ISTILAH WAHABI DAN SEANGKATAN DENGANNYA.

Kita ambil contoh senario seorang pelajar Melayu yang belajar ilmu di Timur Tengah.Apabila pulang ke kampung,setelah bertahun-tahun belajar,dia telah mengambil keputusan menghapuskan majlis baca Yassin pada malam jumaat kerana baginya itu adalah bida'ah dan Nabi tidak pernah buat amalan itu.Tidak ada hadis atau dalil mengatakan pada malam jumaat ada baca Yasin.Puas dia bertekak dengan imam kampung dan jemaah surau.Dia pun mengeluarkan segala dalil dan hadis dan bermacam-macam lagi yang membingungkan orang-orang tua kampung.

DISINILAH KESILAPAN PELAJAR ITU.Sebenarnya dia tidak perlu bertengkar mengenai hal-hal yang kecil seperti itu.Ini adalah kajian kes.Jika para ulama dapat menyelesaikan masalah ini maka masalah lain dapat diselesaikan.

Ulama Melayu mengadakan majlis bacaan Yassin itu hanyalah KAEDAH DAKWAH mereka untuk menarik orang kampung datang ke surau dan masjid.Biasanya selepas bacaan Yassin,orang kampung akan dijamu dengan jamuan kecil.Bukankah ini akan melembutkan hati mereka supaya dekat pada agama?Ini sama seperti ulama India atau Urdu yang mengadakan majlis Tasykil atau Bayan dan selepas itu ada majlis makan-makan.Setiap ulama di negara masing-masing ada kaedah dakwah mereka yang tertentu.

Dalam seminggu orang kampung tidak buka AlQuran,sekurang-kurangnya malam jumaat mereka buka kitab,baca Yassin.Ini adalah kaedah dakwah ulama-ulama Nusantara.Tidak perlu bertegang leher keluarkan dalil-dalil dan hujah.Memang tiada hadis nabi yang suruh baca Yassin malam jumaat.Noktah.

Tidak ada salahnya mengadakan majlis baca Yassin.Haramkah?Sampai menuduh orang lain sesat.Yang salah ialah mengatakan ada hadis yang suruh buat majlis baca Yassin.

Jangan keliru.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH.Kaedah dakwah yang sudah bersebati dengan jiwa umat Islam Nusantara sehingga menjadi amalan.Bayangkan,ulama nusantara berjaya mendakwahkan orang Melayu supaya membaca AlQuran sekurang-kurangnya seminggu sekali.

Ini samalah seperti orang yang bertekak dan bertegang leher mengatakan sambutan maulidurrasul adalah bida'ah dan sesat.Ada yang mengatakan ia amalan Syiah.Orang yang berkata seperti ini biasanya orang yang mengikuti jemaah-jemaah luar negara seperti dari Arab atau dari India.Orang seperti ini ada di antaranya tinggi ilmu agamanya dan menghafal hadis-hadis.Ada yang mengaku menganut ajaran Salafussoleh dan jalan nabi Muhammad s.a.w yang suci dari perkara yang diada-adakan.

Tinggi ilmu tetapi kurang kepekaan.

Perkara-perkara kecil seperti itu tidak perlu diperdebatkan malah Islam melarang penganutnya memperdebat hal-hal agama.Kita lihat dahulu bagaimana sambutan Maulidurrasul yang umum.Pada hari kelahiran Nabi itu biasanya surau-surau dan masjid akan mengambil inisiatif mengadakan majlis memperingati sirah nabi.Majlis akan diisi dengan ceramah atau forum agama.Selepas itu diadakan majlis jamuan.Bukankah ini sesuatu yang baik?Mengajak orang mengingati Rasulullah s.a.w?Perarakan Maulidurrasul adalah perkara yang lain.Itu konteks yang lain.Perkara yang ingin difokuskan di sini adakah mengadakan majlis ilmu di hari kebesaran Nabi adakah buruk dan sesat dalam agama?

Jangan keliru.Yang salah ialah mengatakan ada hadis menyuruh Maulidurrasul diadakan.Memang tiada hadis atau dalil yang kuat tentang sambutan Maulidurrasul.Ini hanyalah KAEDAH DAKWAH untuk mengajak umat Nusantara kasih akan Nabi.Salahkah?

Hari ini ada di antara kita yang bencikan Nabi.Sehingga muncul golongan antiHadis dan mengatakan nabi berjanggut macam kambing.

Kesilapan golongan yang kononnya sebagai Wahabi,Salafi dan seangkatan dengannya ialah menuduh kaedah dakwah orang lain sebagai sesat tanpa mahu mengkaji bagaimana amalan itu muncul.Bagaimana pula dengan kaedah dakwah Wali Songo yang menggunakan kuda kepang mengajak orang ramai kepada Islam?Mungkin jika dilihat oleh ulama Arab dan India pesta tarian kuda kepang ini,mereka menyangkakan Wali Songo ini sesat dan kafir!

Lainlah amalan Maulidurrasul di Malaysia seperti Hari Karbala oleh penganut Syiah,meratap-ratap dan mencederakan diri sendiri sehingga berdarah-darah.Ini memang sesat malah memudaratkan diri sendiri.

Orang yang mempertahankan baca Yassin atau Maulid Nabi tidak perlu keluarkan hadis atau dalil kerana sememangnya tiada dalil pun.Cukup katakan ia adalah kaedah dakwah kepada orang yang kononnya amalkan jalan Nabi dan Sahabat.Bagi mereka faham bahawa di dalam Islam terdapat empat sumber hukum,bukan semata-mata AlQuran dan Hadis,

1-AlQuran
2-Hadis
3-Qias
4-Ijtihad Ulama

Contohnya untuk menggubal undang-undang Siber,para pengamal undang-undang Islam tidak hanya bergantung pada AlQuran dan Hadis tetapi Qias dan Ijtihad juga kerana komputer tiada di zaman Nabi dan Sahabat.Ini misalan yang mudah.Dalam kes lain ada ulama yang melarang lampu elektrik dipasang di dalam masjid kerana berdasarkan Qias/Ijtihad yang salah (masjid nabi dahulu tiada elektrik,jadi kita tidak boleh ada lampu elektrik kononnya).


Ulama India/Pakistan bila datang Malaysia terkejut bila ada majlis baca Yassin malam jumaat.Ulama Malaysia pula terkejut terdengar istilah gasyt,karkuzari,tasykil dan bayan bila bertemu ulama Urdu di mana di zaman nabi malah hadis-hadis tiada pula terdengar perkataan-perkataan itu.JIka kedua-dua mereka mengambil sikap dungu dan kurang matang,mereka akan berdebat hal-hal yang remeh-temeh ini,sehingga bermasam-masam muka dan menuduh sesat antara satu-sama lain.Jika mereka saling faham memahami dan bersikap matang,mereka akan faham betapa di lain tempat,lain KAEDAH DAKWAH yang diusahakan.Lain padang,lain belalang.Semuanya adalah semata-mata untuk mengajak manusia ke jalan Allah s.w.t.

Kata kuncinya ialah KAEDAH DAKWAH.

Sebab itu tidak perlu memperdebatkan mengapa jemaah Tabligh keluar berdakwah berdasarkan masa-masa tertentu seperti 1 hari setengah,3 hari,40 hari atau 4 bulan kerana memang tiada dalil khusus untuk itu,ini hanyalah KAEDAH DAKWAH dari ulama Nizamuddin di India untuk memudahkan orang keluar berdakwah berdasarkan keperluan masing-masing.Jika perkara ini kita masih tidak faham maka makin senanglah orientalis mencucuk-cucuk jarumnya melebarkan lagi perpecahan sesama kita.Dan kita tidak semestinya hanya menunggu semua perkara tentang Islam ini datang dari Arab.Jika KAEDAH DAKWAH itu baik dan sesuai di sini maka apa salahnya kita amalkan.Bukankah ziarah-menziarahi sambil menceritakan kebesaran Allah itu adalah sesuatu yang baik dan mulia.


Apa yang terjadi pada Jemaah AlArqam pula lain kesnya.Ini juga satu kajian kes yang penting dan mesti dipelajari oleh semua orang yang mengaku pejuang Islam.Kesilapan AlArqam ialah terlalu leka dengan persoalan Imam Mahadi sehingga musuh-musuh Islam berhasil mencari peluang memporak-porandakan jemaah ini.Sedangkan Imam Mahadi sendiri tidak tahu dirinya Imam Mahadi malah lari apabila para ulama di Baitullah mahu membaiahnya.Setelah berkali-kali dipujuk barulah Imam Mahadi menerima baiah para ulama.



Adakah Abuya tidak tahu perkara ini?Atau adakah beliau membiarkan para pengikutnya mendewa-dewakan dan taksub kepadanya?Asas yang ditegakkan oleh Abuya memang cemerlang,dengan menitiberatkan amalan sunnah Rasulullah s.a.w dari segi pakaian sehingga kehidupan seharian serta menegakkan sistem ekonomi Islam.Dan sunnah nabi yang mereka tegakkan dalam urusan ekonomi membuatkan ekonomi mereka setara malah lebih dari ekonomi kaum Cina yang kita hairan-hairankan itu.Jika kaum Cina siang dan malam kerja keras untuk dapatkan seringgit sehari,orang yang amalkan sunnah nabi dalam ekonomi mampu dapat 2 ringgit sehari malah boleh berlipatganda dari itu dengan cara yang amat mudah tanpa perlu menipu timbangan.Inilah rahsia amalkan sunnah nabi.

Sesungguhnya DI DALAM SUNNAH ADA KEJAYAAN.

Tetapi AlArqam terlalu taksub pada pemimpin sehingga sanggup mendakwa Abuya sebagai Imam Mahadi,dan yang anehnya Abuya sendiri tidak berusaha mahu menafikan perkara itu.Maka akibatnya Tuhan hancurkan jemaah ini kerana operasinya semakin merapu dan membahayakan akidah.


Tetapi yang kita mahu ambil positif ialah PENGAMALAN SUNNAH NABI.

Mengapa orang-orang Barat berjaya dalam hal-hal keduniaan?Tanpa kita sedar orang-orang Barat khasnya orang-orang Eropah telah banyak mengamalkan sunnah nabi dalam hidup mereka.Contoh yang paling besar ialah kebersihan.Bukankah nabi pernah bersabda bahawa kebersihan itu SEPARUH DARI IMAN?Lihatlah negara 'mat saleh'.Betapa bersihnya tempat mereka.Penampilan mereka kemas.Sistem mereka tersusun.Bangsa Jepun maju kerana meniru sistem Barat ketika era Pemodenan Meiji.Sebab itu negara Jepun juga mengamalkan sunnah 'kebersihan' sehingga gagah dalam teknologi dan perniagaan.Lihat negara India dan Pakistan.Kita faham mengapa di sana terdapat orang yang duduk dalam kawasan sampah sebagai tempat tidurnya.Yang kaya makin kaya,yang miskin makan seperti anjing di kaki-kaki lima.Kanak-kanak miskin yang selekeh berebut-rebut mengerumuni pelancong.

Lihatlah negara Finland yang paling rendah kadar rasuahnya.Negara-negara Skandinavian ini juga adalah antara negara yang paling maju dan kukuh ekonominya dan negara yang paling aman dan paling selamat untuk diduduki mengikut kajian antarabangsa.Mereka bukan negara Islam,namun mereka amalkan sunnah Nabi.Hatta perkara paling kecil iaitu mengadakan garam ketika hidangan pun membuahkan kejayaan bagi mereka.


Di dalam SUNNAH ADA KEJAYAAN.


Hari ini setiap amalan sunnah nabi dapat dibuktikan secara saintifik.Dari konsep keseimbangan cas dalam solat berjemaah,sujud yang mampu memasukkan darah pada satu titik pada otak,enzim pada hujung jari yang boleh memudahkan proses penghadaman (amalan menjilat jari),madu,kurma dan kismis yang banyak manfaat,semua ini telah dikaji oleh ramai saintis.Dan saintis-saintis Barat ini ada yang memeluk Islam,berlainan pula dengan orang-orang Melayu yang menjadi Islam Liberal seperti Sister of Islam yang makin galak mencari apakah lagi isu sensasi yang boleh merendah-rendahkan agama sendiri.Ini perbezaan orang yang menggunakan ilmu untuk mencari hidayah Allah dengan orang yang menyalahgunakan ilmu yang ada.




Orang-orang Eropah pada masa dahulu amat pengotor.Pada era Zaman Gelap Eropah,jalan-jalan di bandar Paris dan London amat kotor dengan najis dan tikus-tikus berkeliaran berbanding dengan kota Baghdad dan kota-kota Islam lain yang bersih dan terjaga.Namun siapakah yang mengajar orang-orang Eropah ini supaya berubah?Pertama,orang-orang Eropah yang pergi menuntut ilmu di kota-kota Islam.Keduanya orang-orang Yahudi yang mengetahui rahsia kebaikan pada setiap sunnah nabi.Orang-orang Yahudi ini memang tahu bahawa Rasulullah s.a.w benar-benar nabi akhir zaman yang dijanjikan tetapi mereka tidak dapat menerima bahawa nabi itu lahir dari kalangan orang Arab yang dipandang rendah oleh mereka.Mereka ikut segala kebaikan dari sunnah nabi tetapi mereka tidak mengakui kerasulannya.Kemudian mereka promosikan amalan hidup yang buruk kepada dunia luar atau goyyim,padahal pada masa yang sama mereka diam-diam mengamalkan sunnah nabi.Di Israel,rabbi-rabbi mengharamkan arak,zina dan daging babi tetapi di sini pernah ada yang ingin membina industri babi bagi dieksport ke negara China.

Kesimpulannya setiap orang yang mengaku berjuang atas agama perlu faham senario keseluruhan sebelum pergi berperang.Tanpa kefahaman yang jelas,mereka akan keliru dan dikelirukan.Orang yang berjuang di dalam jemaah Tabligh tidak boleh terkongkong dalam jemaahnya sahaja tanpa perlu mengikuti politik Malaysia dan dunia.Orang yang berjuang dalam Pas perlu tahu sepak terajang musuh-musuh Allah supaya tahu siapa kawan siapa lawan.Saudara-saudara dalam Umno kena ambil inisiatif belajar agama disamping memahami siapa yang mahu terus menyesatkan Umno supaya jauh dari agama sendiri.Di dunia mungkin kita lepas tetapi di akhirat...fikirkan.

Sebagai penutup,mari kita renung-renungkan,dalam sejarah pemerintahan Islam di seluruh dunia,begitu banyak orang-orang kafir memberontak dan melakukan keganasan.Namun ini terbalik bagi orang Islam berada di bawah pemerintahan orang-orang kafir,orang-orang kafir pula yang melakukan keganasan terhadap orang-orang Islam.Kita ambil contoh saudara sebangsa kita di selatan Thai.Adakah mereka gembira dan hidup aman?Lihat penderitaan orang Islam Cham di era Khmer Rouge di Kemboja.Tanya pula nasib agama Islam di Singapura?Adakah orang Islam khususnya orang-orang Melayu selesa mengamalkan Islam di sana?Hari ini kita punya tanah dan negara.Tetapi esok siapa tahu?Adakah anak cucu kita dapat tinggal di tanah tumpah darah kita ini?Adakah mereka dapat mewarisinya kelak?Ini bukan bercakap mengenai kaum tetapi lebih kepada survival Islam.Jika kafir harbi menaiki takhta pemerintahan Malaysia,cuba tanya diri dengan jujur adakah mereka dengan senang hati mahu menjaga agama kita di sini?Malahan isu arak dan babi pun boleh menjadi perkauman padahal mereka sudah maklum daging babi adalah isu sensitif bagi orang Islam khasnya Melayu.Fikirkan.

Jika kita rasa orang kafir boleh membelai dan memanja-manjakan Islam apabila mereka memerintah,silalah beri takhta kepada mereka.Berikan semua hak kita,tanah,kedaulatan...apa saja.Biar kita berpecah dan bergaduh sesama sendiri.Biar kita pupus perlahan-lahan di bumi bertuah ini.Biar kita lenyap tanpa berbekas nama sekalipun.







Tiada gunanya kau bertanya
Selagi kau letakkan Tuhan dibelakangmu
Muhammad di kakimu
Rela berdiri di depan muncung Coca-cola
dan mati atas nama demokrasi

Blog Widget by LinkWithin
 

blogger templates | Make Money Online