POLITIK
-
Kemalangan Maut Babit Guru Kolej Vokasional Kuantan Di Jalan Semambu, Pemandu SUV Di Tahan Polis Untuk Membantu Siasatan - *KUANTAN: *Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes kemalangan maut di Jalan Semambu di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten...1 day ago
-
Pengampunan Najib apakah disengajakan? - *BACA POLITIK* SETIAUSAHA Agung DAP, *Anthony Loke Siew Fook*, mengambil tanggungjawab sesuai pendirian parti berhubung keputusan pengampunan bersyarat te...1 week ago
-
Cerita Seram Orang Hospital - Cerita Seram Orang Hospital Lain macam bila misi dan mereka yang bekerja di hospital mula berkongsi cerita. Bukan cerita yang dibuat-buat untuk menakutkan ...3 weeks ago
-
DAP Punca Melayu Berpecah ??? - Tadi aku ngeteh dgn sahabat aku seorang Polis pencen. Tiba2 datang ex YB UMNO. Dia memujuk agar kami mengundi UMNOBNPAS di NS. Alasannya adalah DAP me...2 months ago
-
Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi - * KUALA LUMPUR* : “Kezaliman rejim Zionis sebenarnya hanya akan menggali kubur diri mereka sendiri.” Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ber...1 year ago
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...2 years ago
-
-
Genset 20 KVA: Sumber Daya Listrik Tangguh untuk Berbagai Kebutuhan - Listrik adalah salah satu kebutuhan pokok dalam kehidupan sehari-hari kita. Hampir semua aspek kehidupan modern bergantung pada pasokan listrik yang and...2 years ago
-
Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online - Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online – Di era dimana teknologi memudahkan segala aspek kehidupan, bermain judi slot kini tak ...2 years ago
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY - RANCANGANZELENSKY YANGAMAT JAHATAMINTEMBAK POLANDTUDUH RUSIA KETIKA G20MESYUARAT DI BALIKHALAS3 years ago
-
Rupanya Projek LCS Lewat Siap Sejak 2016. - Kenyataan Media | 𝗦𝗸𝗮𝗻𝗱𝗮𝗹 𝗟𝗖𝗦 - 𝗡𝗮𝗷𝗶𝗯 𝗽𝗲𝗿𝗹𝘂 𝗵𝗲𝗻𝘁𝗶 𝗸𝗲𝗹𝗶𝗿𝘂𝗸𝗮𝗻 𝗿𝗮𝗸𝘆𝗮𝘁 Ramai yang terpengaruh dengan naratif mantan P...4 years ago
-
Tengku Razaleigh ada bincang penubuhan kerajaan baru ketika mengadap Agong kata pembantu - PERTEMUAN dengan YDP Agong semalam ada melibatkan perbincangan tentang cadangan untuk penubuhan kerajaan baru kata pembantu kepada Tengku Razaleigh Hamzah,...5 years ago
-
LIVE AJL 34 - KLIK DI SINI UNTUK MENONTON AJL 34 *Masalah Air Berkarat?Nak Pasang Cuckoo?Daftar Segera Secara Online * *PASANG CCTV MURAH * *IKLAN TEKS RM10 SEBU...6 years ago
-
Bapak ayam - Merekalah bapak ayam Mengatur tauke tauke besar yang ghairah merogol Menyondol hutan hutan dara subur yang basah lebat merimbun Meraba ganas liang, lubang, l...7 years ago
-
Catatan Dhuha april 2019 - CATATAN DHUHA APRIL 2019 Catatan Dhuha. Hebatnya iman Saidina Abu Bakar terbukti, apabila kafir musyrikin cuba meragukan keimanan beliau dengan pemberitaan...7 years ago
-
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT - Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang berbeza d...8 years ago
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah - KERAJAAN negeri bersikap terbuka untuk mengadakan perbincangan pada bila-bila masa dengan pengurusan Pusat Pendidikan Al-Barakah jika mereka memerlukan ban...8 years ago
-
NOTIS PENUTUPAN BLOG RAKYAT MARHAEN - *SAYA ADMIN BLOG RAKYAT MARHAEN DENGAN RASMI MEMAKLUMKAN KEPADA SEMUA PENGIKUT BLOG INI DAN RAKYAT MALAYSIA, BERKUATKUASA PADA JAM 11.59 MALAM 11/5/2018 (J...8 years ago
-
-
ANAK TEMAN PON TAK LEPAS - Suatu pagi teman berkudap kat Warisan Cafe MH Hotel. Udah pencen nih relek bebenor. Teman nengok kekawan yang masih keghojer kesian weh. Kalo dedulu maser ...8 years ago
-
Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya - Saya adalah pembekal bendera murah Pakatan Harapan dan Barangan Kempen Pilihan Raya bagi seluruh Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Hubungi...8 years ago
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru - *Komisyen balak diguna untuk beli Wisma Tok Guru, dedah Husam* Kelulusan kawasan balak seluas 5,500 ekar kepada tiga buah syarikat yang dimiliki orang y...8 years ago
-
Akhavan Supermarche Flyer - Akhavan Flyer - Akhavan Supermarche is located in Quebec with 2 locations – one in Montreal and one in Pierrefonds. With more than 10000 square feet filled...9 years ago
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru - Rumah banglo semi-d yang terletak di Rapat Setia Baru ini ingin dijual dengan harga RM580,000.00. Harga boleh dirunding mengikut budi bicara. Lokasi yang m...9 years ago
-
Kelantan pertama lancar kelab Jaringan IT Prihatin - *SEMINAR* Pengurusan dan Pentadbiran JSU-JIT Negeri Kelantan itu memberikan kefahaman ICT terkini dan bidang tugas kepada Penyelaras IT Dun.9 years ago
-
Zakat Fitrah dan kemiskinan kota - *Zakat Fitrah dan kemiskinan kota* Petang 27hb Jun 2016, melalui seorang kenalan, saya diperkenalkan kepada seorang wanita Melayu rakyat Malaysia, b...10 years ago
-
PERDA Oh PERDA.. SPRM, Bila nak siasat? - Disyaki penyelewengan telah berlaku. Yang menghairankan, kenapa xde apa apa tindakan atau siasatan oleh pihak berkenaan?? Bende dah keco, dah membiak.. Tak...11 years ago
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa... - *Takziah, moga pasangan bahagia ini bersabar dengan ujian Allah...Subhanallah* *kisah di sini dan sini....*12 years ago
-
Kuah pun kuah lah, kuah daging rasa daging juga - Kalau dikaji dan diselidik secara ‘pragmatic’ BN tidak mungkin dapat bertahan dalam pilihanraya kali ini. Selalu saya berkata setiap perubahan itu mesti be...13 years ago
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat - Para ulama meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda : لقد شهدت في دار عبد الله بن جدعان حلفا لو دعيت به في الاسلام لأجبت. السيرة النبوية لابن كثير ...13 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Thursday, October 15, 2009
Monday, October 12, 2009
Labels:POLITIK,ISU part 2
Sunday, October 11, 2009

Sebelum kehadiran agama Kristian, masyarakat Eropah menyembah dewa-dewi pagan dan agama animisme.Dewa-dewi pagan yang paling popular adalah dari budaya Greco-Roman.Zeus,Jupiter,Diana,Neptune,Hercules sekadar menyebutkan beberapa nama adalah dewa-dewi orang-orang Yunani dan Rom namun jika dikaji dengan lebih teliti,rupa-rupanya dewa-dewi ini juga diambil dari budaya Mesir Kuno;penjelmaan semua dewa-dewi orang-orang Mesir ke budaya Greco-Roman.Perhubungan orang-orang Eropah dengan jiran-jiran mereka dari Timur Tengah terutamanya dari apa yang dipanggil 'orang Semit' dari kalangan Yahudi dan Arab menumbuhkan minat orang-orang Eropah mempelajari satu cabang agama misteri yang kurang diterokai oleh mereka, iaitu sihir dan hubungan manusia dengan jin dan syaitan sejak mereka masih tidak memahami rahsia mistik Mesir Kuno dan The Book of Dead.
Orang-orang Semitlah yang memberi ilmu pengetahuan tentang makhluk-makhluk halus ini dan sihir-sihir yang lebih maju;lebih maju dari yang dapat diberikan oleh rahib-rahib Celtic dan Druid serta para Oracle dan penjaga Kuil Artemis.Kita akan memahami bagaimana orang-orang Eropah mempelajari mistik dan menjadi permulaan kepada kultus-kultus sihir seperti yang digambarkan di dalam buku dan filem Harry Porter serta kewujudan ajaran New Age dan Theosophy.
The Fraternity of the Rose Cross

Kultus Persaudaraan Rose Cross atau kadangkala disingkatkan menjadi Rose Cross atau Rosicrucian adalah salah satu kultus mistik sesat yang bergabung ke dalam organisasi Dajjal Laknatullah selain pergerakan Kabbalah dan 'Babylonian Magic'.
Tidak ramai yang mengetahui siapa yang mengasaskan kultus ini sehinggalah terbit 3 buah makalah iaitu Fama Fraternitatis,Confessio Fraternitatis dan Chymical Wedding of Christian Christian Rosenkreuz yang mendakwa pergerakan mistik Rose Cross dimulakan oleh C.R.C iaitu kependekan bagi Christian Rosenkreuz.Rosicrucian adalah pergerakan mistik (Hermiticism) yang mencampuradukkan fahaman-fahaman mistis sesat Kabbalah,pagan dan tafsiran-tafsiran Sufism yang diseleweng di sana-sini dengan sedikit kepercayaan mistik dalam agama Kristian.Rosicrucian adalah antara sumber amalan dan ritual sesat dalam Freemasonry,satu persaudaraan tertua milik Dajjal Laknatullah yang diwariskan dari kultus sihir diraja Firaun Mesir.SEhingga kini di dalam Freemasonry terdapat nama pangkat yang didedikasikan kepada nama kultus ini iaitu Knight of the Rose Croix yang menduduki tangga 18 Degree Freemasonry.Malahan kultus sesat ini masih wujud sehingga ke hari ini dengan nama Ancient Mystical Order Rosae Crucis (AMORC).
Menyelusuri sejarah Rosicrusian dan pengasasnya membuatkan kita dapat mengagak perjalanan hidup yang serupa di alami oleh The Antichrist dan dari mana orang-orang Eropah mempelajari ilmu ramalan Tarot dan 'magick' seperti yang digambarkan oleh Harry Potter dan rakan-rakannya di dalam novel terkenal itu.Untuk mengetahuinya kita perlu mengenal siapa pengasasnya yang digambarkan di dalam Fama Fraternitatis.Christian Rosenkreuz mungkin hanya gelaran dan sarjana masih tidak mengagak dengan tepat siapakah sebenarnya Rosenkreuz itu.Cuma ada diceritakan kisah hidup pengasas ini di mana dipercayai Rosenkreuz adalah orang yang sama dengan seorang anak kecil yang diselamatkan oleh para pendeta Albigensian (satu kelompok gnostic Kristian) dari istana milik keluarganya dari serangan Konrad von Marburg,seorang pegawai Inquisitor yang memimpin tentera di bawah kuasa Paus untuk menghapuskan kelompok-kelompok yang menentang Paus.
Anak kecil ini di bawa oleh para pendeta tadi ke sebuah biara tersembunyi dan di sanalah dia diajar segala ilmu kerohanian Albigensian yang dianggap sesat oleh gereja.Apabila besar,anak kecil tadi yang berubah menjadi remaja yang sihat dan cerdas merasakan apa yang didapati dari biara Albigensian itu tidak memenuhi kehendak dirinya.MASIH ADA LOMPANG DAN BANYAK KEKURANGAN DALAM MISTIK mereka.Pemuda itu perlukan lebih dan lebih lagi.Dia telah bergabung dengan satu aliran kerohanian yang bercadang untuk ke Tanah Suci(Baitul Maqdis).Dalam perjalanan,teman perjalanan Rosenkreuz yang dihormati olehnya telah meninggal dunia di Cyprus dan Rosenkreuz (C.R.C) terpaksa meneruskan perjalanan hingga ke Damsyik.Di Damsyik,dia telah berguru dengan ahli falsafah dan Sufi di sana.

Kemudian dia telah mendengar tentang satu kelompok Kabbalis yang berada di Damcar,satu kota yang terkenal dengan pelbagai aliran kerohanian.Berasa putus asa dengan perjalanannya ke Baitul Maqdis,dia pun bergerak ke sana melalui kafilah-kafilah Arab dan umurnya baru mencecah 16 tahun ketika tiba di Damcar.Dia telah mendapat seorang kawan yang dihormatinya dalam ilmu kesufian dan kerohanian,dan telah mengajarnya ilmu kerohanian Arab (Sufism?).Rosenkreuz telah mempelajari bahasa Arab dan telah menterjemahkan satu buku kerohanian Arab yang digelarnya 'M' dan kemudiannya membawanya ke Eropah sebagai satu ilmu yang amat tidak ternilai harganya.
Selepas tiga tahun belajar di Damcar,C.R.c telah bergerak ke Fez,di mana tukang sihir Arab mengatakan ilmu lanjutan tentang sihir dan makhluk halus boleh didapati di sana.Di sanalah C.R.C telah mempelajari cara berkomunikasi dengan jin dan syaitan.Namun dikatakan C.R.C merasakan pengalamannya di Damcar lebih bernilai berbanding di Fez.
Selepas 2 tahun di Fez,dia pun belayar ke Sepanyol dengan membawa pengetahuan dan barangan berharga di sepanjang pengembaraannya di Timur Tengah.Menurut riwayat yang lain,C.R.C sebenarnya telah mempelajari ilmu Sufi,Kabbalah dan Zarathushtra ketika pengembaraannya.
Kisah seterusnya ialah perjuangannya menegakkan aliran kerohaniannya sehinggalah kematiannya yang misteri.Kisah yang popular mengatakan tiada siapa pun yang pernah melihat dia kecuali para pengikutnya.Kota mistik Damcar di Timur Tengah juga tidak wujud dan mungkin penulis maksudkan kota Damascus (Damsyik) yang juga tempat berkumpul para tokoh Sufi dan ilmuwan Islam seperti al-Farabi dan Imam Nawawi.Malah tokoh Sufi berhaluan kiri,Ibnu Arabi yang amat kontroversi juga meninggal dunia di sini.Kemungkinan C.R.C pernah bertemu dengan beliau atau anak muridnya.
Satu teori lain ialah kewujudan Rosicrucian yang berawal dengan kultus sihir di Istana Firaun.Pergerakan Rosicrucian, berakar dari tradisi misteri, falsafah, dan mitos dari Mesir Kuno (kira-kira 1500 SM). Di zaman dahulu istilah “misteri” yang disebut suatu pengetahuan khusus (gnosis), atau suatu kebijaksanaan yang rahsia.

Beribu-ribu tahun yang lalu di Mesir Kuno dipilih sekolah atau badan yang dibentuk untuk menyelidik misteri hidup dan belajar rahsia kebijaksanaan tersembunyi ini. Hanya para pelajar yang tekun, yang menunjukkan keinginan besar terhadap pengetahuan dan memenuhi kelayakan tertentu saja yang mampu dipertimbangkan untuk dilantik ke dalam aliran ini.
Para anggota pelajar pertama aliran ini bertemu di dalam ruangan yang dipencilkan di dalam kuil tua yang tersergam, sebagai calon, mereka diiktiraf ke dalam aliran tersebut. Pengajian kebatinan mereka kemudian meletakkan personaliti yang lebih tertutup dan dipegang secara eksklusif di dalam kuil yang telah dibangunkan untuk tujuan tersebut. Bertentangan dengan pernyataan sejarawan, tradisi Rosicrucian menceritakan bahawa piramid Giza tidaklah dibangunkan sebagai makam firaun, tetapi benar-benar merupakan tempat pengajian dan latihan kebatinan. Sekolah-sekolah kultus, setelah berabad-abad, secara berangsur-angsur ditingkatkan menjadi pusat pembelajaran, menarik para pelajar dari seluruh dunia.
Firaun Thutmose III, yang memerintah Mesir dari 1500 hingga 1447 SM, mentadbir sekolah kebatinan pertama yang mula-mula sekali menemukan kaedah dan prinsip yang mirip dengan prinsip dan kaedah aliran Rosicrucian zaman ini, AMORC. Dekad Firaun selanjutnya, AMENHOTEP IV 'dibaiah' ke dalam aliran rahsia. Firaun ini yang paling mendapatkan pencerahan ,menurut Rosicrucian,sangat diinspirasikan oleh pengetahuan rahsia yang mengajarkan bahawa ia memberi suatu arah baru bagi falsafah dan agama Mesir. Dia mendirikan suatu agama yang mengakui Aton, tuhan matahari, sebagai lambang tapak kaki dewa, asas bagi kehidupan itu sendiri, lambang cahaya, kebenaran, dan kesenangan, dan mengubah namanya menjadi Akhenaton untuk mencerminkan gagasan baru ini.Walaupun agama yang lebih awal didirikan kembali kemudiannya, gagasan kebatinannya ditanamkan ke dalam kesedaran manusia dan pengaruhnya tidak pernah padam.
Berabad-abad kemudian, ahli falsafah Yunani seperti Thales dan Pythagoras, ahli falsafah Rom Plotinus, dan yang lainnya, telah pergi ke Mesir dan dibenarkan memasuki ke dalam aliran rahsia itu. Kemudian mereka membawa ajaran ini ke dunia barat. Pengalaman mereka adalah catatan pertama dari apa yang segera wujud dalam aliran Rosicrucian. Nama aliran, seperti yang sekarang dikenali, datang kemudian. Bagaimanapun, aliran Rosicrucian selalu mengabadikan warisannya dari prinsip dan perlambangan masa lampau.
Sepanjang sejarah, menurut dakwaan Rosicrucian, sejumlah orang terkemuka di bidang ilmu pengetahuan dan teknologi telah dihubungkan dengan pergerakan Rosicrucian, seperti Leonardo da Vinci (1452-1519), Cornelius Heinrich Agrippa (1486-1535), Paracelsus (1493-1541), François Rabelais (1494-1553), Theresa Avila (1515-1582), John of the Cross (1542-1591), Francis Bacon (1561-1626), Robert Fludd (1574-1637), Jacob Boehme (1575-1624), René Descartes (1596-1650), Blaise Pascal (1623-1662), Baruch Spinoza (1632-1677), Isaac Newton (1642-1727), Wilhelm Gottfried Leibnitz (1646-1716), Benjamin Franklin (1706-1790), Thomas Jefferson (1743-1826), Michael Faraday (1791-1867), Ella Wheeler Wilcox (1850-1919), Marie Corelli (1855-1924), Claude Debussy (1862-1918), Erik Satie (1866-1925), dan Edith Piaf (1916-1963).
Jika begitu, ini bermakna hubungan Rosicrucian dengan Freemasonry amatlah rapat dan tidak boleh disangkal lagi.Rosicrucian adalah Mason,Mason adalah Rose Cross.Sampai satu peringkat,para pelatih Mason akan diajar ilmu 'sufi' Mawar Salib.Mereka akan diajar tentang Tuhan sebenar yang disembah oleh aliran itu iaitu,Lucifer yang dipercayai oleh ahli kultus sebagai pemilik alam semesta ini.
*Puisi Jalaludin Al-Rumi,MathnawiLambang Rosicrucian adalah salib yang diletakkan bunga mawar di atasnya.Salib melambang jasad manusia dan bunga mawar melambang kesedaran atau pencerahan kerohanian manusia itu.Sekadar trivia,lambang inilah yang terpampang pada layar kapal-kapal Columbus.Lambang mawar ini sebenarnya dicedok dari aliran sufi Suhrawardi iaitu Tarekat Bunga Mawar yang akhirnya dipanggil Rosicrucian di Barat.Kita tidak perlu hairan dari mana pengetahuan kerohanian ini berasal kerana orang-orang Eropah belajar ilmu mistik dari orang Yahudi (Kabbalah) dan Arab/Islam (Sufi).

Kisah para ketua,pengasas dan para pendeta kultus-kultus sihir Eropah yang belajar dari para Kabbalis dan ahli Sufi (namun mereka gemar memutarbelitkan ilmu sufi tadi) diabadikan oleh seorang penulis horror Amerika, Howard Phillips Lovecraft (H.P Lovecraft) yang telah mengasaskan kepercayaan Cthulhu,dewa berbentuk sotong (tampil dalam komik dan filem Hellboy) ke dalam karyanya yang paling popular di seluruh dunia iaitu Necronomicon dengan watak utamanya iaitu Abdul Alhazred yang bergelar 'Mad Arab'.

Necronomicon hanyalah mitos H.P Lovecraft,namun sebenarnya telah diambil dari legenda-legenda sihir Rosicrucian dan agama misteri Masons (sepertimana Walter William Skeat yang mengarang Malay Magic,namun Malay Magic lebih 'authentic' dan tinggi darjatnya berbanding Necronomicon kerana ia sebuah pemerhatian sejarah).Banyak versi Necronomicon selepas kematian H.P Loveraft.Salah satu dewa dalam teks-teks berbau Necronomicon,Yog-Sothots,Yog-oths atau Shogoths adalah nama dewa dari ajaran sesat Barat merujuk kepada Yaghuts,salah satu berhala orang-orang Arab jahiliah yang dipercayai asalnya ialah orang soleh di zaman nabi Nuh.Aliran Fransiscan dalam kependetaan Gereja Katolik yang diasaskan oleh St. Fransis Assisi pula sebenarnya diinspirasikan dari ajaran sufi Najmuddin Al-Kubra yang hidup lebih awal dari pendeta terkenal itu.

Aliran kebatinan Rosicrusian inilah yang menjadi inspirasi kepada kultus-kultus mistik sesat lain seperti Order of The Golden Dawn (Aleister Crowley) dan Brotherhood of Luxor selain aliran-aliran tersembunyi yang menjadi kelab para elit Eropah seperti Order of The Garter (Queen Elizabeth) dan Order of The Black Sun (Hitler).Order of The Garter pula asalnya terdiri dari tiga belas orang,satu kelompok di bawah Raja Edward III, kelompok
lainnya di bawah Putera Hitam (Black Prince). (Simbol) warnanya biru dan emas,
jubahnya kain bulu bertudung, dan tujuan-tujuannya adalah bersifat ketenteraan dan kesetiaan seorang satria.
Wali/orang suci pelindungnya adalah St. George, yang di Syria, dimana (sistem)
pemujaannya berasal, disamakan dengan watak Khidr yang misteri dari aliran para Sufi.
Dalam kenyataannya kelompok ini disebut dengan Ordo St. George, yang
diterjemahkan langsung ke dalam ungkapan Sufi sebagai Thariqat Hadharati
Khidr (the Order of St. Khidr) yang kemudian dikenali kemudiannya dengan nama Order of The Garter.Orang-orang Eropah yang dahagakan lebih amalan mistik sesat dan pagan kemudiannya mengubah trend ke India dan Tibet;melengkapkan pencarian sesat mereka dan menghasilkan apa yang dinamakan ajaran New Age Religion dan Theosophy.
Gabungan dari pelbagai aliran kebatinan ini dijadikan silibus Dajjal The Antichrist untuk mengukuhkan 'keimanan' para pengikutnya kepada Iblis Laknatullah.Ini kerana,Dajjal juga mempunyai prinsip perjuangannya dalam SECRET SOCIETIES yang bergerak di atas tiga kekuatan:
*Kerohanian iaitu Mistik Sesat
*Sains dan Ekonomi
*Politik dan Ketenteraan
Ketiga-tiga prinsip ini adalah ramuan kejayaan dunia The Antichrist.Namun berita yang menyedihkan adalah bahawa segala usaha The Antichrist ini akhirnya menjadi sia-sia bak mencurah air di daun keladi.Antichrist telah merancang pelbagai strategi,tetapi Tuhan yang mencipta dirinya yang lemah itu telah pun merancang terlebih dahulu.Sehingga akhirnya The Antichrist juga merupakan hamba,kuli dan pencacai kepada satu makhluk hina-dina iaitu Iblis Laknatullah 'Izzazil' Lucifer.Di dalam matrix pembohong ini,pilihan telah tersedia.Akibat setiap pilihan sudah pun diberitahu.Kita cuma perlu memilih.Namun yang anehnya kita selalu tersilap memilih.Kita semua dilahirkan untuk menjadi hamba namun adakah kita rela menjadi hamba kepada hamba yang lain atau menjadi hamba kepada Tuan yang benar-benar berkuasa?Para Elit Masons (sekadar menyebutkan organisasi Dajjal yang popular) memilih menjadi hamba suruhan Dajjal dan Iblis padahal keduanya adalah makhluk dan hamba Allah s.w.t jua.Dajjal dan Iblis tidak punya kuasa apa-apa,namun Allahlah yang Maha Berkuasa.Jika Allah menahan Dajjal dari bernafas seminit sekarang pun,maka 'jadilah!';sudah tentu Dajjal yang lemah itu akan tercungap-cungap kelemasan.Rockefeller dan Rothschild;dua pencacai Dajjal yang super mewah dan berkuasa di dunia ini pun,jika Allah s.w.t tidak membenarkan sebutir nasi (mungkin mereka biasa makan roti dan keju) pun masuk ke dalam kerongkong mereka pada hari ini,maka tiadalah rezeki mereka walaupun mereka tidur di atas bukit emas dan perak.Sesungguhnya ALLAH MAHA KUASA,MAKHLUK TIADA KUASA.
Labels:POLITIK,ISU Rosicrucian
Friday, October 9, 2009

Apakah dia Bohemian Grove?Nama orang?Tempat?
Bohemian Grove adalah satu kelab sosial yang ditubuhkan untuk tujuan pertemuan para hamba,kuli dan pencacai Dajal Laknatullah.Menurut fakta yang dicanangkan kepada umum,Bohemian Grove ini adalah kepunyaan kelab kesenian San Francisco yang mengumpulkan para pencinta seni,artis dan karyawan.Tetapi ini cuma 'cover-up' sahaja.
Bohemian Grove terletak di tanah seluas 2700 ekar atau 11 km persegi di Sonoma County,California.Kebiasaannya terdapat slot selama 2 minggu di dalam bulan Julai,di mana ahli-ahli kelab ini akan berkongsi minat yang sama terhadap hasil-hasil seni.Aktiviti-aktiviti kesenian akan dijalankan pada waktu itu.Terdapat bualbicara,ceramah,seminar dan pameran ketika sesuatu kem sedang berlangsung.
Itu hanya permukaan sahaja.Ketika para artis sedang berparti,sebenarnya di sana berlangsung pertemuan-pertemuan para presiden,jutawan perniagaan,jeneral tentera,para pemimpin dan cendekiawan yang menjadi penjilat dan lembu yang dicucuk hidung kepada organisasi Dajjal Laknatullah.Mereka menjalankan perancangan di sini untuk menentukan hala tuju organisasi mereka adakalanya setelah pertemuan-pertemuan ritual besar mereka seperti The Feast of The Beast.Ketika pertemuan,mereka wajib menjalankan beberapa ritual yang menyerupai amalan jahiliah Eropah dahulu kala;amalan-amalan pagan Era Kegelapan Eropah!
Iblis sememangnya mahukan manusia menjalankan kembali penyembahan berhala,ritual pagan dan amalan jahiliah animisme.Semakin dekat manusia dengan amalan yang tidak menggunakan akal yang sihat,semakin dekat pula mereka dengan restu Iblis tadi.Rahib-rahib Iblis sanggup berbaring sambil bergolek-golek di atas najis dan kotoran untuk sampai kepada makrifat sihir dan 'magick'.Yang lain pula memakan daging manusia dan minum darahnya.Ada yang berzina dan merogol gadis secara kejam.Budak-budak lelaki dan perempuan yang tidak berdosa dihantar ke Bohemian Grove untuk dijadikan hiburan para Elit ini sebelum dikorbankan kepada syaitan!
Parti-parti Halloween adalah amalan jahiliah tahap kanak-kanak ribena sahaja di Bohemian Grove.Amalan 'Sweets and Trick or Treat' untuk dewa-dewi Druid,Witch's Familiar Spirits,Huge Bonfires,Jack-O-Lantern and Trick-or-Treat atau Druid Trick-or-Treat serta pelbagai lagi amalan Halloween hanyalah mainan artis-artis yang mabuk tadi,sedangkan pada masa yang sama para Elit telah menukar pakaian sut mahal mereka dengan jubah-jubah para rahib syaitan yang menyeramkan.Mereka bergerak menyembah berhala-berhala sementara yang lainnya memegang obor-obor sambil menyanyikan syair-syair memuja Iblis!
Bukanlah namanya Presiden Amerika jika dia tidak mengetahui langsung di mana letaknya Bohemian Grove.Tidak mengapa jika orang yang bergelar Mr. Presiden tadi tidak tahu di manakah Jemapoh dalam peta dunia namun tidak bagi Bohemian Grove.Para pencacai Dajal amat-amat merindui untuk menunaikan 'haji' di kelab ini.Tidak sah segala ibadat dan perhambaan mereka kepada Si Hodoh Dajjal Laknatullah jika tidak berkesempatan mengunjungi dan bermaksiat di dalam kelab ini sebelum menutup mata di dunia yang fana.Antara yang mengunjungi kelab sosial ini adalah:
-Ronald Reagan
-Richard Nixon
-George H. W. Bush
-George W. Bush
-Alan Greenspan
-Dwight D. Eisenhower
-Robert Novak
-Arnold Schwarzenegger
-Dick Cheney
Simbol Bohemian Grove adalah burung hantu.Burung hantu adalah simbol kuasa gelap dan sihir.Burung hantu adalah teman para ahli sihir dalam legenda-legenda Barat.Di Bohemian Grove,terdapat berhala burung hantu yang besar,digunakan untuk upacara pengorbanan besar-besaran.Sebelum menelusuri lebih lanjut tentang sembahan para Bohemian ini,kita perlu mengkaji asal-usul perkataan Bohemian Grove dahulu.
Bohemian berasal dari kata Bohemia,di mana terdapat dua definisi penting.Pertama,dari konotasi 'Bohemian lifestyle' yang menggambarkan kehidupan para gipsi yang ringkas dan 'moderate'.Warisan kepada 'Bohemian lifestyle' ini adalah para hippies dan penghisap candu.
Keduanya ialah dari nama sebuah wilayah kuno yang terletak di tengah Eropah,kini sebahagian dari Republik Czech.Bohemia adalah sebuah wilayah bersejarah dan selalu muncul dalam mitos-mitos klasik Eropah,tentang sisi gelap;ahli sihir yang terbang dengan batang penyapu dan tukang tilik.
Bohemia berasal dari perkataan Jerman iaitu Boi-Heim,bermaksud 'tempat tinggal orang-orang Boii'.Orang Boii adalah sukukaum Celtic;satu bangsa purba Eropah yang diketahui amat pekat dengan ritual pagan mereka setaraf dengan Druid.Sebab itu para Bohemian gemar memakai jubah-jubah sihir menyerupai para pendeta Celtic dan Druid Kuno.Sehingga kini para peminat warisan pagan Druid masih menjalankan upacara khas di Stonehenge.
Para Bohemian diketahui menyembah berhala burung hantu yang melambangkan dewa Moloch atau Baal.Moloch adalah dewa orang Kanaan yang sukakan korban kanak-kanak.Sememangnya ada pengorbanan manusia di sini namun ini adalah amat sulit dari pengetahuan khalayak.Hanya para 'survivor' yang terselamat dari program 'mindcontrol' CIA yang dapat mengingati kembali apa yang berlaku di Bohemian Grove.
Seorang peguam dari New York,Joseph D. Redding (ahli Bohemian Grove) telah menceritakan tentang The Cremation of Care,satu upacara penting di Bohemian Grove pada tahun 1893:
"Perhatian telah diberikan,dan para rahib Druid sedang membawa simbol-simbol kelompok mereka pada pakaian mereka.Lebih 500 orang menghadiri upacara ini,ketika cahaya elektrik dan lampu kalsium digunakan untuk menerangi acara itu.Di sana terdapat orkestra dan kumpulan koir.Mazbah Druid dan batu tempat pengorbanan terletak kemas di tempatnya.Encik Redding berkhidmat sebagai Rahib Tertinggi Bohemia.Kemudian tiba lapan rahib Druid membawa enam tawanan yang dirantai-seorang Gaul,seorang Roman,seorang orang gasar dan dua orang dari Utara Jauh.Setiap tawanan mendapat pembelaan namun telah diputuskan untuk dihukum mati.Hanya Gaul,yang mewakili Bohemia,yang dapat bertahan dan menghindari hukuman itu..."
Seterusnya adalah lakonan pelakon-pelakon berpakaian melambangkan syaitan cuba untuk menyelamatkan 'Care' dari dalam keranda mayat.Upacara itu penuh dengan perbuatan olok-olok diambil dari amalan jahiliah pagan.
Catatan seorang 'survivor' CIA,Kathy O'Brien:
"Mangsa mindcontrol yang lewat umurnya atau gagal dalam pengaturcaraan minda akan dikorbankan di Bohemian Grove dan saya merasakan masanya akan tiba untuk saya"
Bohemian Grove mempunyai banyak kem seperti Mandalay dan Hillbillies (jumlahnya telah mencapai 104 buah kem).Di sinilah para Elit pencacai dan kuli-kuli Dajal berbincang sambil menikmati hiburan tanpa batasan (hingga melepasi batas-batas kemanusiaan) tentang halatuju perancangan Iblis dan Dajal ke atas Bumi.Contohnya Projek Manhattan yang berjaya menghasilkan bom atom telah direncanakan di tempat ini pada tahun 1942.Polisi-polisi Illuminati seperti pengurangan populasi,penyebaran wabak,dana kepada industri hiburan dan seks atau plan peperangan sudah biasa diputuskan di kelab elit ini.
Mereka akan berbincang dan terus berbincang di Bohemian Grove.Kemudian mereka akan melakukan hubungan homoseksual sesama mereka atau merogol mangsa-mangsa mindcontrol atau pelacur-pelacur yang dibawa khas.Sebelah malamnya,syaitan-syaitan manusia ini akan menyembah dewa-dewi pagan seperti Marduk,Baal,Amon-Ra,Moloch,Ishtar atau Semiramis.Pengorbanan manusia dilakukan sama seperti yang dilakukan oleh pendeta Celtic dan Druid beribu tahun dahulu.Walaupun mereka orang terpelajar,lulusan universiti dan para pemimpin yang disegani,namun di sini mereka bertukar menjadi orang gasar yang hauskan darah manusia,memuja burung hantu dan terlompat-lompat,terjerit-jerit seperti orang sasau memuja syaitan dan pokok-pokok.
Pelbagai perancangan telah dirangka untuk menghadapi 2012 dan abad Aquarius.Namun para pencacai ini tidak sedar Tuhan yang menciptakan mereka dari setitis mani sehingga menjadi bayi yang lemah dan merah,telah memutuskan perancangan-Nya lama sebelum mereka dilahirkan di dalam dunia yang fana ini.Mereka semakin bangga dan mendabik dada,yakin dapat mengalahkan Islam,agama yang diredhai-Nya .Tema Islamophobia,911,imej Osama dan serangan ke atas Iraq telah diputuskan di sini.Para Elit ini mesti menambahkan kemaksiatannya di sini untuk menambahkan kuasa sihir hasil restu Iblis.SEmakin hebat kemaksiatan dan kejahatan yang dibuat,mereka percaya,semakin banyak pula aura kesaktian yang mereka terima.Di tahap ini,segala ilmu Matematik,Fizik,teori-teori perniagaan dan ekonomi,kedoktoran,hukum-hukum Antropologi mahupun kemahiran teknologi yang membuatkan semua umat dunia terkagum-kagum dengan mereka termasuk anak-anak Melayu yang hormat dengan taraf keduniaan mereka yang hebat,telah runtuh di Bohemian Grove.Ilmu-ilmu dunia itu langsung tidak berguna apabila mereka telah berubah menjadi orang gua yang dungu,pekak dan bisu.Mereka menjadi haiwan bahlul yang lebih hina dari babi yang berselupar dengan tahi anjing yang dimuntahi orang-orang berpenyakit kusta dan kudis buta.
Apabila perancangan mereka semakin menunjukkan hasil yang membanggakan,mereka semakin gembira dan yakin,padahal mereka di dalam proses ditipu dan dijahanamkan oleh Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Maha Keras Azab-Nya.Para Bohemian telah diistidraj.Apabila nyawa mereka di tenggorok nanti,barulah mereka sedar apa yang berlaku,ketika itu Iblis,dewa yang dipuja mereka,berlepas diri dari perbuatan-perbuatan bodoh mereka itu.
“Dan (ingatlah) ketika syaitan menjadikan terasa indah bagi mereka perbuatan (dosa) mereka dan mengatakan, “Tidak ada (orang) yang dapat mengalahkan kamu hari ini, dan sungguh, aku adalah penolongmu.” Maka ketika kedua pasukan itu telah saling melihat (berhadapan), syaitan balik ke belakang seraya berkata, “Sesungguhnya aku berlepas diri dari kamu; aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat melihat; sesungguhnya aku takut kepada Allah.” Allah sangat keras seksaNya.”
(Surah al-Anfal, 8:48)
Labels:POLITIK,ISU bohemian groove
Tuesday, October 6, 2009
Memang benar ketua Putera UMNO dipukul. Ini bukti gambarnya.Tolong sebarkan !!!
0 comments Posted by Samsul at 9:56 AMKami kagum Ketua Putera Umno iaitu Abdul Azeez masih bernyawa dan sanggup berkorban untuk orang lain(Lihat gambar,Abdul Azeez masih boleh berjalan dgn 'macho' walaupun setelah dibelasah).Kami di Baganutama berbangga dapat merakam aksi samseng penyokong PAS.Datuk Abdul Azeez boleh amik gambar ini sebagai bukti rekod bagi mendakwa 20 orang penyokong PAS yang bertindak liar itu.Kami tidak minta royalti untuk tiga gambar ini.Kami juga mohon maaf kerana tidak bantu Datuk.Semoga Datuk cepat sembuh.
Klik Laporan Malaysiakini tentang pengaduan Datuk Abdul Azeez
Gambar kami ambil dari posting ini.Sila Klik.Mula-mula kami buat-buat tak nampak je.Kemudian kami insaf.
Ini pula penipuan Yb Salahuddin dalam Malaysiakini. Siap kami bawakan u tube sebagai komitmen permohonan maaf kami kerana membiarkan Datul Abdul Azeez dipukul.
Labels:POLITIK,ISU pukul